Thursday, 31 May 2018

Anak ke-6 selamat dilahirkan di hospital Shah Alam pada 8hb May 2018

EDD aku (based on scan) was supposed to be on May 5th 2018, tapi nothing happened on that day. Monday 7th May aku still gi check up and doctor bagi due date latest by May 11th, kalau tak kuar gak, kena lah induce.

8th May 2018

4.00AM-6.00 AM
Awal pagi around kul 4 gitu aku mula rasa contraction tu.. sambung tidur sampai  kul 4.30 and rasa makin kuat, so aku bangun n kejut husband. gi mandi semua and tunggu sat to make sure it was real contraction hehe.. lupa pulak camne contraction.. then bila sakit tu every 20 mins, aku pun confirmed la it was contractions and mula la kejut anak2. Ingatkan nk kejutkan semua tapi kesian pulak kat daleela n dyan plus takmo diorang drama pulak, aku dah le menahan gak sakit tu.. so bagi pesanan kat abang lan jek la.. dah dia yg paling beso kan hehe.. suh dia settlekan adik2 bila diorang bangun and gi umah nenek bila semua dah settled.

Dalam kul 5.15am gitu baru lah kami gerak ke hospital. Alhamdulilah la jugak awal pagi gitu mmg la jaaln clear.. tapi aku lapar la pulak so mintak husband singgah Petronas beli roti ngan air. tapi aku makan secubit jek dh tak rasa nk mengunyah pulak.. maklum la sakit makin kerap.. like every 6 to 8 mins gitu.. apps contraction yg aku on kan everytime aku rasa sakit tu asyik suruh aku gi hospital je hahaha!! (aku on kan jugak le apps contraction tu walaupun hampeh sbb aku amik yg trial version, dia tak bagi date and time. just bagi contraction duration je hahaha! kosser lah mak nak install yg full version time tgh sakit tu kan.. haha! )

Sampai hospital nk dekat kul 6 gak lah.. terus ke PAC and tulis nama kat guard tu.. husband tunggu kat luar dulu.. aku masuk dalam and lapor diri pulak kat kaunter dalam PAC.. then nurse suruh aku gi kencing dulu.. masa kencing tu baru lah ada darah sket..  and contraction mmg makin rasa.. but still bearable.. cuma nk kena jalan slow2 haha.. lepas kencing dia suh aku baring kat katil untuk CTG.. aku tgk masa ni dah kul 6AM.. aku msg husband bgtau aku tgh CTG.. CTG took about 20 minutes gitu.. 



Lepas CTG baru le nurse suruh ke dewan bersalin (bukan bilik bersalin tapi ruang untuk mommies tunggu turn masuk labor room). Kat situ ada another kaunter and aku kena tunggu nama aku dipanggil utk check bukaan.. memula aku dipanggil utk check info2 yg ada dalam buku merah... then tunggu sat baru la panggil untuk check bukaan. 

7.00 AM - check bukaan - 5CM


Kat depan kaunter tu ada la 3 baris kerusi menunggu.. and ada bilik2 berlangsir yg mana ibu2 bergilir masuk utk check bukaan sebelum confrm bleh masuk ke labor room.. masa aku tunggu tu ada lah dalam 4 orang tgh tunggu sama. aku pun tanya2 and bual2 gak lah ngan diorang... ada yg dh kat situ sejak kul 1AM.. and masih tunggu sebab bukaan dia masih 3CM.. so dia berjalan berlegar2 lah kat situ. aku lak mmg kali ni mcm tak leh nk jalan sangat.. 

Aku prefer duduk, sebab kali ni contraction tetap datang walaupun aku duduk (pengalaman sebeblum2 ni, aku suka berjalan2 tunggu contraction). Kali ni masa duduk pun dia mai kuat so aku lebih boleh menahan sambil duduk hahaha... duduk dendiam, sebelah tangan genggam tangan kat kerusi depan dan tundukkan muka aku.. tarik nafas dalam2..selawat ..gitu la gaya aku menahan contrations sambil tangan satu lagi pegang phone on kan apps .. aku tgk kekerapan like every 3 minit, 2 minit and 1 minit hahaha.. kalau ikut apps tu, yg mana duration contraction tu lama (lebih dari 1 minit), tu mmg tgh sakit sangat le tu.. bila sakit tu hilang kejap, aku pun sambung bual2 ngan ibu2 lain or sembang2 kat whatsapp, then bila sakit semula, aku pon mengerekot semula haha.. 

nih contrations yg sempat aku record between 5Cm to 8CM before masuk labor room.
yg mana duration more than 1 minit tu mmg sakit le.. 


