Wednesday, 9 September 2015

Wednesday, 19 August 2015

Pindah...

Setelah berhari-hari menggodeh sambil memeningkan kepala upline dan domain support ngan pelbagai soalan cepu emas, akhirnya saya berjaya jugak pindahkan blog content dari blogger kepada wordpress dan mendomain kan dia.. maka sekarang, dengan rasminya blog saya sudah berpindah ke... 
Blog ini saya tak akan tutup.. tapi silakan klik link di atas untuk cerita2 terbaru saya :-)

TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBACA BLOG SAYA ...

Thursday, 23 July 2015

Dugaan Hari Pertama utk ke ofis selepas cuti raya

Hari ni hari pertama kerja selepas cuti raya selama seminggu. Memang lemau lah tapi bila fikir Tasks yg menunggu, hilang lemau tu.. I know its gonna be a busy week walaupun dah tinggal 2 hari je week ni.

Anak2 masih ada yang belum sihat sangat. Dyan dah aktif dan nampak mcm nak berjalan,  Daleela dah nampak lebih sihat dari semalam.. Cuma Fahren je yang still lemah...tapi dia mcm happy je nak ke taska.. Nak jumpa kengkawan.. Harap hari ni ok lah.. 

Kesimpulannya, Kiranya agak bersemangat la jugak saya nak ke ofis. 

Tapi yang jadi mood beralih arah ialah sesampainya kat KL sentral, dah nampak selautan manusia Q nak naik LRT. But being me (who prefer to see things from a brighter side), i took this chance to spend time updating this blog. Haha!! Brilliant kan? Well while am writing this, a train is actually in front of me, has been there like 3 minutes, not moving, pack with crowd. I will be taking the next train, hopefully..

Happy thursday peeps!!! *smile*

Wednesday, 22 July 2015

Cuti Syawal berakhir, kembali kepada rutin kehidupan..

Alhamdulillah, dalam kesederhanaan, dapat juga berhari raya dengan keluarga. Keluarga saya sendiri (saya suami dan anak-anak), keluarga belah emak sendiri (walaupun emak sudah tiada, kami adik beradik berkumpul untuk menyambut hari raya di rumah pusaka yang anak2 saya masih panggil "rumah nyai") dan keluarga belah emak mertua.

Selepas cuti Syawal ni, perlulah kembali kepada rutin asal, ke pejabat bekerja..

Semoga Allah memberi jalan kepada saya untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang terbaik buat saya sekeluarga...

Gambar: stok shaklee di rumah. Banyak yang perlu di tambah. InshaAllah order tetap dibuka untuk semua vitamin.. Tapi untuk dapatkan promosi VIVIX, segera order sekarang.. Hanya dalam bulan Julai 2015 ini..

Selamat Hari Raya! :)
Hubungi saya!


Wednesday, 1 July 2015

Elakkan penyakit kencing manis kerana ia adalah penyakit yang kronik

Seperti 1 Julai tahun lepas, tahun ni sekali lagi VIVIX mengambil tempat untuk menduduki carta promosi. Sama ada beli 6 percuma 1 ataupun beli 2 dengan diskaun 5%, anda tetap membuat pembelian yang sangat berbaloi. 

Bila bercakap tentang VIVIX memang sinonim betul dengan penyakit kencing manis... dan saya memang sangat takut dengan penyakit kencing manis ini. Ramai orang yang saya kenali 'pergi' setelah tewas dalam peperangan melawan penyakit kencing manis, dan ramai juga yang masih berjuang.

Baru-baru ni, ibu saudara saya terpaksa dipotong sebelah kakinya di paras lutut akibat jari kakinya sudah 'dimakan' oleh kencing manis. Walaupun permulaannya doktor hanya memotong jari yang sudah mulai hitam.. tak lama selepas jari dipotong, doktor dapati tapak kaki pula sudah hampir menerima nasib yang sama, jadi doktor mengambil keputusan untuk memotong sehingga paras lutut.

Sesuatu yang sukar diterima oleh empunya badan pada mulanya, namun tidak pula dapat menolak.

Walaupun saya faham, kesakitan adalah satu bentuk dugaan, namun bila memikirkan bagaimana ganasnya kencing manis ni, saya tidak dapat tidak, dalam hati sentiasa berdoa agar dielakkan daripada mendapat penyakit ini. Na'uzubillahi min zalik. 

Tahun ini sahaja, sudah tiga kes kencing manis saya lihat kepada orang terdekat saya. Satu kes ialah yang saya cerita di atas, dan satu lagi kes ialah bila kencing manis 'memakan' buah pinggang dan organ dalaman lain. Kalau menyerang organ dalaman, memang tak ada lah kena potong... tapi dalaman pulak semakin lama semakin hilang fungsi... contohnya buah pinggang, yang menyebabkan air tidak dapat keluar dari badan, lalu melemahkan paru-paru dan jantung... ada jugak yang penglihatan menjadi rosak... sememangnya dasyat kerosakan yang dibawa oleh penyakit kencing manis ni.

Sebab itu ia adalah penyakit kronik.

Jadi, semasa ada peluang untuk menghindarkan diri daripada penyakit kronik ini, memang wajar sangatlah kita gunakan.

Salah satu peluang ialah dengan mengamalkan VIVIX setiap hari. inshaAllah...

