Saturday, 2 November 2013

I not Stupid

I not stupid. Pinjam title filem.

Beberapa hari lepas, anak saya Idlan membawa pulang sekeping flyer dari sekolah. Flyer tersebut adalah borang untuk menempah satu produk makanan minda. Yang membuatkan saya rasa agak terkilan adalah cara tajuk iklan tersebut di tulis.

“UNTUK ANAK YANG DEGIL, LEMBAP DAN NAKAL” – something macam ni lah.

Bukan main keras lagi bahasa yang digunakan, dan anak saya Idlan sampai rumah sahaja terus cakap, mak, abang Lan degil tak.. saya automatic jawab tak, kemudian dia mengeluarkan keluhan sedih. Saya pelik jugak. Rupanya dia teringin nak coklat tu. RM10 harganya. 

Harga bukan isunya. Tapi kenapa mesti menulis yang negative? Anak-anak kecik (Idlan berumur 5 tahun) bila nampak coklat mesti mereka suka, dan mereka sanggup je mengaku mereka degil la, lembab la nakal la sebab nak dibelikan coklat itu, kerana mereka percaya dengan tajuk yang mereka baca.  Mungkin iklan tersebut boleh ditulis dengan cara yang positif, sebagai contoh:-

“ANAK BIJAK DAN CEMERLANG DENGAN PRODUK XXX”

Saya terus cakap pelan2 kat Idlan, “Abg Lan budak bijak. Jadi tak perlu coklat ni. Anak mak bukan lembab degil dan nakal kan?”  Sebagai budak yang dah agak matured (untuk 5 tahun abang Lan saya kira agak matured, dan mudah menerima nasihat – jika dengan cara yang selembut salju huhuhu), abang Lan mengangguk, dan tersenyum bangga dapat pujian dari mak, dan rela tidak dibelikan coklat tu.

Jimat. Oopss.. maksud saya, sayang lah iklan yang macam tu, produk dah bagus tapi kasik hati parents sentap plak.. hehehehe.. Mungkin betul, itu strategi pemasaran, nampakkan masalah, barulah beri solution. Tetapi pada saya, tak semua keadaan boleh menggunakan formula tu. Huhu.. OK maybe saya je raasa mcm tu.

Wallahu’alam.

Fara - Mak Cemerlang, inshaAllah.

Popular Posts