Then nurse yg check bukaan aku tu datang kat aku and tanya, "sakit akak makin kerap ke?" aku angguk jek... dia pun suruh masuk bilik berlangsir utk check lagi... and at the same time bagi baju utk labor room..

8.00 AM - check bukaan - 8 CM!

Terus nurse tu tak kasik aku bangun dari katil tu, then diorang terus sorong aku masuk dalam labor room.. lega hakak! haha.. tapi nurse suruh simpan phone. aisemen .. tapi folow je lah dah itu rules dia kan..

Dalam labor room aku kena baring je.. ada lah sorang nurse tgh prepare2 apa yg patut.. dok menulis2.. sambil tanya2 aku details.. dia kata diorang dh bgtau husband utk masuk.. so aku angguk je lah n tunggu... 

sakit tu bearable. aku mcm keep telling myself yg aku pernah rasa contrations yg lebih kuat lagi in my previous labors.. setiap kali sakit itu la dlm fikiran aku.. (which aku rasa betul.. aku rasa sbb sakit sebelum ketuban pecah is bearable compared to sakit selepas ketuban pecah)..

Tak lama lepas tu aku terasa sakit yg mcm nk teran,, aku baru tarik nafas jek tetiba waterbag pecah and air ketuban kuar... aku bgtau nurse, "nurse.. ketuban pecah and saya rasa mcm nk push!"

"nanti puan,, saya nk check bukaan dulu.."

"takleh tahan nurse.."

"nanti puan.. husband puan lom masuk.. "

"takpe2... saya tak tahan dah ni.." sambil aku cakap ni actually aku dah rasa kepala baby dah kuar sikit.. 

"nurse.. kepala baby dh kuar rasanya ni.." 

nurse datang kat aku and cuba utk tahan baby dari kuar and at the same time dia pun jerit panggil doktor and the rest... and at the same time dia tolong aku ngan kedudukan kaki aku supaya tak halang baby nk kuar.... hahhha banyak AT THE SAME TIME tu sbb mmg dia sorang je nurse yg ada masa tu.. coz diorang tak sangka it will be that fast.. aku lak at the same time mmg takleh tahan sangat... so aku push je! and baby pun keluaarrr.... phewwww.. sejurusss lepas baby keluar baru lah doktor dan beberapa orang nurse masuk.. hehehe.. doktor masuk, tengok aku and kata.. 

"dah selamat dah puan... "

Ahamdulillah.. aku tgk jam, around kul 8.30 gitu... baby girl, 3.25kg.. 

Lepas aku dah settled semua baru lah husband masuk hehehe.. sorry bapak, baby tak dan nk tunggu bapak masuk... 

Welcome to the world, and welcome to the family.. Dayini Humaira binti Mohd Hamid.. inshaaAllah kehadiranmu akan lebih menyerikan lagi keluarga kita... 

Pic bawah ni is taken 2 hours after delivery .. me and my new baby kat belakang tu ekeke..


Lepas deliver, masuk ward ... lepas semua nya OK... mom and baby are ok.. petang tu juga doktor benarkan keluar.... balik rumah hehehe alhamdulillah....



Kat bawah ni conversationn aku n hubby haha first time dia tak follow masuk labor room... kesian dia.. takpe lah yg penting selamat semuanya.. and guna conversations ni utk tgk timing aku haha... lepas kul 8.05am tu takde lagi conversations sbb aku dh masuk labor room dan tak bleh bawak phone.. kalau boleh mesti aku akan msg dia sampai la aku nk  push haha...




lawak pulak sbb dia pun sibuk sakit perut jugak hahaha!