Untuk info lebih lanjut, cepat2 hubungi saya.. 0192390107

Elakkan penyakit kencing manis kerana ia adalah penyakit yang kronik



Wednesday, 6 May 2015

Subject yang makin membesar..

OK entry ni sempena #blogreviveday .. haha nak gak take part walaupun sikit.. challenged by http://whatsout-there.blogspot.com/ (Arena) -- geng blogger jaman dedolu keke)
Early this year, Lydia mintak izin nak guna laptop saya, ada assignment katanya - kena create email dan blog untuk subject TMK dia. 

Cepatnya masa berlalu. Lydia, yang satu masa dulu adalah topik utama saya dalam kebanyakan entry saya. Kejap je dah 11 tahun berlalu. Saya mula berblog selepas lahirkan dialah. 

dan few weeks ago she told me she found my blog! (she seems proud of it hahaha!) dia kata kawan2 dia suka baca cerita2 saya tentang dia. 

"Kawan2 Lydia tengok gambar2 masa Lydia kecik kat blog emak.."

hehe gambo dia kecik je la banyak.. makin beso rasanya kurang dah pic dia. Sengaja kurangkan pun.. unless dia sendiri nak letak, tu lain citer la kan tapi so far blog dia lom ada gambo pun .. 

Kang tetiba dia dah form 5? alamak.. so fast??



Tuesday, 7 April 2015

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim bi Khair..

Termasuk hari ni, dah sembilan hari saya berada di Kluang, Johor. Sepanjang waktu ni saya menumpang di rumah kakak saya dan setiap hari berulang alik dari rumah kakak ke hospital Kluang yang tak berap jauh dari rumah kakak.

Sebenarnya sudah lebih sepuluh hari emak tersayang saya berada di hospital kerana tidak sihat dan keadaannya . Saya tidak mahu bercerita panjang tentang keadaan emak, cukuplah saya menulis di sini agar semua yang membaca dapat mendoakan kesihatan emak saya, semoga Allah melapangkan dada dan fikiran emak di dalam menempuh dugaan ini. Saya percaya, hikmah terbesar oleh Allah tentu sekali menanti, termasuk terhapus dosa-dosa emak, inshaAllah kerana sebagai manusia kita tak lari dari dosa. 

Semoga Allah ampunkan dosa ibu bapa kita dan pelihara mereka
Daripada tipu daya syaitan, azab api neraka.. Dan peliharalah mereka
Seperti mereka memelihara kita sejak kecil..

Dalam pada menghadapi dugaan ni, saya nak kongsikan kesyukuran saya atas beberapa perkara berikut.

Suami dan keluarga mertua yang sangat memahami. Alhamdulillah, sepanjang saya berada di kluang untuk bersama emak, suami sayalah yang menguruskan anak-anak di rumah nun di Klang. Setiap masa saya berdoa semoga Allah memberi kesabaran kepada suami dan anak-anak dan semoga Allah juga memberi ganjaran buat suami saya yang ikhlas memberi peluang saya bersama emak di sini. Kata suami,

"Anak-anak melihat perbuatan kita.. Dan kita pun akan tua jika umur panjang"

Ya Allah.. Saya bersyukur atas kurniaan ini..

Saya juga bersyukur diberi kerjaya yang membolehkan saya bekerja tanpa perlu ke pejabat setiap hari. Dalam waktu inj, memang saya ada pilihan untuk bekerja di rumah. Tapi sejujurnya, saya tidak dapat fokus pun dengan kerja2 yang terlalu memerlukan analisa yang lebih.. Saya senang sangat teringat kan emak dan bagai tersayat hati sedikit sebanyak terkesan di emosi saya. Jadi saya lebih lapang dada mengambil cuti dan duduk di sebelah emak. Tapi oleh kerana minggu ini kami hanya dibenarkan menunggu di luar bilik, maka saya cuba juga untuk log in sebagai tanda ke ofis. Sikit2 cuba juga lah buat kerja, kemudian ke hospital melawat emak dan membacakan yasin di sisi emak... Semoga usaha saya yang sedikit ini membantu meringankan keadaan emak.

Saya juga bersyukur emak turut dijaga dan dirawat oleh staff hospital yang baik, semoga Allah turut memberi kesabaran kepada staff yang menjaga emak. Sesungguhnya sangat mulia pekerjaan mereka, subhanallah..

Semoga emak saya puan Halimah binti abd Jabar bertambah sihat, doakanlah ye.. Amin ya rabbal 'alamin



Friday, 27 March 2015

4 Langkah Mudah dan Murah untuk Mulakan Bisnes sendiri

Hari ni saya nak kongsikan cara yang mudah dan murah dan pantas untuk memulakan bisnes atau perniagaan sendiri dan dapat jana pendapatan empat angka dalam masa 2 bulan. Ada setengah-setengah orang, kalau semangat tengah mencanak-canak, macam tak boleh tunggu-tunggu nak mulakan bisnes, tapi mungkin terhad pulak dari beberapa segi seperti modal, pengetahuan dan paling best tu, nak mulakan dengan bisnes apa pun tak tau!  

Anda macam tu? 


Jadi memang langkah kanan anda ke blog saya ni! Rezeki gitu! Sebab kat sini saya akan bagitau cara paling cepat untuk mula dapat pendapatan dengan bisnes sendiri.

