Friday, 25 November 2005

Kebahagiaan adahalah hak milik setiap insan ....

Bergunung-ganang kegembiraan yang aku rasa sekarang ni.

Hari Rabu hari tu aku pening kepala sangat-sangat. rasa macam nak pitam especially time dalam LRT....aku doa betul2 mintak2 tak pitam..kalau pitam tak ke naya? sapa plak yang sanggup nak ... hyshhh!! aku nak nyambung ayat nih pon aku tak sanggup rasanya .. ni kan pulak nak mengalaminya.. tak sesuaizzzz la kan?

Badan pun rasa seram sejuk seram sejuk yang macam time demam nak datang tuh. Aku malas lah nak jumpa doktor sebab badan tak panas luar, so kalau doktor check karang dia ingat aku sajaaaa jek nak mintak MC ... So aku tahan jek la.. time zohor tuh aku lelap kejap (kalau lelap selalunyer rasa kejap walaupun lama)

Sampai la ke petang aku rasa tak larat macam tu. Kat dalam kereta lepas hubby ambik dari LTR (nasib baik hari tuh tak naik motor), aku bantai tidur je. Aku dah plan dah, sampai umah Mother In Law pun, aku tak nak lah makan dinner sebab selera takder macam kenyang lepas dah mkn maggee sebungkus lunch time tuh. Nak terus baring sementara tunggu maghrib.

Tapi kan kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.

Sampai rumah MIL, lain yang jadik.

Sampai, keluar kereta terus masuk rumah, dapatkan Lydia, cium dia, salam MIL dan terus baring. Dalam pening-pening lalat tuh, MIL bg tahu,

"Lydia dah jalan tadi...Bukan main suka dia berulang alik jalan ke arah nenek, lepas tu ke arah atuk ... sampai tak mahu berhenti"

Zupppp!!!!

Hilang semua rasa sakit pening aku!!!!!

Terus aku bangun dari baring. Terus aku dapatkan Lydia yang tengah dipeluk hubby. Terus aku tanya dia.

"Lydia jalan ye? anak mak dah pandai jalan ye? meh la sini tunjuk kat mak sayang ..."

Dia senyum lebar betul .. tangannya diangkat kedua-duanya. Aku tahu tu dia nak mintak dukung tu, tapi aku tak mahu dukung dia..aku berundur ke belakang dalam 1 meter, cepat2 aku suruh dia jalan dari pangkuan bapak dia ke arah aku.

Tapi dia jual mahal. Tak mahu jugak dia. Siap cakap lagi "tanakkkk"

aduh.

Agaknya MIL aku macam takut aku kecewa .. dia pulak agah2 Lydia biar dia jalan .. MIL kata tadi lama betul dia jalan, jauh dan laju pulak tu. Tak jugak jalan.

Aku cakap kat MIL aku, tak pe la mak...tak depan saya pun tak pe, asalkan dia dah berani nak berjalan, saya dah rasa lega sangat dah. esok lusa nampak la jugak tu. Dalam hati sedih jugak hehhe!!

Lepas maghrib aku balik rumah. Sakit kepala masih sama, happy punyer pasal .. leh lupa sakit kan? kat rumah time tengok TV, aku biarkan je Lydia godeh2 kotak mainan dia tuh. Dalam tu semua kereta ngan bola ngan beberapa ekor itik dan seekor swan (apa in malay ek? burung undan ke?) tu lah ... dalam pada dia tengah main-main tuh, aku saja la sound dia, saja la ... tak kisah la dia tak faham

"sampai hati Lydia tak mahu tunjuk mak Lydia jalan ..." sambil aku berlakon suara mengada-ngada ... tup tup dia toleh..merangkak kat aku .. aku time tuh nak jalan ke dapur .. aku tarik dia, pimpin tangan dia macam biasa ..

tup tup ...

dia berjalan terus ... sendirian ...

Aku excited. Hubby pun excited. Lydia pun excited tengok kami excited tengok dia berjalan. Sampai bertepuk-tepuk tangan dia ...

Malam tu kami semua tidur berselubung kebahagiaan ...

Terbunuhkesakitan.

Tuesday, 22 November 2005

Kisah itu tidak berakhir di situ III

Sambungan daripada kisah yang lepas.

