Hari ini saya terpanggil pulak nak bercerita kisah wanita dan semalu...Semalu adalah sejenis tunbuh-tumbuhan yang apabila dipegang ia akan menguncup dengan sendirinya (seperti pemalu lagaknya). Saya ada menerima satu e-mail yang amat menarik berkenaan topik ini. .. tidak perlu saya menyalin segala yang ada di dalam emel tersebut. .. Namun Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan yang menghantar emel tersebut, kerana ia memberi peringatan mendalam jauh di dalam jiwa sanubari saya..
Di dalam emel tersebut, terselit satu kisah yang mana Rasullullah S.A.W dan puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a berjalan-jalan bersama. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi;
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Terasa kerdil sekali bila saya melihat ke diri sendiri..terasa sangat jauh saya dengan garisan yang dilunaskan oleh Islam terhadap diri saya yang bergelar wanita. Saya tidak mahu melihat kepada wanita-wanita lain kerana saya sendiri bukan berada di tempat yang sepatutnya. Saya tertanya-tanya, masih adakah lagi wanita-wanita di dalam dunia serba moden ini, yang mengaku manusia bertamadun yang masih mengekalkan sifat-sifat pohon semalu? Saya tidak ada jawapannya, tetapi jawapan kepada soalan itu sebenarnya memang tidak penting...sekurang-kurangnya tidak sebelum saya berada pada tahap itu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
ahaks...tgazfa....wanita dan semalu....? dah lama aku kenal engkau...aku rasa aku boleh relates wanita dan semalu dalam persepsi engkau.....muahahahaha
ReplyDelete