1. Pilih produk untuk diniagakan. 

Saya sangat cadangkan Produk Shaklee! Produk makanan tambahan dan kesihatan memang tak akan lekang dek panas dan tak akan lapuk dek hujan. Shaklee pun sama! 
Semoga penerangan di gambar di bawah lebih membantu. Contact saya kalau masih belum jelas ye...

Cara Mudah Mulakan Bisnes Sendiri dan Jana Pendapatan


2. Pilih mentor.

Ini penting! Dalam apa2 jua bisnes yg anda nak mulakan, mesti pastikan ada mentor untuk guide anda supaya anda tak tersasar, tercicir ataupun letih separuh jalan. Di sini saya cadangkan diri saya! InshaAllah pengalaman dua tahun dengan bisnes Shaklee akan saya curahkan sepenuhnya kepada anda, dan on top of that, anda ada access untuk mendapat guide daripada mentor2 lain yang tak kurang hebatnya.

 3. Daftar sebagai ahli.

Ini senang sangat! Semua hujung jari tau.. Hujung jari awak contact saya dan bagitau details yg diperlukan, lepas tu hujung jari awak transfer Membership fee.. Then hujung jari saya uruskan semua registration process. Beberapa minit lepas thmu awak sah jadi ahli dan terus boleh mula bisnes... HUJUNG JARI JE kan? Beberap hari lepas tu awak akan dapat parcel dari Shaklee, itu ialah starter kit utk awak belek2 dan study.

4. Hadir ke Kelas Start Bright Series

Dah daftar, tapi masih blur lah nak full swing! Ha memang saya faham sangat ni!!! Inilah sebabnga saya sarankan pulak awak enroll kelas START BRIGHT SERIES (SBS) Kelas ni memang eksklusif untuk group kami je. Saya memang rekemen sangat sangat sangat!! Kelas sehari akan membuka mata kita untuk lebih yakin mulakan bisnes. Kelas ni merangkumi silibus tentang kepentingan nutrisi mengikut sistem tubuh, bagaimana nak kickstart dan tak lupa jugak ada diajar pengurusan kewangan!! Ramai yg enjoy dengan topik ni tau! Hebat sangat!

Ada jugak live testimoni sharing from guest speakers dan banyak interaktif games bersesuaian ngan topik! 


Saya ketika berkongsi tentang kepentingan supplement kepada sistem imun



Dan lebih berharga lagi, module silibus sentiasa diperbaharui! Fresh!! Sebab tu la saya tak jemu datang SBS ni.. Tak mahu termissed!!

April ni ada satu sesi SBS! Jom daftar sekarang jom!! RM20 je komitmen fee.. Jom lah!!


Cara Mudah Mulakan Bisnes Sendiri dan Jana Pendapatan
Jom dafter segera! tempat terhad kepada 25 orang sahaja



So senang kan? Mudah kan? Murah kan? Semalam tak ada bisnes, hari ni dah ada bisnes. Cepat bertindak, cepatlah dapt hasilnya.. Fast action fast result gitu... Mesti rebut untuk hadir ke SBS ni... jangan segan-segan.. kita sama-sama berkenalan di dalam majlis ilmu.. 


So apa lagi! Mulakan sekarang, sebelum ambil langkah satu, nah ambil dulu phone  number saya ni. INI LANGKAH PALING UTAMA ye!


Saya sangat gembira anda hubungi saya!! :)


Monday, 2 March 2015

Cara Hilangkan Selsema dengan mudah, selamat dan jimat

Alhamdulillah, saya jarang-jarang diserang selsema dan kalau kena pun, kejap je dah pulih. Tapi entry ni saya nak kongsikan pengalaman seorang yang rapat dengan saya tentang cara dia menangani masalah selsema yang berpanjangan dan berulang-ulang hampir setiap bulan. 


Walaupun saya jarang selsema, tapi mestilah pernah rasa selsema tu.. dan saya fahamlah peritnya selsema, terutama part hidung gatal tu! Ya Allah rasa tension sebab kejap2 asyik nak kena gosok hidung je.. jenis yang tak boleh tahan! Tak selesa nya Ya Allah.. yg tak best tu, kalau yg datang tu selsema je tapi tak demam uols! nak amik MC pun cam ragu-ragu, tapi nak wat kerja pulak tak fokus. Sakitnyer tu di sini hati.. kan?

Itu saya yang kena setahun beberapa kali je. Cuba bayangkan yang kena selsema almost every month? oh memang sangat menduga kesabaran kot! 

APTB!

Masa kena tu baru la rasa nikmatnya kalau hidung sihat, tekak sihat, mata sihat. Selesa sangat buat apa2 aktiviti. (Kebiasaannya selsema ni kita akan rasa mungkin salah satu atau semua ni, tekak sakit dan berkahak, hidung gatal dan berair, mata merah dan berair dan kepala sakit/pening)

Cara Mudah hilangkan selsema
Kuar lah 'hidung jackie Chan' kalau selsema datang! tak selesa kot!!!
pic credit: WikiHow


Seorang kawan baik saya ni, memang saya dah ketahuan sangat dia memang selalu sangat kena selsema. Banyak cara dia dah cuba untuk kurangkan selsema tu. Kebanyakan supplements dia dah cuba. Dia pun pernah cuba Sustained Release Vita-C dan alfalfa (Shaklee). Tapi walaupun kedua produk tersebut berkesan kat orang lain, tak pulak berkesan kat dia.

