Wednesday, 30 September 2009

Aku Suka Sambut Hari Raya di Batu pahat

Salam Aidilfitri lagi! :-) entry lepas aku citer pasal ketupat eh? huhuhu .. this entry nak citer lain plak, tp still lom habis lagi raya aku, okeh?



Arwah bapak cuma 3 beradik ... Sejak arwah meninggalkan kami lebih 24 tahun yang lalu, kedua-dua pakcik aku (gambar) sudah kami anggap sebagai ayah kami sendiri.

Wak Ajis (kanan) ialah abang sulong arwah .. sementara Acik (kiri) adalah adik bongsu arwah. Wak Ajis tinggal di kampung yang sama dengan kampung aku di Batu Pahat, sementara Acik tinggal di johor Bahru.

Sejak arwah bapak tiada, sudah menjadi kelaziman kepada kami sekeluarga, untuk berkumpul dengan wak Ajis dan anak-anaknya di awal pagi hari raya, sebelum solat hari raya, untuk bersama-sama bertakbir dan bersalam-salaman ..Wak Ajis ada 8 orang anak, lebih 50 orang cucu dan lebih kurang 10 orang cicit ... Dengan keluarga yang begitu besar, pagi Aidilfitri kami sangat meriah lebih2 lagi bila sesimemberi duit raya bermula ... (kiraan bilangan cucu cicit wak Ajis aku agak2 daripada jumlah sampul raya yang keluar huhuhuhu)

(Gambar beramai-ramai adikberadik dan anak2 buah aku, berkumpul di rumah Wak Ajis, sementara menunggu anak cucu cicit wak Ajis brsiap untuk memulakan takbir)


Usai takbir kebiasaannya wak Ajis akan memberi sepatah dua kata, tapi Raya kali ni, atas sebab-sebab kesihatan beliau, tiada ucapan hari raya daripada wak Ajis .. sedih la jugak. Esp. untuk aku, aku berpeluang sambut raya pertama di kamoung 2 tahun sekali .. maklum ler kena bergilir .. jadi, 2 tahun lagi baru lah aku berpeluang nak bertemu suasana raya pertama di rumah wak Ajis ... Semoga Allah panjangkan usia Wak Ajis dan isterinya, Wak Som .. juga panjangkan lah umur aku dan keluarga untuk bertemu dengan mereka di pagi raya .. amin ...


(Beratur untuk bersalam dengan Wak Ajis dan yang lain-lain .. dalam gambar atas nih antara cucu-cucu wak Ajis, kecuali adik aku berbaju merah tuh .. cucu-cucu punyer turn kena tunggu last2 ler ... yang tua di dulukan ... huhuuh)


(Now turn cucu-cucu plak duduk sementara mengunggu giliran dapat duit raya .. :-) part nih paling kecoh okeh ... ada plak tuh cadangan, tahun depan, yang dapat duit raya plak yang berjalan, yang memberi duduk jek .. tp cadangan ditolak mandangkan kang ada plak yg ngelat dua tiga kali lalu lalang huhuhu ... - Ana, anak buah aku baru this year bagi duit raya for the first time, sbb baru kerja .. )
habis sesi duit raya, turun plak untuk sesi brsarapan :-) favorite aku kalau kat rumah wakAjis ofkos lah lontong lawan ayam kuah kicap .. lontong Wak Som mmg tader tandingan .. lembut dan sedap ...

Then baru ler sumer bersurai utk gi solat raya ...

Then baru ler anak2 wak Ajis plak berduyun2 ke rumah aku ... kalau tadi, kitorang makan kat umah dorang, kali ni, dorang plak mkn kat rumah kitorang ... favorite semua orang kalau kat rumah aku ialah lauk tetel masak merah ... anak2 cucu wak Ajis wajib ke dapur kejar menu yang satu nih ... (menu yg dimaksudkan tiada dalam pic)

Ok lah .. selebihnyer, tgk pic sajork ehhh .. pic pagi selepas solat raya di rumah aku yg fenuh dgn tetamu. Pic ihsan adik aku .. aku tidak berkamera langsung raya tu ... ntah mana pegi charger aku ...