Thursday, 24 May 2018

38-39-40 Week Check up at Klinik Desa Bukit Kapar, Klinik Kesihatan Meru dan Hospital Shah Alam

23 APRIL 2018, Monday

KK Meru
Awal pagi ke Klinik kesihatan Meru, bila tunjuk kat nurse refer letter dari DEMC, nurse KK kata oleh kerana saya dah 38 masuk 39 weeks, better terus je bukak kes kat Hospital mana saya nak bersalin.. so tak jadik la proceed kat KK Meru.. terus keluar dan menuju ke hospital. Plan asal nak ke hospital Klang tapi mak mertua suggest ke Shah Alam sebab lebih dekat and aku lebih tahu selok belok Shah Alam berbanding Klang tu (tau je lah traffic nk ke HTAR tu kan, mak risau kalau saya dah sakit nnt tak sempat nak harung jammed haha)

PAC Hospital Shah Alam
Mujur lah hasben cuti so terus ajak dia ke hospital Shah Alam, dan terus la tuju ke PAC (kemasukan ibu mengandung).. sampai je kaunter, nurse kat kaunter tanya, dah ada tanda2 nk bersalin ke.. saya kata takde lagi.. then dia baca surat DEMC, terus ke mintak saya terus ke klinik pakar kat hospital Shah Alam tu, sebab klinik pakar bleh scan and check keadaan baby. Rupanya PAC ni ibu2 datang  kalau dah betul2 nk bersalin hehehe.. mana lah aku tau.. hahaha maklum le first timer..

Klnik Pakar Hospital Shah Alam
So kiterang pun terus la ke klinik pakar hosp shah Alam tu... kat tingkat 4... sampai atas tu ada kaunter, saya pun story kat nurse tu.. dia kata kena buat appointment dulu baru bleh jumpa doktor. Aku OK jek.. .so dia kasik aku nombor giliran.. hehehe rupanya nak buat appointment pun ada nombor giliran.. and kena tunggu like 30 minit baru la number aku dipanggil untuk dia bagitau bila tarikh aku leh jumpa doktor.. gitewww...

3 tempat tu lah aku habiskakn separuh hari and still lom jumpa doktor lagi hihihi....

27 APRIL 2018, Friday

Klnik Pakar Hospital Shah Alam
Jumpa Dr. Hamidah Omar, O & G specialist @ HSHA

Awal pagi seawal kul 8 aku dh ada kat hospital Shah Alam.. terus ke klinik pakar dan ke ground floor untuk register. Lps tu naik tingkat 4 pulak untuk amik nombor dan tunggu la sampai number dipanggil.. dalam kul 9.30 gitu kot baru nomor naik..

Alhamdulillah... Doktor scanned and baby dah engaged kepala kat bawah, uri dah elok kat atas dan tali pusat pun kat atas jugak.. condition yang safe untuk deliver normal kata doktor, so dia tanya aku, nak deliver kat mana? aku pun terus kata kat hospital ni je lah doktor huhu malas dah nk sana sini sana sini gitu kan.. Oeh kerana masih 39 minggu, dan belum ada tanda2 nk bersalin, doktor sajes aku buat buku merah dah teruskan next check up kat KK... kalau dah ada sakit2 atau tanda2 baru lah ke HSHA. 

30 APRIL 2018, Isnin
39 week
Klinik Desa (KD) Bukit Kapar

Aku ke KD Bukit Kapar, takde appointment pun sbb baru first time and aku call2 tak dapat rupanya phone depa dah berbulan2 rosak hahahahaaa! pun bolehhh... KD ni betul2 rupa mcm klinik desa ekekek sbb dinding papan lantai papan.. so klasik.. dekat gilos ngan umah aku pun ekceli.. like 3 minit dah sampai gitu haha..

bilik doktor kat atas...


Sampai situ nurse pun belek2 buku merah aku tu and dia komplen sbb tak cukup info.. maksud dia nurse kat klinik pakar tu tak betul2 isi info2 yg penting... aku huhu je lah mana la aku tau kaaann... tapi tak la nurse kat KD tu marah aku ke apa.. dia just mengeluh je sbb dia la yg kena isi buku tu supaya lebih info n details..