Pastu dia try pulak produk2 berasaskan kolagen (bukan Shaklee) mula-mula OK nampak mcm ada perubahan, tapi tak larat pulak nak maintain kolagen dengan harga mahal. Jadi apa yang dia buat untuk hilangkan selsema yang sering datang berulang setiap bulan tu?

Cara Mudah Hilangkan selsema yang berlarutan

Ada perubahan positif selepas dia mula konsisten dengan satu produk Shaklee yang saya sendiri pun tak sangka membantu kurangkan selsema. Nak tahu apa dia?


Yes! Ostematrix yang selalu kita tau adalah kalsium untuk kekuatan tulang, gigi dan rambut, rupa-rupanya amat berkesan untuk kurangkan selsema kepada kawan saya ni. Daripada mengambil kolagen, dia terus bertukar ke OSTEMATRIX dek kerana harga yang lebih mampu milik. Saya pun terus cari info apa lah agaknyer penyebab yang mengurangkan selsema tu. 

Rupanya sebabnya ada di dalam OSTEMATRIX, Ostematrix bukanlah sekadar kalsium, tetapi turut mengandungi mineral MAGNESIUM yang sebenarnya SANGAT PERLU sebagai anti infection dan antioksidan. MAGNESIUM ni sebenarnya mineral pelengkap kepada kalsium untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih baik, bersama VITAMIN D. Tapi dalam pada dia menjadi vitamin pelengkap, rupanya dia turut berfungsi mengelak sebarang jangkitan kepada sel dalam badan kita.

Selepas habis botol pertama, dia terus tak ragu-ragu untuk sambung ke botol kedua dan ke tiga.. Sekarang ni memang dia amalkan Ostematrix setiap hari. Cara yang mudah, selamat dan jimat!

Hebatlah!!

Jadi, kalau anda atau sesiapa yang anda kenali ada masalah selsema yang menyakitkan hati, teruslah hubungi saya. Kalau nak order terus kat sini pun boleh. Harga sebotol (120 biji) cuma RM61 sahaja. Berbaloi sangat.


Jangan bimbang, urusniaga menggunakan link di atas sangat selamat. Walaupun anda order terus dari link di atas, saya tetap boleh beri konsultasi selepas jualan. Tapi kalau nak bertanya-tanya dulu, boleh jugak hubungi saya. Fara @ 019 2390107. Kata orang, tak kenal maka tak cinta, kan? 

Cara Mudah hilangkan selsema
Ini lah rupa Ostematrix yang awesome tu :-)


Semoga entry saya ni membantu anda yang sedang mencari penawar kepada selsema anda tu! Jangan lupa contact saya!

Saya ada satu lagi testimoni nak share tentang cara mengatasi masalah susah tidur akibat selsema yang membawa kepada sukar bernafas. Nantikan ye :-)

Terima Kasih!

Saturday, 14 February 2015

Gambar-gambar birthday dinner di Kluang Railway Setia City Mall

Hari Jadi abang Lan dan Fahren yang kami combine tu, kami cuma sambut kat rumah je (entry sebelum ni), dan sebelum potong kek tu, bapak dorang dah bawak kami dinner kat Kluang Railway Coffee di Setia City Mall.

Memula saya nak ajak makan kat sushi king, tapi ada pulak anak yg belum berapa pandai makan sushi,. nanti kang ikan/topping je dorang makan, nasik tinggal, rugi pulak. Oleh kerana hari Ahad, kebanyakan kedai makan penuh, jadi kami masuk je KLuang Railway coffee, sebab tak ramai sangat, maybe sebab lokasi dia yang agak tersorok. Lokasi dia sebelah bowling tu.. Sesuai lah kami ke situ sbb anak2 selesa je dalam tu.


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Abang Lan the birthday boy pilih menu burger ayam


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Fahren the birthday boy 5 tahun pilih burher ayam dengan roti bun


Fahren tu sebenarnya baru bangun tidur. Seharian bermain takmo tidur so bila ajak ke Setia City Mall, dia tidur dalam kereta pulak.. kejap je dah sampai SCM jadi dia mcm masih mamai. Semua menu dia tak nak.. last2 dia pilih roti jala hahaha.. saya kata apa kes roti jala beli je la kat pasar malam.. LOL.. so dia pilih burger tapi saya beli gak roti jala.. bapaknya yg makan.. kekeke


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Gini lah burgernya... yummmmm..

Banyak portion ni, last2 share ngan bapak. bapak memang tak beli apa2 sbb tau dah mesti anak-anak makan tak habis.. huhuhu..


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Ni Menu Lydia, chicken chop


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Ni menu saya. mana2 pergi mesti nak mee kari. Tapi mi kari kat sini tak  la sedap mana.
Lydia & Idlan
.

suami tolong pegang Dyan sementara saya makan dulu.. lepas saya makan baru lah dia makan pulak.. hehehe.