...


"Es" Pelajar perempuan itu tahu panggilan itu untuknya. Walaupun nama itu bukanlah nama panggilan biasa yang digunakan sebelum ini, namun dia tahu panggilan itu untuknya. Nama panggilan itu mula melekat selepas guru Kimia ketika di kelas Kimia di tingkatan empat memanggilnya. Itulah nama yang pendek dan ringkas untuk pelajar perempuan itu selepas itu.

Dia menoleh ke arah rakannya, Zai yang memanggilnya seraya menjawab,
"ha, ada apa?"

"Ko buat apa? jom la balik, kan dah habis prep ni?" Zai menjawab dengan pertanyaan. Pelajar perempuan itu hanya tersenyum dan tetap tekun dengan kerja di hadapannya. Dia tahu sesi kelas persediaan sudah habis. Kedudukan kelas mereka yang bersebelahan tangga membuatkan bunyi derapan tapak kaki pelajar-pelajar lain yang menuruni anak tangga untuk pulang ke asrama jelas kedengaran. Lebih-lebih lagi tempat duduknya di tepi tingkap. Kerap juga ketika cikgu mengajar, matanya melilau ke arah tangga setiap kali ada orang yang lalu lalang di situ. Mungkin kerana itu kadangkala dia tidak dapat menangkap apa yang dipelajari di dalam kelas.

"Jap lagi la...aku tengah test power dengan peraduan teka kata ni, mana lah tahu boleh dapat sepuluh ribu, sama-sama kita makan angin kan?" Pelajar perempuan itu menjawab sambil jari telunjuknya menuding ke arah surat kkabar Berita Harian yang di langgan untuk kelasnya.

Zai turut duduk di kerusi hadapan pelajar perempuan itu. Tidak lama selepas itu, rakan mereka In dan Liz turut serta. Mereka berempat sama-sama khusyuk meneliti soalan-soalan tekakata tersebut. Sesekali, mereka akan merujuk kepada kamus dewan di hadapan mereka untuk mendapatkan perkataan yang betul.

"In? Kau pun tak mau balik lagi? Bukan ke hari ni lunch lauk favorite kau?" Zai bertanya kepada In yang duduk mengadap ke arah tingkap di sebelah pelajar perempuan itu.

"Nantilah..." In menjawab pendek sambil matanya tidak berganjak memandang ke arah tangga di koridor yang menghubungkan blok A dan B.

"Aku tahu, ni mesti kau nak tunggu sampai mamat tuh keluar dari kelas dia kan?" Zai membuat tekaan. Mereka berempat sudah sedia maklum bahawa In ada meminati seorang pelajar lelaki dari kelas tingkatan 5A. Malahan perkara tersebut juga sudah menjadi bahan usikan dikalangan teman-teman lain.

Pelajar Perempuan itu juga tahu, lelaki yang diminati rakannya In itu, adalah Pelajar Lelaki yang sama yang pernah membuat beberapa kali membuatnya tergelak dengan usikan-usikan yang dianggap tidak serius ketika mereka di dalam tingkatan empat. Namun tidak pernah sekalipun dia menceritakan kepada sesiapapun berkenaan hal itu kerana dia sendiri tidak pernah merasakan kalainan kepada usikan-usikan tersebut. Malahan ketika ini, dia sendiri sering mengusik In dengan pelajar lelaki itu jika mereka bergurau senda dan berbual-bual sama ada di dalam kelas atau di asrama.

"Aku rasa dia tgh on the way lah..itu bukan dia ke tu.?" Pelajar Perempuan itu yang sudah mula hilang konsentrasi terhadap peraduan tekakata di hadapannya mula bersuara. Matanya dilirikkan ke arah blok A di mana kelas Pelajar Lelaki itu berada. Di sana, mereka melihat dua orang pelajar lelaki sedang berjalan menuju ke arah tangga.

"Kau nak aku sampaikan apa-apa pesan ke kat dia tu?" Zai mempelawa diri untuk menjadi orang tengah antara In dan Pelajar Lelaki itu.