Keadaan dalam rumah aku - kaum wanita mempelopori


Di Luar rumah, kaum lelaki mempelopori

Di tangga, anak-anak bujang mempeloporiDi dapur turut takketinggalan peloporan berlaku ...

HAdoii .. cukup lah dulu u olsss .. dan sebagai bonus .. terimalahhhh .. :-D

Empunyer Blog, yang tak daya nak berjalan2 melayan tetamu, lantas melihat dari tangga sajork. kalau tangga luar dipelopori anak-bujang,nih tangga dalam rumah, biar mak dara yang jadik pelopornya yach! - dua minit lps tuh mak aku marah aku sbb, TAK BAGUS POMPUAN MENGANDUNG DOK KAT TANGGA ... huhuhu ... terus i ols cabutsss ...

Sekian lah u ols, entry raya pertama mek di batu pahat kesayangan mek tuhh .. ulasan bergambar katanyerrr .. jarang2 kedapatan dalam blog aku kan??? merasalahh u olsss!!!! ...

pic2 lain, kalau aku rajin, aku tayang kemudian ..


Daaaa!!!!




Thursday, 17 September 2009

Menjelang Hari Raya


Semalam Rabu, aku cuti EL sebab jaga Idlan yang kena chicken pox sejak weekend lepas. Masa kat Darul Izzah lagi dah ada beberapa bijik air kuar. Kesian la plak nak raya kena chicken pox kan.. harus lah tak hensem je gambo raya nanti ada bekas2 tuh lagi lom 100% recovered. Tapi at least dah baik now nih tinggal nak kering tuh gatal2 la jugak kesian dia tak selesaasyik nak menggaru jek ... hari nih MIL aku nak tolong tengok kan sbb aku kena gak pegi kerja //


Now aku kat opis, pagi tadi datang, tuh dia, kemain emails berderet .. semua issues .. sampai fenin aku nak mula dari mana .. matilah kalau tak leh nak settle semua by today ... tapi bila aku tgk baik2 .. major issues ada lah beberapa .. yg lain minor je and boleh di'hadiah' kan kat team member lain huhuhuh ...


Masa lunch tadi ingatkan nak gi KL sentral .. tp tak jadik coz nk gak settlekan kerja .. sakan okeh! now baru lapang .. and dah takde mood terus nk wat kerja lepas hantar email status tadii. Mintak2 la tadak yg return before aku balik. Nak chow kul 5 nih leh ke ni?? eeeiiii!!! mcm mustahil ..


Ada sorang colleague aku nih tetiba jek kasik kad raya .. owh so suwit kan ... pastu ingat tak dulu aku pernah citer pasal sorang mamat hindusta yg comel nama dua vish*al tuh .. ekekekek ... tetiba dia pon kasik biskut raya okeh .. i ols sangat terharu kahkahkah! tuh dia ... poyo noks!


Ok dah , stop citer pasal opis ..


Pasal nak raya ni .. seriously, aku punyer preparation mmg sangat tak ada this year .. tadi kakak aku called, salah satu baju aku tak dpt siap before raya .. so instead of 3 baju, aku akan ada 2 baju je ... ok la tu kan .. kasut raya pon aku baru beli 2 hari lepas dengan Diana, kat emkop mall .. rm30 ok le tu kan ... tinggal tudung tak dapat lagi ... hmmm ...


Kuih raya lom beli satu pun ..ishhh caner nih nk bawak umah MIL ngan mah mak .. mlm nih la kot .. this year tak tempat pun kuih raya ngan sesapa .. tau jek la opismate sumere mat gelap camner la nak ada datang tempahan kannn ... tuh rasa lemau jek suasana nk raya tu .. sadisss!


Duit Raya tugas husband aku .. dia dah suh clerk tmpt kerja dia tukar sekali .. so aku x risau lah yg tuh ...


paling aku risau ialah rumah lom berkemas langsung .. esok dah nak balik johor .. adehhh!


