Wednesday 31 December 2014

Kelebihan rancang percutian seawal setahun!

Bila keluarga semakin membesar, memang banyak yang difikirkan bila masuk bab nak pergi bercuti ni. Memang kena bijak membuat perancangan sebelum membuat keputusan untuk percutian keluarga. Semoga entry ni dapat memberi manfaat kepada pembaca ye! :-)


Perancangan masa - Bila mahu bercuti?

Ada setengah orang yang suka percutian yang ad-hoc. Saya pun suka juga mcm ni, tapi ad-hoc ni seuai kalau cuti yang pendek, macam hujung minggu. Sejak keluarga semakin besar dan anak-anak mula bersekolah, semakin sukar membuat percutian secara ad-hoc. Maklumlah anak-anak pun ada aktiviti persekolahan juga. Jadi saya rasa, macam parents lain yang anak-anak bersekolah, cuti sekolah adalah waktu paling sesuai untuk merancang percutian keluarga. Oleh kerana cuti sekolah ada 3 kali dalam setahun, saya suka ambil cuti sekolah hujung tahun. Pada masa ni kita dah tak perlu risau tentang peperiksaan anak-anak dan seumpamanya.


Perancangan bajet

Bila sudah mengetahui akan pergi bercuti pada akhir tahun, mudah untuk membuat perancangan dari segi bajet pulak. Kita pun tahu, akhir tahun yang kita suka nak bercuti itulah paling banyak perlukan duit terutama bagi yg ada anak-anak bersekolah. Jadi daripada awal tahun kita dah tahu, ada dua tabung yang perlu penuh bila Disember datang nanti! tabung percutian dan tabung persekolahan!


Kalau daripada awal tahun kita sudah merancang mahu ke sesuatu tempat pada akhir tahun, kita dah boleh membuat collection daripada awal. contohnya RM 8 ribu kita perlukan untuk percutian keluarga pada akhir tahun, kita perlukan sekurang-kurangnya menyimpan sekurang-kurangnya 700 sebulan (bermula januari hingga november, sebab by november dah kena book mana2 yg kita nak pergi tu - kecuali flight maybe kena book lebih awal kalau nak harga lebih rendah). Wow kalau gaji kita memang cukup-cukup sahaja untuk perbelanjaan bulanan, memang rasa aduh sakitnye! terus down rasa tak nak bercuti hahaha.. jangan lah macam tu. sebab tu ada kelebihan merancang awal. RM8 ribu tu contoh saya je.. tengoklah destinasi kita dan berapa lama kita mahu bercuti. Detail bajet tu ikut uols lah.. saya cuma mahu tekankan di sini pentingnya merancang awal, supaya kita boleh asingkan siap-siap duit ke tabung percutian.


OK. mengambil RM700 sebulan tadi, jika suami isteri bekerja, mungkin boleh bahagi 2, suami 350, isteri pun 350. ha bila dah bagi mcm ni takde la nampak besar sangat kan? inshaAllah akan dipermudahkan niat nak pergi bawa anak-anak bercuti tu..


Kelebihan merancang bajet

Merancang bajet ni bagus sangat supaya kita tahu tindakan yang perlu untuk dapatkan apa yang kita mahu tu. Ada orang memang bajet akan bergi bercuti selepas majikan temapt bekerja bagi bonus tahunan.. wah meriah! masyuuk gitu. haha.. tapi itu dah kira macam ad-hoc jugak. dibuatnya tahun tu takde bonus, kalau dah buat perancangan rapi, boleh frust menonggeng dibuatnya.. haha kalau lom ada perancangan pulak, pening juga nak pergi bercuti ad-hoc (dengan duit yg ehemm.. banyak.. tu.. silap2 boleh burst bajet tu sebab kurang perancangan duit pulak berlebihan. BAHAYA tu!)

Ada jugak yang nak kurangkan perbelanjaan harian (kurangkan makan kat cafe mahal, kurangkan penggunaan aircond hahaha - memang beza tu weh! tapi selalu terbabas le sukar nak buat ni) itu terserahlah.. 

Selain daripada di atas, dengan merancang bajet, kita pun tau kalau kita boleh mula dapatkan pendapatan sampingan pulak! Ini yang saya buat jugak dengan Shaklee. Alhamdulillah dapatlah juga membantu top up saving walaupun maybe bukan untuk cuti.. senang kata bila pendapatan bertambah, tak la pening nak kurangkan perbelanjaan yang dah sebati tu. adehhh!


Jadi, anda pulak mcm mana? suka rancang awal ke suka ad-hoc? tapi tahun 2014 yg hampir berakhir beberapa jam je lagi ni, percutian saya adalah ad-hoc je. nanti saya stori lain entri kenapa ad-hoc ye.. :-)

Sampai sini dulu! 