"Kalau berani pergilah!" In berkata kepada Zai. Dia sedar pelawaan Zai bukan betul-betul. Tak mungkin Zai berani bertindak sedemikian. Bukan dia tidak tahu perangai setengah pelajar-pelajar lelaki di sekolah ini yang tidak segan segan mengutuk pelajar perempuan yang mereka tidak suka. Walaupun dia tahu Pelajar Lelaki itu yang diminati bukanlah jenis yang sedemikian, namun dia mahu lebih berhati-hati.

"Aku berani. Aku cakap kau kirim salam ok?" In terdiam dengan kesanggupan Zai, namun tidak pula membantah.

"Jom Es, kita cakap ngan mamat tuh?" Pelajat perempuan itu tersentak. Tiba-tiba dia merasakan tidak selesa bila diajak untuk berbuat demikian. Bimbang jika dirinya dan kawan-kawannya dijadikan bahan kutukan selepas itu nanti.

"Segan aku lah, kau je lah pergi kan kau yang offer tadi? Aku takde kena mengena pun." Dia berharap jawapan itu akan membuatkan Zai membatalkan niat mengajaknya. Lebih bagus lagi kalaun Zai membatalkan terus niatnya nak menjadi orang tengah. Namun harapannya tidak menjadi kenyataan. Zai dengan selamba menarik tangannya ke luar kelas dan menuju ke koridor hadapan.

Mereka berdiri di situ sehingga dua orang pelajar lelaki itu menuruni anak tangga dan betul2 berada dekat dengan mereka. Zai dengan yakin bersuara. Pelajar Perempuan itu hanya berdiri kaku.

"Am" Zai memanggil pelajar lelaki itu. Pelajar Lelaki itu menghentikan langkah dan menoleh ke arah mereka.

"Panggil aku ke? Ada apa?" Pelajar lelaki itu menjawab. Sesekali anak matanya melirik juga ke arah Pelajar Perempuan itu. Setiap kali itu jugalah dia melihat Pelajar Perempuan itu cuba melarikan matanya ke arah lain.

"Ye lah .. aku nak sampaikan salam untuk kau. In kirim salam." Sememangnya Pelajar lelaki itu sudah mendengar usikan-usikan rakan-rakan tentang In. Sikapnya yang suka berdiam membuatkan teman-teman lebih suka mengusik kerana dia tidak cepat marah atau melenting dengan usikan yang dilemparkan.

"Dia mana?" Jawab lelaki itu selepas menjawab salam yang diberikan.

"Dia segan kat dalam kelas tu" Jawab Zai.

Tetapi Zai masih tidak berpuas hati lalu bersuara,"Kau tak mahu kirim salam kat dia balik ke?"

"Takpe, nanti kalau aku nampak dia aku bagi salam terus kat dia" Jawab pelajar lelaki itu. Kemudian matanya dilarikan ke arah Pelajar Perempuan Itu yang berdiri kaku tidak bersuara sejak dari tadi. Pelajar Perempuan Itu tidak dapat tidak, terpaksa juga memberikan senyuman kepada Pelajar Lelaki itu. Namun perkataan yang keluar daripada Pelajar lelaki itu selepas itu sememangnya tidak disangka-sangka.

"Tapi Zai, aku nak kirimkan salam aku kat orang sebelah kau tu." Pelajar Lelaki itu bersuara sebelum terus melangkah menuruni anak tangga dan menghilang di sebalik tembok meninggalkan dua orang pelajar perempuan yang terdiam seketika.

"Kau dengar tu Es? Dia kirim salam kat kau lah...ada apa-apa ke korang?" Zai mula meneka.

"Eleh, kau percaya la dia... macam kau tak tahu budak2 lelaki kan suka buat orang perasan. Dah jangan fikir sangat. Baik ko jgn bgtau sesapa dah yeh?" Pelajar Perempuan Itu tidak mahu Zai memperbesar-besarkan perkara itu.

Mereka berjalan menuju ke kelas semula dan di dalam kepala Zai sudah terlintas apa yang hendak diceritakan kepada In.

Namun di dalam fikiran Pelajar Perempuan itu, Kisah yang lepas-lepas tiba-tiba ligat menari-nari.

Walau fikiran tidak membenarkan, terdetik juga dihati kecilnya, kisah ini sememangnya bukan berakhir di sini .... ....


sambung di sini ...