So ok la u ols ehhh ... Selamat Hari raya maaf zahir batin semoga hari raya kita meriah :-D meh datang rumah aku beraya ... :-)





Monday, 14 September 2009

Sehari Bersama Anak-Anak Darul Izzah


Ya, Sabtu 12 Sep lepas, aku berpeluang untuk memijak kan kaki di asrama anak-anak yatim .. selepas almost 26 tahun. Perasaan? semestinya teruja dan terharu.


Asrama Anak-anak yatim Darul Izzah di bangi, adalah jauh sekali dari asrama anak-anak yatim yang aku pernah lawati di batu Pahat. Di sini, walaupun keperluan asasnya boleh dikatakan serba cukup, namun banyak perkara yang membuat hati diruntun sayu bila mata melihat. Tetapi sebenarnya, asrama atau rumah anak-anak yatim ini, sesempurna mana pun ia, tentu sekali sangat jauh berbeza daripada rumah dalam ertikata sebenar...


Asrama batu dua tingkat ini mempunyai kawasan lapang yang menghubungkan 2 bangunan yang dijadikan satu. Pada pengamatan aku, di sinilah segala aktiviti mereka dijalankan. Kawasan lapang inilah yang menjadi dewan besar untuk sebarang majlis yang berjalan di sini. Di kawasan lapang ini jugaklah kami akan bersama-sama meramaikan majlis Berbuka Puasa petang itu.


Beberapa orang kanak-kanak lelaki kulihat sedang lena di sofa-sofa yang disusun di tepi dinding. Sayu hati aku. Memanglah ada penyelia, tapi, apa sangatlah penyelia dibandingkan ibu bapa? Marah seorang penyelia walaupun setegas Kak Jie, tetap tidak sama dengan marah seorang ibu tatkala melihat anak bujangnya kembali tidur selepas matahari hampir naik. Sayang seorang penyelia tentu tidak akan sama dengan sayang seorang bapa yang mengejutkan anak-anaknya untuk diajak ke pekan atau bandar untuk membeli keperluan hari raya.


Aku terus melusuri sekitar asrama. Terdapat banyak kata-kata panduan, kata semangat, dan pelbagai hasil kerja tangan anak-anak di situ. Pelbagai doa di setiap sudut. Inilah rumah mereka. Rumah mereka yang lebih kuibaratkan seperti sekolah. Aku cuba bandingkan, adakah suasana di rumah aku seperti ini? adakah di setiap sudut rumahku ada tertampal "Ilmu Penyuluh Kehidupan?" dan "Budi Bahasa Budaya Kita"? Kata-kata itu sering wujud, tapi bukan dari pembacaan didinding, tapi dari mulut insan bergelar ibu dan bapa. Maaf, aku tidak boleh menolak dari membandingkan antara asrama yang dipanggil rumah, dengan rumah yang sebenar. Aku insaf.


Ketika penyelia mereka terjerit-jerit memanggil anak-anak turun berkumpul, hati rasa tersiat. Bukan salah Kak Jie. Dia hanya menyelia.. dia perlu adil, bertegas dalam semua hal. Anak-anak lelaki yang meningkat remaja, sangat sukar diuruskan. Syabas Kak Jie kerana berani memikul tanggungjawab besar itu.


Seramai 29 anak-anak berkumpul di hadapan kami. Mereka berusia semuda 8 tahun. Ketika umur itulah aku juga menjadi anak yatim. Dan aku percaya, seperti aku dulu, mereka juga tidak memahami erti anak yatim yang sebenar. Lebihnya mereka, mereka sudah berdikari, hidup di bawah ketiak orang lain. Sedang aku, lebihnya, aku bersama seorang ibu.