Then dia kata hari tu takde doktor.. and suggested aku dtg semula utk jumpa doktor.. aku ok lah set je appointment. tapi dia kata just in case ada tanda2 bersalin, terus lah ke PAC hospital shah alam jek... - tak jumpa doktor

3 MAY 2018, Thursday 

Klinik Desa Bukit Kapar
Jumpa Dr. Lily Suria Fitri Abdul Latiff, MO @ KK meru & KD Bkt Kapar

Sekali lagi ke KD as per appointmet.. nurse amik ukuran perut dan dgr jantung baby.. so far OK je semua nya..  and aku still takde tanda nk bersalin pun hehe.. then jumpa doktor pulak. hmm kalau kat private, semua pemeriksaan dilakukan oleh doktor, tapi kat KD ni, nurse je buat semua.. doktor just review result and decide kalau ada apa2 needs further check up. doktor tak yag susah2 bangun duduk dari seat kekeke..  hence the cost difference lah kan.. but both pun ok je for me.. nurse pun buat ok sbb depa pun terlatih.. cuma semuanya manual la kat KD ni.. ukur perut utk tentukan week/umur baby.. then dengar jantung baby pun guna tools kecik je no need ultrasound hehe. Doktor yg bertugas was a lady.. tegas weh orangnya haha dia pun question kenapa la hospital shah alam suh dtg check up kat KD/KK sbb dah too last minute.. tapi dalam membebel2 tu dia tetap gak bagi appointment untuk aku scan kat KK for the next check up.. utk check air ketuban.

5 MAY 2018, Saturday

Hari ni is my REDD.. tapi nothing happened. tiada tanda2 pun ...

7 May 2018, Monday
40 week
Klinik Kesihatan Meru
Jumpa Dr. Mardhiyah Yusoff, MO 2 @ KK Meru

Ke sini untuk scan to check air ketuban .. dah overdue (ikut REDD) by 2 days. tapi Alhamdulillah air ketuban OK lagi so takde la doktor advised to induce immediately.. doktor bagi tarikh serah diri in case tak bersalin gak, by 11/May/2018 aku kena admit jugak to induce. 

------

Haaaaa!! pheewww habis dahhhh cerita aku check up! baby ke 6 ni "jumpa" paling ramai doktor, daripada Umra, DEMC, KD, KK, HSHA hahahaha... agaknya beso nanti jadik medical doktor kot.. aamiin..


Lepas ni bleh citer lahirkan baby pulak.. :-)

Thursday, 26 April 2018

38th week Checked up - footling breech

20/4/18 - Checked up (38 weeks) kat Avisena. A week before kan ada buat test GBS kan.. so result dapat today and alhamdulillah negative, so tak perlu ambil antibiotik lah... Sembang2 ngan Dr. Jumeah pasal aku missed mengundi hahaha .. lepas sembang tu dia scanned la mcm biasa.. tetiba dia terjerit sikit..aku mcm erkk apsal ni doktor? rupanya baby aku pusing which kaki dia lak kat bawah.. doktor explained yg the condition is called footling breech... kaki kat bawah and ada baby cord kat kaki dia.. high risk utk tali pusat tu kuar dulu bila waterbag pecah which can be anytime sbb aku dah full term.

Doktor terus suggest aku masuk ward hari tu jugak sebab sangat berisiko katanya... aku mcm errrkk alamak ngan hasben pun tak follow check up.. mmg tak le aku nk decide sendiri kan.. frankly speaking aku pun kena fikir panjang bab admitted awal ni bila fikirkan kos tu nanti ... doktor kata admitted 2 or 3 days to monitor kalau position baby sama je then advise to perform ceaserian.. aduh! sesuatu yg aku sangat tak jangka! awal2 aritu mmg few times baby breech tapi since week 25 tu dah OK position baby.. tak sangka la akhir2 ni dia  masih main pusing-pusing huhu.. .doktor kata mmg possible sebab air ketuban aku banyak and ruang perut aku dh luas disebabkan dah bersalin banyak kali. 

Aku kata aku akan dtg semula the next day ngan hubby to scan lagi.. then baru decide. Doktor mcm berat jek tapi aku firmed takmo masuk ward. tawakkal gitu. nurse kemain pesan jgn lasak2 and kalau sakit waima sikit pun make sure terus ke hospital, dan make sure on the way to hospital tu aku dalam keadaan bersujud, utk kurangkan risiko tali pusat baby keluar.. 