OK! pic semua insan2 tersayang... Alhamdulillah semoga anak2 happy dapat makan sama-sama mcm ni.. as usual ini pic sebelum makan.. masa makan mmg kecoh.. masa tgh tunggu food lagi la kecoh sbb dorang dok main semua yg ada atas meja seperti choptik sudu tu.. tak kisah le janji tak nangis.. 

Happy birthday Abang Lan dan Fahren! :-) 

Thursday, 12 February 2015

20 minit yang sangat berkualiti

Sejak Idlan masuk darjah 1 dan Lydia darjah 5, saya dan suami dah tetapkan bahawa tugas menghantar Idlan dan Lydia ke sekolah pada waktu pagi adalah menjadi tugas saya, sementara suami pulak, akan hantar Fahren, Daleela dan Dyan ke taska.


Sebab pertama ialah kerana Lydia dan Idlan perlu berada di sekolah sebelum 7.10 pagi. Jadi perlu keluar daripada rumah paling lewat pukul 6.45 pagi kalau nak sampai sebelum 7.10 tu. kalau saya yag bawak kereta, lagi la kena awal hehehehe.. Oleh kerana perjalanan saya ke ofis pun memerlukan saya keluar awal pagi, saya lah yang sesuai menghantar anak-anak yg bersekolah rendah. Suami pulak, akan pergi lewat sikit kerana dia akan uruskan segala keperluan anak-anak ke taska dan keperluan Lydia dan Idlan transit dan sekolah agama. Kalau ikutkan memang banyaklah suami kena uruskan. Dia offer untuk ambik tugas ni sebab ofis dia lebih dekat dan tak perlu nak rushing keluar awal pagi.


Sebab kedua kenapa pembahagian ini dibuat ialah kerana Lydia dah pernah kena 'tegur secara lembut' oleh guru disiplin dek sering datang semasa perhimpunan sudah bermula (lambat beberapa minit) pada tahun lepas sedangkan sebagai seorang pengawas dia patutnya punctual ataupun lebih awal. Silapnya, tahun lepas semua tanggungjawab menghantar memang suami yg pegang sebab sekolah adalah laluan dia ke ofis. So belajar dari kesilapan, this year so far Alhamdulillah belum pernah bebudak tu lewat ke sekolah.


Yang seronoknya keluar awal pagi dengan anak-anak ialah bila kat dalam kereta, dah mcm sesi tazkirah pagi. Sebenarnya bukan la tazkirah ceramah serius sangat pun. Dalam pada dengar radio IKIM tu topik pagi dia tu la yg selalu saya, Lydia dan Idlan discuss dalam kereta. Memang best sbb kita tak perlu nak perah otak carik topik.. bukak radio, dengar kejap mesti Idlan akan sambung dengan pertanyaan-pertanyaan dia.. Lydia pulak akan mula cerita atau share apa yang dia tahu daripada pembelajaran dia kat sekolah. Selalunya, saya jadi pendengar je. Lepas tu bila jam 7.00 je, IKIM akan mainkan doa pagi (yg saya share dalam salah satu entry sebelum ni). Seronok sama-sama ikut doa tu dengan Idlan dan Lydia. Kalau boleh nak bawak semua anak2 naik kereta pagi supaya sama2 berjemaah baca doa pagi dengan radio hahaha.. padahal boleh je baca sendiri kan.. 


Ada sekali tu, tazkirah subuh IKIM cerita pasal 'hati yang kotor' dan mcm mana mata boleh menyebabkan hati jadi kotor. Salah satunya ialah dengan melihat 'kema**an'. huhuhu.. bagus juga ustaz bagi topik tu.. abang Lan mcm biasa mmg akan tanya mana2 yg dia tak paham, atau akan cerita apa2 yg dia tahu (sama ada pernah belajar, pernah baca, pernah tonton), yang relate dengan apa yg didengar kat radio. Saya suka dia mcm tu sebab menandakan yang dia memang mendengar apa yg disampaikan oleh ustaz.

"Mak, kenapa kalau kita tengok MALU, hati kita kotor?"

oh rupanya dia belum faham apa makna 'kema**an'. Mula2 saya just bagitahu je apa maknanya. Tapi lps tu saya ambil kesempatan ni terangkan kat dia tentang hal itu dan saya selitkan jugak sikit2 tentang had antara lelaki dan perempuan termasuk adik beradik dan ibu-bapa. Tak la terlalu detail kang fenin dia nak absorb.

"sebab tu lah mak dah sediakan bilik asing-asing untuk anak-anak mak"

gitu lah saya akhiri penerangan ringkas saya. Wallahu'alam. Semoga anak-anak kita bukan sahaja suka mendengar perkara yang baik2 semasa mereka kecil, bahkan akan suka kepada kebaikan sampailah akhir hayat mereka nanti.. amin ya Rabbal 'alamin..

Banyak lagi topik2 yang kami bualkan dalam perjalanan ke sekolah menghantar mereka, dari hal persekolahan sampailah hal2 santai berkenaan rakan2. Saya sangat bersyukur diberi kesempatan bersama mereka dalam tempoh 20 minit yang berkualiti seperti itu setiap hari. Sampai di sekolah kami bersalaman dan Idlan pula sempoi je memeluk saya bila saya turun dari kereta dan memimpinnya ke pagar (biasanya saya tak turun dari kereta, saya turun dari kereta sebab nak kemas2kan baju dan betulkan sampin yang abg Lan pakai tu).