Ketika Wak memberi taklimat, ada anak-anak yg kulihat berwajah kosong. Tidak dapat aku selami apa yang bermain di fikiran mereka. Adakah mereka sudah terlalu biasa dengan keadaan ini? menerima pengunjung di hujung minggu, memberi kata-semangat dan sayang kepada mereka, memberi pelbagai sumbangan .. adakah mereka sudah terlalu biasa lantas tidak lagi teruja? Hmmm ... apalah sangat kunjungan kami, dibandingkan kasih sayang dari ibu bapa .. agaknyer itukah di dalam fikiran mereka .. terfikirkan itu, aku jadi segan ... segan untuk memberitahu, "Adik, kakak datang bawak sumbangan untuk adik .. semoga adik gembira selalu .." dan mengharap mereka menjawab, "terima kasih, kak"


Niat kami ikhlas.. menolong mereka. mereka jadi wakil untuk semua anak-anak yatim lain yang tidak dapat kami capai buat masa ini. Aku jadi bersemangat ... seperti semangatnya Wak dan rakan-rakan lain ketika kami sama-sama bersenam ringan memanaskan badan.


Suasana riuh seketika ketika pembahagian kumpulan dan tugas dijalankan. 4 kumpulan di bahagi berdasarkan 4 bilik anak-anak ini. Melihat keadaan bilik, sekali lagi aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan aku. Sedih sekali dengan keadaan yang seakan terbiar begitu. Aku tidak pasti jika semua asrama lelaki, sememangnya begitu, atau kerana mereka ini di asrama anak-anak yatim? Aku tidak ada jawapan.Kami mula bersama-sama bergotong royong untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk anak-anak ini. Aku tahu walau selesa mana pun mereka di sini, tidak mungkin sama dengan keselesaan yang mereka kecapi andai mereka bersama keluarga yang menyayangi mereka sepenuh hati. Itu semua tidak menjadi penghalang kami. Kami mahu memberi yang terbaik, meskipun yang terbaik dari kami masih belum cukup baik untuk mereka. hanya Allah yang tahu.


Terjalin juga hubungan mesra seperti adik-kakak antara aku dan rakan-rakan dengan anak-anak ketika kami bekerjasama. Gurau senda mula kedengaran antara kami, tanda adik-adik atau anak-anak ini, tampak selesa dengan kami. Gurau mereka kadangkala tersasar dan mungkin boleh dianggap terlebih, namun jauh di sudut hati, aku berdoa semoga jati diri mereka kuat untuk mereka menempuh masa depan yang masih panjang. walau disiplin mereka ketika remaja mungkin agak menghampakan, semoga dengan kekuatan jati diri, aku pasti mereka boleh membawa diri dan berubah.

Di bilik 3 di mana Poii menjadi teraju utama kerja pembersihan, aku sempat bertanya soalan kepada seorang anak yang berada di tingkatan 2. Melihat saiz badannya, aku sangka dia berada dalam darjah 3 atau 4. Begitu kecil dah comel. Adik itu nampak pendiam.

"Adik darjah berapa?"
"tingkatan 2"
"Dah lama duduk sini?"
"dah"
"siapa hantar adik ke sini.."
"emak.."
"emak duduk mana"
"kampung"
"dengan siapa.."
"makcik"
"ada adik beradik lain?"
"ada adik-adik"
"adik-adik dengan emak ke.."
"tak, semua kat sini"

Sebak aku dengar .. tentu begitu getir kehidupan mereka anak beranak. Aku membayangkan kepayahan seorang ibu yang menumpang di rumah saudara dan terpaksa berpisah dengan anak-anak demi melihat anak-anak membesar dengan keadaan yang sempurna. Aku berdoa agar adik ini membesar sebagai insan yang berguna demi membela nasib keluarga. Tahniah Poii dan anak-anak di situ, kerana kejayaan bilik 3 menjadi johan bilik terbaik .. :-)


Di bilik yang aku, Mas dan Diana bekerja iaitu bilik 4, aku mengenali Daniel, Ariff, Mirza, Rezuan dan beberapa anak-anak lain. Alhamdulillah, dalam pada kerenah mereka yang sukar dijelaskan, mereka agak senang diajak berbual. Bilik 4 tidak memenangi bilik terbaik dari segi kebersihan .. namun aku gembira kerana berpeluang dekat dengan mereka. Semoga adik-adik dan anak-anak ini mempunyai masa depan yang cerah .. Amin.