Tuesday 30 December 2014

Doa mohon perlindungan dari sebarang bencana

Satu kebaikan adanya whatsapp groups ialah perkongsian dapat dilakukan tanpa sempadan. Perkongsian yang negatif kita tapis dan hentikan daripada terus tersebar, dan perkongsian yang positif kita sebarkan supaya memberi manfaat kepada orang lain, inshaAllah. Saya nak berkongsi doa yang kawan-kawan di whatsapp group share ni. Ini adalah doa memohon dilindungi daripada sebarang keburukan dari langit dan bumi, inshaAllah semoga menjadi amalan kita.. Saya sendiri belum istiqamah dalam hal ni.. Sama2 kita cuba, kan?


Sebagai manusia, kita memang ada sifat MAHU JADI YANG PERTAMA. Rasa seronok dapat menjadi yang terawal dalam memberi maklumat. Keadaan ini kadang2 tak terkawal menyebabkan kita lupa untuk mengkaji dulu kesahihan maklumat sama ada negatif atau positif. Kadang2 kita rasa kita berniat menolong, tapi tak sedar ia mencalar hati pihak lain.


Ini sebenarnya kebimbangan saya sendiri. Maklumlah sudah berblogging sekian lama, banyak dah yang keluar dari diri saya.. Kadang2 saya takut tulisan2 saya memberi rasa tidak senang di hati pembaca. Takut juga jika tak boleh nak menjawab di sana nanti, nauzubillah.. Jika itu berlaku, maafkan saya seikhlasnya.


Monday 29 December 2014

Cuti Sekolah bersambung!!

Pagi ni dapat tahu, KPM dah umumkan bahawa sesi persekolahan penggal pertama untuk tahun 2015  yang patut bermula pada 5 January 2014 telah ditangguhkan dan akan bermula pada 12 January 2014 (Selangor dan negeri yg sewaktu dengannya). Alhamdulillah saya kira perkhabaran ini memberi kegembiraan terutama kepada ibu bapa dah guru-guru di tempat-tempat yang dilanda banjir. Syukurlah, tentu dengan pengangguhan ni, dapatlah mereka memulakan sekolah dalam keadaan yang lebih bersedia (walaupun mungkin tidak banyak beza).


Saya pulak, kenalah meminda cuti. Maklumlah tahun 2015 ni Idlan akan masuk darjah satu dan adik dia Fahren akan mula bersekolah tadika 5 tahun. Memang perlu cuti lah nak uruskan mereka ni (nak intai pun iye... well biasa la mak kiasu kan).


Hari Khamis ni Idlan kena hadir ke sekolah untuk sesi orientasi. Yang ni tak perlu la apply cuti sebab dah memang cuti umum pun kan.. Tapi persiapan untuk hari tu pun saya belum settlekan. Lencana belum dijahit kat baju, buku-buku pun belum habis dibalut. 


Hmm.. Mujur lah ada tambahan cuti sekolah ni. Dapatlah luang masa prepare hal sekolah. Terima kasih kepada kakak Lydia yang tolong balutkan semua buku-buku adik-adik dia, sampaikan buku dia sendiri pun belum balut. hehe. Kasut pun belum berkapur. Asyik tunda je. Kalau ikutkan bebudak ni memang nak buat semua sendiri, memang bagus semangat nak menolong tu, tapi saya kena make sure saya tak stress dengan kecomotan lantai lepas mereka kapur tu.. sebab tu saya suka buat waktu hari cerah supaya boleh buat kat tanah je. tu yang jadi bertangguh sebab dua tiga hari ni hujan sokmo. amacam? justified tak? hehe..


OK semoga kita semua dapat gunakan cuti sekolah dengan sebaik mungkin. Sama-sama kita berdoa agar kita semua (terutama mangsa banjir) tidak perlu lagi melalui lagi saat-saat getir seperti itu, seterusnya dapatlah memulakan persekolahan dengan tenang, inshaAllah..





Friday 26 December 2014

Banjir Dulu vs Banjir Sekarang

Kalau masa kecik-kecik dulu, pernah lah rasa banjir kat tepi rumah, air naik paras buku lali tu la banjir paling tinggi.. dan sebagai kanak-kanak, memang meriah sangat rasa nak main air puas-puas!
Selain tu, yang sinonim dengan banjir ni ialah peperiksaan SPM akan ditangguhkan. hmmm mcm tu jek lah selalunya kalau musim banjir kat Malaysia ni.

Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, banjir dan jadi bencana yang menakutkan berbanding dulu. Tak kira kat mana pun macam dah terancam dengan banjir yang bukan setakat paras buku lali, bukan saja paras lutut. Paras pinggang pun tak!! sekarang ni banjir dah sampai paras bumbung! Allahu Akbar!!