Seorang yang observant dan berjiwa sensitif


Selamat Hari Jadi Idlan dan Fahren!

Semalam birthday anak kedua saya Idlan. Oleh kerana birthday dia dan birthday Fahren cuma beza 2 minggu, saya memang plan beli kek satu jek and sekali potong.

Semalam dalam kesibukan yang tak bertepi kat ofis tu saya menyelinap balik awal sikit dan terus ke Tesco Setia Alam untuk beli kek kat King's confectionaries. Kek feveret saya mmg bluberi Cheese Cake dia jek.. setiap kali besday kalau tak dan nak tempah kat memana online seller untuk  kek2 comel customized, mmg saya beli jek ready made yg kat King's itu.. RM58 untuk brp kg eh 1/2 kg kot.. ke 1 kg.. ntah la akak lupa ekeke.. 

Tapi masa nak beli kek tu terfikir, eh takkan le dinner nanti cuma makan kek je... takkan le nak kuar dinner plak. Saya mmg tak begitu gemar dinner kat luar on weekdays sebab anak2 mesti byk homework kesian la plak.. selalunya tapau jek (ekekek masak? hehhe KADANG.KADANG je, LOL)

Lagipun Sunday hari tu bapak diorang dah bawak makan kat luar sempena celebrate birthday (lom up entry yg ni la plak), so malas nk byk2 kali mkn luar for birthday kan. 

So untuk celebrate kt rumah ni, takde idea nak tapau apa untuk mkn bersama kek besday. cam tak best lak rasanya kaalau tapau nasik goreng mcm selalu tu hehe, So bergegas masuk ke bahagian supermarket and capai je lah bahan2 nak buat spageti. maklum la time tu pun dah kul 6.45 kang sampai umah harus la dah maghrib, rushing gitu nk masak nak solat nak susukan Dyan gak.. (dia mesti nk susu time maghrib sbb seharian kat taska rindu kot ekeke)

So, capai bahan spageti dan beli kek cheese bluberi and balik! sampai rumah anak2 ngan bapak dorang lom balik lagik, so mak pun zass kat dapor wat apa yg patut. Bila azan bunyik, bebudak tu baru sampai and mak dah almost siap. Biar Idlan n Lydia mandi and solat while mak prepare food kat meja, lepas tu mak lak solat. 

Lepas mak solat terus panggil dorang ke meja and tadaaaa.. Idlan mcm wow! ada kek! hahaa.. mak memang sorokkan jek kek tu masa dorang balik tak nampak mcm ada kek pun. 

Tapi Fahren lebih happy nampak spaghetti daripada nampak kek. dia mmg bukan penggemar kek. ahaks. 3 kali dia tambah spaghetti. tak padan badan kecik! LOL

Happy ada kek dan spaghetti kekdahnyer ahaksss!


So lepas doa, nyanyi2 tiup lilin dan ambik gambo (time ni ngan Dyan pon dah nangis sbb tak tahan sgt nak susu ahakss...) baru lah makan.. fuhhh.. kecoh sungguh ngan daleela pun nak jugak potong kek mengalahkan abang2 yg sambut besday.. hadoii.. tgk pic ni mcm lawak pun ado! tapi best lah .. alhamdulillah dapat gak le celebrate birthday dorang kat rumah. 

Sabar je semua tunggu mak nak snap dulu... 


Win lah pic ni haha. Daleela nangis takmo org kacau dia je nk potong kek.. dyan pulak nangis nak mak.... hahaha kecoh weh!!


So untuk Fahren (birthday 31 Jan 2014) dan Idlan (birthday 11 Feb 2014), Happy Birthday diucapkan semoga kalian berdua sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T dan menjadi anak-anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. amin...

ha, lepas makan tu, business as usual la semula.. abg Lan dan Lydia masuk bilik wat homework, mak layan Dyan, daleela ngan fahren layan main crayon, bapak kuar beli ubat untuk atok kat farmasi.. hahaha! chaplin betul birthday celebration!  mcm laju je semua pergerakan. mcm katun. LOL. BUT SERIOUSLY ITS THOUGHT THAT COUNT and sayang saya kepada anak-anak tidaklah chaplin! :-)

Entry ni pun chaplin gak. Asalkan update sbb baaaanyak sangat stori saya dalam draft dok delay2.. tatau la pasaipa haha.. nih takleh kena gak upload. pasal bday kalau basi dah tak beshhhh!!!

So thanks for reading uols! doakan anak-anak saya dan anak-anak kita semua menjadi anak2 yg sayangkan Allah, rasul dan ibu-bapa.. amin.. Trima kasih!!..

T

Friday, 6 February 2015

5 Tips mulakan hari yang ceria!

Salam Isnin semua!! Kita nak pagi Isnin ni jadi ceria kan? jom kita buat tips simple ni...

1. Doa


Jom baca doa pagi ni dulu..
Walaupun ia doa pagi, tp actually ia doa sepanjang hari.. Untuk kita dapat cahaya ke menuju kejayaan.. Daripada siapa lagi kita nak mintak kalau bukan dari Allah..
Doa Menuju kejayaan



2. Minta restu


Kalau lom kawen, minta restu emak, kalau dah kawen mintak restu suami. Caranya? Bersalaman pun dah cukup..kalau duduk jauh pulak, call je pun ok dah.. Sebelum akhiri phone call tu, mintak supaya mereka doakan kita.. InshaAllah hari kita lebih ceria..