Malam tu aku diskas2 ngan hasben let say position baby masih sama, apa akan kita buat? aku cadang mintak refer ke government hosp jek just in case kena operate.. walaupun company mmg ada GL for operation tapi still operation kat Avisena is costly and banyak kena top up.. sejujurnya kami takk mampu uols.. nurse dah tolong kira2 maybe around 12K and boleh jadi lebih lagi sekiranya ada complication (na'uzibillah)..

The next day, datang lagi Avisena.. and scanned. Alhamdulillah baby dah pusing and kepala kat bawah... tapi masih tak engaged and tali pusat pun masih kat tengah2 which masih dalam keadaan yg berisiko. doktor namakan condition ni as unstable condition. tak la terlalu bahaya sampai kena admitted hari tu jugak (pheww lega) tapi doktor tetap kata ada kemungkinan jugak akan pusing lagi and ada kemungkinan akan ceaser. hmmmm.. so aku terus je mintak surat rujukan .. utk ke government... doktor pun OK je lah and dia pun faham... kalau aku betul2 have2 ok je proceed kat avisena haha tapi ada banyak komitmen maka aku better be realistik sikitlah... yg penting aku nak baby selamat dan semua lancar...  alhamdulillah hari tu aku tak admitted... masih  boleh jalan2 n shopping2...

Tuesday, 27 March 2018

34th week checkup @ Avisena Specialist Hospital

Sampai2 je hospital semalam mcm terkedu gak.. eh? apsal lain? hahaha rupanya tukar nama dari DEMC ke Avisena. logo dan warna korporat bertukar... yang lain sama je...

Aku jumpa Dr. Jumeah dalam kul 3 gitu.. Alhamdulillah semua OK so  far,.. test MGTT last month pun result ok.. doc kata berat baby around 2.2kg now.. which is normal.. aku lak naik 1kg from last month...

Lepas ni kena jumpa 2 minggu sekali. huhu bertabah bab poket tu kekdahnya hhaha.. next check up doktor nak buat swab utk test GBS bakteria tu..


Wednesday, 28 February 2018

Prosperity Toss - Yee Sang - Lo Hei

It was my 2nd time tossing this popular chinese new year prosperity meal (terbayang prosperity burger pulak - i like haha). Tapi with the same group of friends and at the same place. Walaupun tak pernah ada darah cina dalam diriku, aku tetap bleh accept makan yee sang ni.. not bad lah.. masam-masam manis gitu. Cuma the tossing part tu aku masih ada rasa2 segan silu sikit maklum la kat tempat open gitu. padahal orang sekeliling tak amik port sangat pun sebab depa semua pun busy with their companian kan. well sendiri je rasa okwed.

mcm nk cucuk mata sendiri pulak ngan chopstik gergasi
Selain yee sang of course lah dim sum. kat situ kalau tak order dim sum mmg rugi lah. haha! aku kalau bab dim sum mmg bleh pekena banyak. nih masa tgh menaip ni pun terasa mcm tingin nk mkn dimsum lagi haha..kalau lah murah mmg bleh pekena hari2 kot hahahha! 

Meriah tak! haha! PROSPERITY!!
Bila lepak ngan kengkawan mmg masa tu pantas sangat berjalan kan.. kul 1 start.. tetiba eh dh kul 3.. walaupun memasing semua mmg dh amik half day leave (for me one day leave la sbb pegi check up earlier of the day kan) tapi still rasa kejap sebabnya its Friday and of course memasing nak rush balik pulak to avoid traffic jammed petang jumaat. aku takde la rushing sangat sebab bila rumah jauh gitu mmg ala2 redho jek lah ngan segala traffic situations.. kami kuar lah jugak dari Min max dan dari Darby Park tu ditemani hujan lebat, menuju ke The Intermark pulak to have a coffee session. Tapi before that, jenuh mencarik surau and toilet kat Intermark. Lepas zohor baru lah sambung session kat The Grizzly Cafe. nice cozy place and i had hot caramel latte (RM12 for quite a small cup hahaha) 

me, dani and my caramel latte coffee


Frankly spiking aku still rasa kejap sangat sesi gath tu. too bad korum tak full. Mas kemalangan a week before our gath. Tapi dia mmg strong lady sungguh. alhamdulillah she's getting better. next time u join Mas! Mauze and jannah were not able to join too.. hope next time they can make it.. Zaza pulak walaupun ada kat KL, namun dia dan keluarga ditimpa kesedihan kerana kehilangan kakak iparnya a day before. Semoga semua yang berlaku ni ada hikmah yang menanti.. inshaaAllah di masa lain ada peluang untuk semua attend.