Monday, 21 November 2005

Yang ini dulu ..

...

Lama sangat bercuti. Cuti kerja dan cuti memblog.

Lydia kena conjunctivitis last weekend. Then Last Monday, bapaknya pulak. Aku menyusul plak hari Selasanya. Jumpa doctor, dapat MC dua hari sampai hari Rabu. Then Rabu bukan semakin baik, daripada sebelah mata, jadik dua2 belah mata pulak infectionnya.. so jumpa doctor balik, dia tambah dua hari lagi .. so straight 4 hari aku MC. Aku rasa doktor tu saja jek bagi aku MC dua hari dulu, padahal dia tahu, kalau sakit mata memang buleh membawa kepada seminggu nak betul2 clear tu. Agaknya dia nak kita datang balik klinik, so dapat la income lebih sket ... agaknya la tu kot.

Bila MC ni, duduk rumah je memanjang, niat nak beraya ke rumah jiran2 pun terbatal, sebab takkan la aku nak beraya ngan mata merah, nanti karang berjangkit pulak (walaupun sebenarnya ramai yang suka...leh la MC huhuhuu!!!) Tapi tak payah la..perit jek rasanya..

Dah hari Sabtu tu, baru lah merah tu hilang. So boleh la kami pergi ke open house kawan-kawan. Ahad pun sama, pagi sampai ke malam ada open house. Alhamdulillah ...

Bila dah lama tak menulis blog, jari jemari pun dah kaku. Otak pun dah beku. Susah betul nak tukar point2 dalam kepala jadik satu ayat penuh. Banyak kali sebenarnya aku type, then aku delete balik, then type then delete balik. Sebab aku aku rasa macam nak tulis, tapi bila dah tulis, macam taknak tulis pulak. Mata aku ni pulak, lepas je kena sakit mata, terasa macam ada pasir2 pulak dalam nih, sikit2 nak kena pejam2 lama sikit (bukan tidur yea) .. kejap-kejap kang nak kena gosok2 sikit .. tak boleh nak renung lama-lama kat screen ni.

Hari Jumaat tu, dengan saki baki duit yang ada, aku gagahkan jugak diri, membeli CD baru Mawi, 'yang tercinta' (tu tajuk album dia laa..bukan aku yang kata). OK jugak la...aku paling suka lagu 'Kian' ciptaan Fauzi Marzuki, selain tu lagu yang berduet ngan M Nasir. Kira not bad lah album nih. Aku malas la sebut banyak2 kang kata aku fanatik Af ke, fanatik mawi ke, aku tak pun..aku beli sebab aku nak dengar, dan aku puas hati lah. Yang pasal isu mawi ngan so called sahabat peminat segala tu...aku tak amik kisah pun. Tak der maknanya ..

Semalam aku ngan husband dah decide nak hantar Lydia ke nursery start January. Time berborak-borak ngan pengetua nursery tu, terbukak jugak la minda kami nih. Berbeza sungguh sistem pembelajaran anak kita dengan kita dahulu. Sebelum hantar anak2 ke taska or nursery, parents pun sepatutnya ke sekolah gak .. sebab kalau tak, anak kita akan dapat ilmu yang tak sealiran, tak sehaluan. Kat sekolah cikgu ajar lain, kat rumah parents ajar lain...yang pening budak tu lah ...

Bila habis bercuti ni, aku pergi melawat blog2 biasa .. byk yg dah berubah. Berubah 'rumah' ... cantik2 belaka ..ada yang sepi tak berupdate ...macam aku je.. yang ada tu lagi la...dah 'mati' dah...terkujat aku...ada gak yang patah tumbuh hilang berganti. Blog lama hilang, blog baru gantinya. Tak apalah...kan itu hak memasing.

Itulah dulu for today. Last week aku type panjang2..last2 PC hanged plak..marah giler aku .. tu yang aku nak cepat2 type then upload jek. Besok lah aku uploadkan benda2 yang aku sepatutnya upload..ada 'kisah-kisah' yang patut aku sambung ..

Friday, 11 November 2005

Once Upon a time... can happen anytime

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

..