Aku tidak dapat bersama-sama mereka ketika ceramah sebelum berbuka dijalankan lantaran mengambil suami dan anak-anak di rumah. Aku mahu mereka bersama-sama melihat dan merasai apa yang aku juga lihat dan rasai.


Di kawasan yang pagi tadi lapang, kulihat kini berwarna warni dengan kehadiran rakan-rakan rebanamaya dan rakan-rakan pembaca setia blog Joe yang mahu turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa bersama adik-adik dan anak-anak kami ini. pakaian berwarna warni memenuhi segenap dewan. Meja sudah terhidang dengan menu menunggu masa untuk azan berkumandang. Usai azan, Pengerusi majlis saudara Razi menjemput semua untuk sama-sama berbuka ringan sebelum beramai-ramai mengerjakan solat maghrib secara berjemaah. Begitu harmoni ketika ini.


Majlis berjalan lancar dengan acara-acara yang segar. Doktor Nabil, seorang yang berjiwa murni kerana menubuhkan Rumah Darul Izzah ini. Terima kasih doktor.


Sehari bersama anak-anak darulizzah, membawa pengertian yang dalam pada diri aku. Yang pasti, aku memohon daripada Allah SWT, agar berikanlah anak-anak ini kebijaksanaan aka dan fikiran agar segala kasih sayang orang ramai kepada mereka tidak tersia .... Aku bangga sekiranya satu hari nanti, mereka juga lah yang bersama-sama kami di rebanamaya, menyambung aktiviti2 seperti ini ... dan mereka lah yang turut berjuang untuk anak-anak lain yg senasib dengan mereka ...


Kepada rakan-rakan rebanamaya, dan juga yang baru saja menyertai kami, jutaan terima kasih di atas keperihatinan kawan-kawan untuk anak-anak yang nasibnya tidak sebaik kita ...


Kepada semua penderma yang sangat bermurah hati ... andalah tunggak kejayaan semua ini .. you know who you are ... hanya Allah dapat membalas ...


Aku sendiri, sangat memohon dari Allah, agar aku dan suami diberikan kesihatan dan umur yang panjang agar dapat membesarkan anak-anak .. kerana aku belum sanggup untuk melihat anak-anak aku berada di tempat mereka .. Ya Allah, semoga diperkenankan do'a hambamu yang hina ini


Amin.



Update lain:-
Mas --> http://bilajarimenaip.blogspot.com/
Diana --> http://didiesierra.blogspot.com/
Delinn --> http://myramblings-la.blogspot.com/
Angah --> http://chapterbaru/blogspot.com/
Ima --> http://cindataman.blogspot.com/


Lain2 lom apdet
Sempoii
Budak
Frappe
Deo
Wak
Jijo
Yam


Masih Aku terasa

Anak Yatim - Kisah aku

Aku sendiri pernah bergelar anak yatim apabila arwah bapak meninggalkan kami ketika aku berusia 8 tahun. Umur yang begitu muda, memang lah aku tak betul2 memahami erti kehilangan. Tapi masih segar dalam ingatan ramainya orang datang berziarah pada hari pengkebumian Allahyarham. Masih jelas tergambar di ruang mata aku keadaan emak yang berwajah pilu dengan linangan air mata yang tidak putus. Namun aku tidak melihat emak menangis dan meratap teresak2 .. mungkin emak redha. Masih juga bibir aku terasa saat2 memberi kucupan terakhir di dahi arwah bapak beberapa saat sebelum jenazah di angkat meninggalkan kami, seorang isteri dan 6 orang anak.


Itulah saat yang tidak mungkin aku lupa. Saat aku bergelar seorang anak yatim.