the attendees..
So we left around 5PM (itupun after posing2 kat CNY deco) ... and as expected mmg traffic was bad. I reached home at 8PM hahaha!! dah serupa mcm hari kerja uols! but its ok.. bila hati dah redho takde la rasa marah ke benci ke apa... sampai umah, anak2 sambut happy2.. hasben plak dah tapau food for dinner.. so sambung dinner yong tau fu kat rumah.. 

Alhamdulillah all went well...

Tuesday, 27 February 2018

Pregnancy Check Up @ DEMC Specialist - Week 29-30

Awal pagi saya dah sampai DEMC. Pukul 8 dah ada kat front counter klinik O&G huhu... sangat mendengar kata gitu kekdahnya ekeke.. bukan apa, dah alang2 amik cuti kan.. kena la guna sepenuhnya so dah planned few errands selepas check up... 

Check up kali ni untuk:-

- MGTT (minum air gula)
- BLood count for HB
- Injection kancing gigi

to yg kena sampai awal tu. kul 8 tu terus gi and cucuk amik blood before minum air gula. Right after cucuk terus dapat air gula berperisa blackcurrent. Oleh kerana dah puasa since 12 malam makan laju je la saya teguk air gula tu ahaha.. air nya sejuuuk dan rasa masam2 tu so tak lah teruk sangat rasanya. bleh aaa masuk huhu.. 



Lepas tu kena lah tunggu another 2 hours before can do another injection nk amik reading after minum air gula. sementara tunggu ni, gi jumpa doktor Jumeah for normal monthly check up and ultrasound. Alhamdulillah semuanya kelihatan normal.. last month baby breach this time dah pusing dah kepala ke bawah.. huhu.. tapi still ada peluang utk baby berpusing2 so tetap kena sentiasa berjaga2 dan berdoa supaya takde yang tak normal berlaku... selain perkembangan baby yang normal, keadaan saya pun OK.. tekanan darah OK, HB pun OK.. berat pun naik OK je... total 6kg for the whole 29 weeks.. harap2 jgn lah naik mendadak lepas nih.. badan dah sediakala besar ni kalau naik banyak mesti lah tak best dan berisiko kan..

cuma utk sugar reading mmg kena tunggu next check up la sbb baru je amik reading kan..



Lepas tu gi injek kancing gigi.. adui yg nih saket! even sampai sekarang (dah 4 hri berlalu) pun masih rasa lenguh dan sengal2 tu lagi ... 

lepas tu siap2 wat payment semua then last sekali baru lah ke makmal darah semula utk amik darah sekali lagi after 2 hours minum air gula.. 


Alhamdulillah settled dan lancar semuanya... terus gi beli air and food sket utk alas perut. takmo makan heavy sangat (walaupun lapaaar) sebab dah plan for lunch gath ngan kengkawan... cuti katanyer! tapi sebelum jumpa diorang, saya singgah dulu Shaklee home office... beli stok sket plus beli order customers... Alhamdulillah berjalan lagi bisnes shaklee ni.. still part time lagi sbb takleh nk commit full time.. part time ni pun alhamdulillah dapat la tutup2 lubang2 sket hehee...better than nothing kekdahnye..

Tuesday, 13 February 2018

Kelas Hujung Minggu

Masih diberi peluang dan ruang untuk menuntut ilmu hujung minggu... Untuk anak2 dan untuk diri sendiri jugak.. Kelas arab sabtu pagi 2 jam jek 9 to 11 AM.. refresher .. tetap jugak tak boleh nk bercakap bahasa arab sebab tak tambah mufrodat baru... dari segi nahu, inshaaAllah dapat la tangkap sikit2 based on previous kelas..

dah tulis kat journal handwriting, maka takyah kuulang lagi.. Semoga istiqamah je lah hendaknya..



Kat bawah ni pic sebenar hahahaha!!! malas pulak nak lukis orang lain ramai2.. lukis 3 orang jek...


Popular Posts