3. Aktiviti yang menceriakan seperti Selfie! 

Lepas baca doa, call mak/suami kita selfie!!! Kalau selfie boleh naikkan mood, why not kan? Semoga mood yg baik di pagi hari akan memberi aura positif sepanjang hari! Asalkan selfie tu bukan keterlaluan, semoga kita semua terpelihara daripada fitnah dan tipu daya syaitan... amin..

Selfie! hahaha!

4. Sarapan!

Sarapan sangat penting tau untuk kesihatan dan untuk mendapatkan mood yang baik sepanjang hari. Jadi jangan lupa itu! :-)

5. Nutrisi dan Makanan Tambahan 

Ambil vitamin yang menambah metabolisme badan, utk memberi tenaga dan mood sepanjang hari. B-Complex adalah vitamin paling sesuai utk itu!

Jangan lupa, tarik hafas, lapangkan dada dan sebut yang positif-positif sahaja!!! Enjoy ur Monday peeps!

Fara 0192390107

----
Hubungi saya untuk sebarang konsultasi tentang produk ataupun bisnes Shaklee :-)

Tuesday, 3 February 2015

Cara hilangkan lenguh dan sakit lutut bila bersenam

Siapalah yang suka sakit-sakit sendi kan? baru susah atau berat sikit nak panjat tangga pun dah rasa tak best, apatah lagi le kalau memang sendi dan tulang dah ada masalah.. mintak dijauhkan..

Alhamdulillah, setakat ni, tak adalah lagi saya merasa masalah sakit sendi mahupun sakit-sakit yang serius pada tulang. Tapi bila dah lama tak buat simple exercise mcm naik tangga tu, terasa gak le lutut mudah longgar dan pancit hehee.. so mmg kena gak lah kerapkan panjat tangga kalau nak ke opis tu. Oleh kerana rumah saya takde tangga, saya ekploitasikan tangga kat stesyen LRT lah.. seminggu beberapa kali saya naik turun tangga.. terpaksa lupakan lift atau escalator. huhuhu...

Tapi, kalau panjat je tangga tanpa ada 'back up' pun susah gak... mula la malam-malam lenguh pastu esok tobat takmo panjat tangga lagi. hadoi takmo gitu kan...  sebab tu saya paksa diri konsisten dengan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah la.. 2 biji sebelum tidur inshaAllah lenguh2 semalam hilang dan ready untuk cargas pada hari ini! Alhamdulillah.. tidur lena, bangun pun mudah!

Kembang kempis jugak lah saya bila rata-rata customers yang rajin ambil (konsisten) ostematrix ni bagi positif feedback. Kembang tu sebab seronok dan bangga, mcm la saya yang cipta vitamin tu hahaha.. well.. bila orang happy, kita yg mengedar pun rasa mcm di awang-awangan gitu.. syukurlah.. memang takde niat lain lah selain daripada mendapat manfaat daripada apa yang kita usahakan, inshaAllah.. 

Antara feedback popular tentang ostematrix ialah 

  • sakit lutut dan sakit tumit hilang bila bersenam dan berlari (terutama marathon)
  • Tidur lebih lena selepas penat dengan aktiviti seharian
  • Lebih lawas membuang terutama waktu pagi
  • Kurang diserang senggugut
  • Kurang rasa lenguh-lenguh atau kekejangan terutama bagi ibu yg pregnant

Cubalah! Ostematrix ni kandungannya ialah Kalsium, Magnesium dan Vitamin D disamping beberapa mineral lain sebagai pelengkap kepada penyerapan kalsium oleh badan kita. 

Hubungi saya Fara di 0192390107 untuk borak2 tentang Ostematrix ni yea... :-)




Monday, 2 February 2015

Perpustakaan (baru) Raja Tun Uda Shah Alam

Masa pergi pesta buku selangor 2015 kat SACC hari tu, saya sign up utk membership perbadanan perpustakaan awam selangor (PPAS). Memandangkan Hari ni KL cuti so saya cuti tapi suami kerja dan anak2 sekolah kat selangor.. Tak dapek nk cuti together-gether.. So apa saya buat hari ni? Ke library lah!!

Lepas hantar anak2 ke sekolah, saya terus settlekan urusan Shaklee. Hari ni ke HQ di Sunway Pinnacle untuk membeli sendiri barang2 yang di order oleh customers. Saya memang super excited kalau ke HQ Shaklee, rasa best dapat ke situ. Aura positif dan semangat pun naik meluap-luap gitu utk lebih berusaha dalam bisnes Shaklee ni. Walaupun ada option membeli secara online, tapi bila ada waktu terluang macam hari ni, memang saya tak lepaskan peluang 'menjenguk' sendiri HQ Shaklee. Dah banyak sangat improvement kat HQ Shaklee sejak saya join 2 tahun lalu. Pagi tadi, semua staff sudah berdiri di pintu untuk greet customers yang datang, dengan pakaian seragam yang lebih menampakkan ciri-ciri professional. Cayalah Shaklee!!