"A Cinderella Stories"

Dah lama ngidam nak tengok movie nih. Ye lah..Tau le, aku nih umur dah 28 tahun, tapi still suka sangat tgk citer2 umo 18 tahun. Awet muda nih. Tapi aku mmg sukerrrr sgt semua citer2 berbentuk fairy tale gitu... esp. Cinderella stories lah.. walapun Mr. Cinderella citer melayu tuh aku tak suka pelakon dia, tapi jalan citer aku suka gak.

Premiere dia 29th October masa puasa tuh, aku x dapek tgk sebab balik umah mom in law, tadak astro.. so aku let go jek laa.. aku tau sure ada repeat. Astro kannn.. Then aku belek2 magazine..there u go!!! ada repeat on the 3rd, 10th .. 3rd tuh malam raya...excited la sbb malam raya aku kat kg johor, ada astro, leh la layan (sampai camtu sekali tuuu) ...and waktu tayangan kul 12.45am ... sanggup aku tunggu ..

tapi punah harapan .. baru ingat, umah kampung cuma amik pakej mini jek. tadak pakej movie., so terrpaksa la aku tunggu yang next show .. yaitu malam tadi .. kat umah sendiri, sambik makan kerepek pisang import dari kampung. Itupun nasib baik tak terlepas, sebab aku dah lupa, saja lah browse thru channels tup tup baru nak mula kul 9 tuh .. apa lagi..layannnn...

So layan lahh..citer standard la Cinderella kan... tak bleh beat Cinderella version 'Ever After' Drew Barrymore .. tapi ok lah aku no hal jek asalkan cerita remaja ..

Aku tak bleh khusyuk sgt sebab sambil tgk, sambil main2 layan Lydia ... dia tgh suka cakap ..kalau tak layan kang kesian..dah la siang aku tak der, malam plak layan TV lelebih ... tak bagus tuh. Pukul 9.45 barulah Lydia tidur lepas guling2 depan TV. So aku layan la citer tuh. Hubby diam jek, dia pon layan gak la sbb dia pon nk tgk Hillary Duff, kesukaan dia Lizzie Mcguire tuh.

Citer biasa jek, tapi suka plak tgk Chad tuh. Hero dia yang berlakon dalam One Tree Hill channel 70 tuh. Suka renungan nyer la konon ecehhh..

Dah habis tu..ingatkan nak sambung lagi tengok movie 'The Myth' aku pinjam dvd dari officemate, tapi hampeh la citer tu...slow and kureng menarik ... agaknyer sebab aku tgk silap time kot..citer mcm tu patut tgk pagi2 haha baru la tak ngantuk. Belum sampai separuh aku dah lelap dah.. bangun2, hubby dah off dah TV ...

Tuesday, 8 November 2005

........

Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

Dah lama tak cerita perkembangan anak kecil aku tu.

Aku mengharapkan Lydia akan sudah pandai berjalan time hari raya hari tu. Tapi nampaknya impian aku belum menjadi kenyataan. Lydia belum confident nak berjalan sendirian. Namun begitu, dia sudah tak mahu didukung.

Jadi sudahnya, kami yang kena pimpin tangan dia. Yang parah tu, dia tak mahu orang lain, kecuali mak atau bapaknya, kami SAHAJA. Ahhh...habis satu rumah dia tarik tangan ... kita duduk, dia nangis .. nak tak nak ikut jugak. Padahal kaki dia dah kuat tu...dia cuma pegang jari kelingking jek jalan. Kalau aku tak bagi tangan, dia tarik kain la seluar la...asalkan ada kat kita.



Tapi kelambatan dia berjalan, tak sedikit pun menghampakan aku dan suami. Kami tahu belum masanya ... Walaupun dia belum mendapat kaki sendiri, dia betul2 menghiburkan kami dengan keletahnya. Alhamdulillah ... sudah keluar perkataan-perkataan yang boleh difahami dari bibir kecil dia tu. Dia sudah boleh mengikut kalau kita ajarkan perkataan2 baru, walaupun sebutan agak kurang jelas...tapi sukukata dan intonasi sememangnya perfect!

misalnya,

bila aku cakap, "po...kok", dia akan menjawab, "o...tok" ....

bila aku cakap, "bu...ai", dia akan jawab, "bu...ah"

"ne..nek" dijawab "nek...nek"

"ba...pak" dijawab "pa..pak"

"nya...iii" dijawab "aa..iii"

dan seterusnya ... respon dia yang menhiburkan kami. tak putus2 kami tunjuk dan sebut perkara2 di hadapannya ... dan Alhamdulillah, Lydia macam hendak cepat belajar, macam suka jek kalau kali ajar dia words...

