Monday, 17 January 2005

Purrfect Weekend (All Malay)

"Aktifkan dirimu....." seringkali kedengaran itu daripada sebuah pembekal telekomunikasi ..namun pengiklanan percuma bukanlah tujuan coretan ini..meminjam seketika pembuka diari..bagi memulakan kisah terjadi .. sepanjang hujung minggu yang baru dilalui...Amat terasa kesibukan hujung minggu semalam...banyaknya aktiviti tanpa mengira siang mahupun malam..tetapi gembira hati di dalam ... amat bermakna .. bermakna sekali .. hujung minggu ini tidak berdiam..

Sabtu Pagi - Mengecat rumah
Dah hampir mencecah sepuluh purnama kami mendiami rumah sekarang...sudah lama niat terpasang..hanya menunggu masa terluang...warna putih kalau boleh tak mahulah dipandang..bukan apa, seperti tak meriah dan tiada keceriaan yang memenuhi ruang..

Lama jugak kami meneliti..agar warna sesuai disanubari..warna apa agaknya berkenan dihati? longgokan katalog memenuhi almari..akhirnya warna jagung kami sepakati..namun seperti kurang berseri, "rasanya kita kena buat satu kombinasi" begitu kata suami. Sekali lagi memilih warna, itu kah ini? .."ahhaaa...saya berkenan la kaler lady diana ni..." sambil jari menunjuk ke arah warna merah jambu ke unguan yang nampak sekali seri...

Sabtu Petang - Jalan-jalan...
Ingatkan nak carik 'walker' untuk Lydia, Jusco Bukit Raja destinasi pertama, ada lah 'walker' tapi kurang berkenan di mata...kemudian ke Carrefour Subang Jaya pula, sampai kat sana, lagi lah kecewa, bukan tak ada yang berkenan di mata, rak walker pon kosong belaka...hmmpphh..Destinasi ketiga ke Shah Alam semula..Plaza Shah Alam dicuba pula..kat situ butik mom n baby kan ada, mana lah tahu boleh berjumpa....bila masuk je, terus dah nampak yang berkenan di mata..setelah dicuba-cuba, Lydia pun bergelak ketawa..sekali lagi rasa kecewa melanda, rupanya yang ada stok display sahaja..terus terbatal niat yang ada...tapi tetap tak putus asa, kat deretan kedai depan plaza, ada pulak butik baby laa...tapi kat sana pun tak ada yang lawa..last2, tak beli walker, tapi beli pulak tempat duduk kereta...hahahaha..

Ahad Pagi - Sungai Buloh
Mertua tercinta dah mengajak..takkanlah nak menolak, so pergi la jugak..membeli tanah dan bunga punyalah banyak...heheh...best pulak!!!

Ahad Petang - Berkebun
Suka sungguh! petang2 dapat juga keluarkan peluh..menanam pokok2 yang pagi tadi di beli di Sungai Buloh!..

Ahad Malam - Juara Lagu 19
Mula2 tak seronok sebab sound system mcm 'ngok'...tapi masa Anuar Zain bergema, meremang gak bulu roma ..kalah misha..tapi juara memang sepatutnya! Suara Tam Spider yang gemersik..'husky' kata omputeh..romatiknyaaa....walaupon vokal bukan dia punya, tapi spider ada lah JUARA! tapi Sarimah entah apa2...kengkadang meluat pon ada...tapi romantiknya Anuar Zain ngan Cheryl...hmmpphh...

itulah hujung minggu saya...very the perfect one!!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts