Thursday, 23 July 2015

Dugaan Hari Pertama utk ke ofis selepas cuti raya

Hari ni hari pertama kerja selepas cuti raya selama seminggu. Memang lemau lah tapi bila fikir Tasks yg menunggu, hilang lemau tu.. I know its gonna be a busy week walaupun dah tinggal 2 hari je week ni.

Anak2 masih ada yang belum sihat sangat. Dyan dah aktif dan nampak mcm nak berjalan,  Daleela dah nampak lebih sihat dari semalam.. Cuma Fahren je yang still lemah...tapi dia mcm happy je nak ke taska.. Nak jumpa kengkawan.. Harap hari ni ok lah.. 

Kesimpulannya, Kiranya agak bersemangat la jugak saya nak ke ofis. 

Tapi yang jadi mood beralih arah ialah sesampainya kat KL sentral, dah nampak selautan manusia Q nak naik LRT. But being me (who prefer to see things from a brighter side), i took this chance to spend time updating this blog. Haha!! Brilliant kan? Well while am writing this, a train is actually in front of me, has been there like 3 minutes, not moving, pack with crowd. I will be taking the next train, hopefully..

Happy thursday peeps!!! *smile*

Wednesday, 22 July 2015

Cuti Syawal berakhir, kembali kepada rutin kehidupan..

Alhamdulillah, dalam kesederhanaan, dapat juga berhari raya dengan keluarga. Keluarga saya sendiri (saya suami dan anak-anak), keluarga belah emak sendiri (walaupun emak sudah tiada, kami adik beradik berkumpul untuk menyambut hari raya di rumah pusaka yang anak2 saya masih panggil "rumah nyai") dan keluarga belah emak mertua.

Selepas cuti Syawal ni, perlulah kembali kepada rutin asal, ke pejabat bekerja..

Semoga Allah memberi jalan kepada saya untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang terbaik buat saya sekeluarga...

Gambar: stok shaklee di rumah. Banyak yang perlu di tambah. InshaAllah order tetap dibuka untuk semua vitamin.. Tapi untuk dapatkan promosi VIVIX, segera order sekarang.. Hanya dalam bulan Julai 2015 ini..

Selamat Hari Raya! :)
Hubungi saya!


Wednesday, 1 July 2015

Elakkan penyakit kencing manis kerana ia adalah penyakit yang kronik

Seperti 1 Julai tahun lepas, tahun ni sekali lagi VIVIX mengambil tempat untuk menduduki carta promosi. Sama ada beli 6 percuma 1 ataupun beli 2 dengan diskaun 5%, anda tetap membuat pembelian yang sangat berbaloi. 

Bila bercakap tentang VIVIX memang sinonim betul dengan penyakit kencing manis... dan saya memang sangat takut dengan penyakit kencing manis ini. Ramai orang yang saya kenali 'pergi' setelah tewas dalam peperangan melawan penyakit kencing manis, dan ramai juga yang masih berjuang.

Baru-baru ni, ibu saudara saya terpaksa dipotong sebelah kakinya di paras lutut akibat jari kakinya sudah 'dimakan' oleh kencing manis. Walaupun permulaannya doktor hanya memotong jari yang sudah mulai hitam.. tak lama selepas jari dipotong, doktor dapati tapak kaki pula sudah hampir menerima nasib yang sama, jadi doktor mengambil keputusan untuk memotong sehingga paras lutut.

Sesuatu yang sukar diterima oleh empunya badan pada mulanya, namun tidak pula dapat menolak.

Walaupun saya faham, kesakitan adalah satu bentuk dugaan, namun bila memikirkan bagaimana ganasnya kencing manis ni, saya tidak dapat tidak, dalam hati sentiasa berdoa agar dielakkan daripada mendapat penyakit ini. Na'uzubillahi min zalik. 

Tahun ini sahaja, sudah tiga kes kencing manis saya lihat kepada orang terdekat saya. Satu kes ialah yang saya cerita di atas, dan satu lagi kes ialah bila kencing manis 'memakan' buah pinggang dan organ dalaman lain. Kalau menyerang organ dalaman, memang tak ada lah kena potong... tapi dalaman pulak semakin lama semakin hilang fungsi... contohnya buah pinggang, yang menyebabkan air tidak dapat keluar dari badan, lalu melemahkan paru-paru dan jantung... ada jugak yang penglihatan menjadi rosak... sememangnya dasyat kerosakan yang dibawa oleh penyakit kencing manis ni.

Sebab itu ia adalah penyakit kronik.

Jadi, semasa ada peluang untuk menghindarkan diri daripada penyakit kronik ini, memang wajar sangatlah kita gunakan.

Salah satu peluang ialah dengan mengamalkan VIVIX setiap hari. inshaAllah...

Untuk info lebih lanjut, cepat2 hubungi saya.. 0192390107

Elakkan penyakit kencing manis kerana ia adalah penyakit yang kronik