Lepas beli-beli.. Yg mana boleh COD, saya COD terus.. Yg lain inshaAllah akan dipos. Bulan ni ramai repeat orders memandangkan bulan februari ni promosi produk utk kesihatan sendi dan tulang.. Mmg ramai yg tu tunggu!

Now rehat jap tunggu zohor, saya lepak kat library. Perpustakaan tun Uda kat shah Alam. Last pergi masa anak baru 3 orang hehehe, pegi yg sebelah muzium tu.. Now library pun dah tukar lokasi dengan bangunan baru.. Mmg sesuai nak check it out!

Lokasi kat area golf club so pemandangan pun mmg cantik lah.. Nampak tasik dan kehijauan.. Subhanallah.. Tenang nk baca buku..
Feveret saya ruang santai dan ruang kreatif (bahagian kanak2) hehe mmg wajib la bawak anak2 ke sini.. Menarik!


Tapi utk hari ni, biarlah saya isi masa utk saya je.. Kalau.bawak bebudak mmg tak dapat kot ke bahagian dewasa (kanak2 bawah 12 tahun dilarang masuk bahagian dewasa).. Jadi masa dtg sorang ni la duduk kat area dewasa.. Rambang mata tgk buku banyak. Register siap2 jadi member utk semua anak beranak. Seorang boleh pinjam up to 10 books at a time selama 3 minggu. Best tu.


Bila dtg, make sure pinjam, supaya dtg lagi utk pulang hehehe....ok dh jom tgk pic.. Pic cuma dari bahagian kanak-kanak je sebab mcm segan nak snap kat bahagian dewasa.. orang dtg nak membaca noks.. ahkak plak sesibok nak snap here n there apa kes?? haha


ada pentas for story telling
mmg untung anak2 zaman skang .. komputer canggih semua.. Apple kot..
Nice Interior Design. I can imagine my dotter Daleela happily playing under the tree
lydia msti suka lepak sini reading her fav novels
nice view.. soothing.. can see car park area
and the greeny lake
nice arrangement.. kids frenly
hi tech
nice one... ada kelas tahfiz weekend kat sini...
and they provide shuttle bus to get here
for safety reason.. barang anda, tanggungjawab anda gitu

Friday, 30 January 2015

Pot Luck dengan BFFs

Beberapa minggu lepas, BFFs masa kat kolej yayasan pelajaran mara (dulu MARA Community College) dulu datang bertandang ke rumah sempena mek Rose yang balik bercuti dari Melbourne. Lagipun sejak saya pindah rumah, dorang lom bertandang dek kerana masing2 sibuk.. Maklum le bila dh berkeluarga mmg ada jek urusan. Paham sangat!

Alhamdulillah le ramai available utk weekend tu dan mereka OK bila saya sajes ke rumah saya je. Hehehe kelebihan untuk sayalah! Kalau nak keluar mkn kat kedai mmg agak serabut gak ngan anak2 nanti tak fokus nk sembang! Hehehe kalau kat rumah ok lah bebudak buat hal masing2..

Juita cadangkan pot luck saya folo je.. So hari tu meriah food. Juita masak pasta, mek rose bawak KFC, Lyn bawak ayam percik ayamas, farahiyah plak bawak bahan2 utk desert banana split! Yumm!! Saya lak masak mi bandung je.. Sempoi gitu..

Syok bersembang dan berposing sampai tak rasa masa berjalan. Tetiba dorang dh mintak diri nak balik.

Alahai.. Entah bila lah lagi boleh lepak sama mcm tu.. Semoga kami semua diberi kesihatan dan umur panjang untuk berjumpa lagi... Lagi bagus kalau ada rezeki utk pergi ke.Melbourne sama2 melawat mek rose dan hasben omputeh dia hehehe..

Ok jom layan pic. :-)

Layan monopod hehehe...


Layan album, check gegambo lama maza kami kat kolej dulu... 
Pot Luck.. 
Lyn, Jue, myself, Mek Rose
Prepared by Farah
banana split kids version

Thursday, 29 January 2015

Pesta Buku Selangor 2015 di Shah Alam

Selepas mak discharged dari DEMC, saya singgah ke SACC untuk tengok2 Pesta Buku Selangor yg bermula pada hari ni, kat SACC tu. Alhamdulillah dapat lah juga beli beberapa buku untuk diri sendiri dan anak-anak. Yang untuk anak2 tu saya confirm dorang akan terus habis baca bila saya kasi dorang nanti. (plan nak kasik utk dorang baca masa weekend so tak la ganggu malam hari sekolah).. 

Buku untuk diri sendiri tu, hehe.. Harap2 dpt la habis.. InshaAllah..

Kebanyakan gerai menjual buku2 islamik. Ralit juga saya berhenti di setiap gerai. Untungla mereka yg ada kedai buku. Leh duduk baca buku hehe..

Selain gerai buku, ada jugak beberapa gerai yg sediakan ruang untuk kita wakafkan Al-Quran kepada sekolah2 yg memerlukan.

So uols datanglah ke pesta buku ni.. Akan ada dari 29 jan 2015 sampai 8 feb 2015. Bawak anak2 lagi meriah tapi bersedialah ngan duit sbb mmg buku kanak2 banyak.. Terutama bahasa melayu. Tapi english pun ada cuma tak la sebanyak buku bahasa melayu..


Hasil tangkapan 
Antara gerai yg ada..

----

Fara 0192390107