Satu lagi, atuk dan nenek dia suuuuka ajar dia menyanyi lagu kanak-kanak. Hebat mak n pak mertua aku tuh. Banyak jugak lagu kanak2 yang dorang tahu, aku sendiri pun tak berapa tahu...Lydia kalau kita berenti nyanyi, nanti dia terus tepuk tangan .. dan kalau dia belum puas, dia tak tepuk tangan ... alahaiii...

Monday, 7 November 2005

Itulah saatnya!!

...

Isnin pertama di bulan Syawal! Sebenarnya baru je raya ke 5! Kalau dulu time sekolah rendah, raya ke 5 masih berjalan2 berbasikal ke rumah kawan-kawan sekolah. Masih berbaju warna warni! Meriah!

Hari ni, Hari raya ke 5, tapi suasananya macam bukan bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya beberapa hari yang sudah terasa jauh sangat dah ditinggalkan. Suasana kat office ni macam padang jarak padang tekukur, sunyi senyap ... even deringan telefon pun tak begitu kedengaran. Yang ada cuma aku dan 5 orang lain.

Mood raya ada lagi dek kerana membaca blog2 orang! Cerita raya sana sini!

Apa yang menariknya Hari Raya pada aku?

This year dapat lah merasa mengira duit raya setelah beberapa tahun meninggalkan aktiviti tersebut. Sejak bekerja, hanya mengira duit raya sebelum hari raya, sebab kira time nak tukar duit kat bank. Bila dah ada anak, dapatlah mengira semula duit raya, walaupun kirakan bagi pihak anak.

Berkumpul adik beradik dan sepupu2 pagi2 sebelum sembahyang raya. Yang ni rasanya jarang sgt org buat. Kitorang keluar rumah seawal 7.30 pagi, ke rumah Wak Long, kat sana berkumpul, bertakbir beramai2, sehingga semua sampai .. dan Wak Long (sebagai orang paling tua dalam keluarga belah arwah bapak) akan beri ucapan hari Raya, diikuti dengan bersalam bermaaf-maafan oleh anak, cucu cicit beliau, dan keluarga kami. Kami ni kira macam menumpang kasih Wak Long sejak Arwah bapak meninggal, kami memang terus dapatkan beliau di pagi raya selepas bermaafan dengan mak. Keluarga Wak long tu besar, jadi rumahnya yang besar pun nampak kecik pada pagi raya.

Selesai bersalaman (kena beratur amik giliran beb sebab ramai sangat), sesi memberi/menerima duit raya. Memang best!! Time ni bergurau senda macam pasar pulak! cucu Wak Long tu kalau balik semua, adalah dalam 50 orang, plus cicit dia ada la dalam 10 org, ditambah plak ngan cucu2 mak aku lagi .. hmmm.. jenuh gak tangan nak hulur kantung raya tuh ..

Then bila semua orang2 yg patut dapat duit raya dah dapat, sarapan lah! Kitorang mmg tak bersarapan kat rumah sebab nak bersarapan kat sini sama-sama ngan dorang. Ada Lontong daun pisang kegemaran kami! Orang lain buat tak cun macam Wak buat la...

Makan makan dan makan sampai la time nak pegi sembahyang raya, barulah kami bersurai dari rumah Waklong.

Selesai sembahyang raya, giliran anak2 Waklong tu pulak segerombolan bertandang ke rumah kami. Mereka tu pulak, memang tak pernah missed sarapan kat umah kami pulak. Kalau kami suka Lontong daun pisang mak dorang, dorang pulak mmg addicted kat lelemak/tetel masak merah mak. Dulu2 cuma 2 kilo jek masak, tapi sekarang dah jadik 7 kilo! raya pertama dah habis ...

Sebenarnya itulah saatnya, saat2 malam raya sehingga pagi hari raya pertama itulah yang betul2 hari raya pada aku.