Ketika aku berada di akhir darjah 6, cikgu di sekolah memberi borang untuk anak-anak yatim memohon masuk ke asrama anak-anak yatim kerajaan di bandar Batu Pahat. Aku bawa pulang borang dan tunjuk kat emak. Emak tidak menggalakkan untuk aku memohon kerana emak tahu dia mampu untuk membersarkan kami adik beradik. Memamg benar pun. Dengan hasil titik peluh emak menoreh getah, dapat juga emak menghantar abang-abang masuk ke universiti ... tak tergambar bagaimana emak menghadapi segala cabaran berseorangan. Alhamdulillah... Namun, aku tetap jugak nak memohon untuk masuk ke asrama anak yatim. Aku sebenarnya banyak terpengaruh dengan TV yang menceritakan keseronokan duduk di asrama, dan keseronokan pulang ke kampung bila cuti sekolah ...

Borang kuisi juga. Dengan berat hati emak pun bersetuju untuk menandatangai borang.


Aku dan emak ke Batu Pahat apabila panggilan untuk sesi temuduga kami terima. Kami di bawa melawat ke bilik2 di asrama. Aku sempat juga berkenalan dengan beberapa penghuni dan duduk2 di dalam bilik, lagak mcm aku dah jadi salah seorang . Seronok betul aku rasa. Semasa temuduga, aku dan emak ditanya pelbagai soalan ..namun perkara yang paling aku tak boleh lupa ialah bila salah seorang penemuduga berkata,


"Saya sebenarnya tak galakkan awak masuk ke sini" Sedih terus aku bila mendengar perkara itu .. LEbih sedih bila aku sudah melihat keadaan asrama yang serba baru, dan macam dah terbayang2 kalau aku duduk di situ, tentu seronok. Aku diam, maklum le darjah 6, tidak ler mulut berani nak bukak lebih2 kan. JAdi, emak yang tanya kenapa ...


"Melihat dari pencapaian akademik anak puan, saya rasa dia akan dapat penggilan ke asrama yang lebih sesuai dengan pelajarannya ... saya tengok keputusan semua elok. Terus terang saya beritahu puan, di sini kami mengambil anak-anak yatim dari semua latar belakang tidak megira pelajaran .... jadi kami bimbang pelajaran anak puan akan merosot bila berada di sini ..."

Emak diam tidak berkata apa-apa. Semua mata memandang aku rasanya. Aku pun diam. Dalam hati aku, apalah salahnya ... Kemudian emak tanya aku, nak ke masuk .. aku terus macam nak nangis, kata yang aku nak duduk asrama ... kemudian penemuduga berkata,

"Saya rasa mesti adik akan dapat panggilan ke asrama lain nanti .. jadi saya nasihatkan adik tunggulah dulu ye?" aku bungkam lagi. Benci kerana harus membuat keputusan seperti itu. LAma barulah emak menjawab,

"macam ni lah encik, kami tengoklah macam mana, kami tunggu dulu keputusan temuduga ni dapat ke tidak, baru kami putuskan untuk terima ke tidak"

Penemuduga ketawa dan berkata,

"Puan, tak payah tunggu. sekarang pun saya boleh beritahu yang anak puan memang layak untuk menetap di sini .. sebab itu kami tanya sekarang jika puan berubah fikiran .."

Aku tidak ingat lagi apa jawapan emak ... yang aku tahu, beberapa minggu selepas itu, kami mendapat surat tawaran untuk aku tinggal di asrama anak-anak yatim. Ketika itu, entah macma mana, aku sudah tak begitu berminat lagi, aku tak tau apa sebabnya. Mungkin juga aku termakan kata-kata penemuduga .. :-)

Akhirnya, aku tak pergi pun ke asrama anak-anak yatim itu, dengan kerelaan aku sendiri.

Tidak pernah juga aku jejakkan kaki ke mana-mana asrama anak-anak yatim selepas itu.

Sabtu lepas, selepas hampir 26 tahun, aku berpeluang kembali memijak kaki ke asrama anak-anak yatim. Asrama yang berbeza di tempat yang berbeza ...

Aku sedar, segala-galanya berbeza ...


.. bersambung yach!