Minggu ni memang bila scroll FB, memang tak tahan rasa berdebar dan sedih dengan pengalaman sebenar dan secara langsung yang dikongsi oleh teman-teman di FB. Ya Allah saban tahun semakin teruk lah keadaan cuaca dan bencana alam di Malaysia ni. hmmmm mungkin betullah orang kata Korban atas nama kemajuan. haishh tak suka!

Dulu masa tak de internet dan takde laman sosial, memang TV je lah harapan nak tau perkembangan banjir di negeri2 yang selalu mendapat musibah ni. tak tau lah kalau dulu pun TV cover-cover macam sekarang, tapi memang dulu kita rasa bencana tak seteruk sekarang, kan?

Apa-apa pun yang bagusnya sekarang ni ialah kita pun mudah sangat menghulurkan bantuan kepada pihak2 yang akan menyampaikan kepada mangsa. Kalau takmo login ke online bank pun takpe sbb derma secara SMS pun ada! Alhamdulillah.. 

Saya berharap kita sama-sama berdoa supaya musibah yang melanda negara kita sekarang ni adalah sebagai pembukaan kepada hikmah, bukan kepada bencana yang lebih dasyat lagi. WAllahu'alam...

Tuesday 23 December 2014

Hari Anugerah PASTI 2014

Seminggu selepas hari kemuncak BIKERTHON (previous entry) tu, pada 23 November 2014 pula, kami sekeluarga ke sekolah abang Lan untuk Hari Anugerah Cemerlang dia pulak. Alhamdulillah, dah selesai pembelajaran selama 2 tahun abang Lan kat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ni. KEjap je masa berlalu. Rasa macam baru je tgk dia bukan main petah bercakap pada hari pertama saya hantar ketika umur dia 5 tahun. Now dah penghujung 6 tahun dah..

Hari Anugerah di buat di perkarangan sekolah tu je.. majlis yang ringkas sahaja macam tahun-tahun sebelumnya juga (saya dah berpengalaman berada pada majlis di sini ni sejak Lydia tadika dulu hehehe)

Hari tu abang Lan pakai baju merah menyala, baru raya hehehe.. Abang Lan memulakan acara pagi tu dengan laungan azan, kemudian diikuti dengan pelbagai persembahan daripada murid-murid dari 5 tahun dan 6 tahun. 

Sebelum mula azan


Dalam acara ramai-ramai pun, abang Lan kena duduk depan. Nasyid lagu Ya Hanana. Tapi lagu tu panjang sangat, separuh nyanyian, abang lan dah kebosanan dan kepanasan hahaha... tau je la bebudak kan bukan boleh simpan2 rasa tak selesan tu. Dan dan tu lah jugak dia pegi lap peluh dengan mengangkat baju dia hahaha.. lepas tu suara dia pun makin lama makin perlahan.. lawak pun ada.. sampaikan pengetua menyampuk masa tengah2 nyanyi tu, pengetua kata "ha, bateri pun dah lemah.." hehehe... comel pun ado.. well.. bebudak kan.. takkan nak control macho jek.. hehe..Tapi, selepas tu saya tanya dia kenapa nyanyi tak semangat, dia kata dia tak suka nyanyi.. hahaha.. pulak daaah.. ok noted abang Lan!

Masa ni dia lead untuk lagu Ya Hanana



Time ni dia dah malas. So cikgu pass kat kawan dia untuk baca Hadis. hehehe


Akhir sekali sebelum penyampaian hadiah, abang Lan sekali lagi kena naik pentas, kali ni untuk baca khutbah pulak. Sebenarnya selepas pertandingan khutbah peringkat Selangor lepas raya tu, dia pun dah lupa text tu.. dan tak begitu berlatih pulak untuk persembahan masa hari anugerah ni.. jadi masa persembahan, ada sikit gagap-gagap.. tapi dia takde pun riak takut ke apa.. selamba jek.. tak kisah la abang Lan.. asalkan berani pikul tanggungjawab tu..

PASTI WADI SOFEA
Antara penonton yg hadir. Kat depan tu Abang Lan sedang baca khutbah. 


Selepas selesai semua persembahan barulah acara penyampaian sijil dan hadiah. Alhamdulillah abang Lan dapat anugerah pelajar terbaik dengan pencapaian 98.2% .. syukurlah... Hadiah tu sebagai pemberi semangat kepada dia tapi sebenarnya pada saya, yang paling penting abang Lan berjaya membawa diri dalam sekolah tadika ni. Semoga tadika ni jadi asas yang baik untuk dia menyesuaikan diri masa sekolah rendah nanti.. inshaAllah..

Abang Lan dengan Ustazah (isteri pengetua) sekolah
Alhamdulillah, TAHNIAH ABANG LAN!!

Alhamdulillah, selepas abang Lan ni, giliran adik dia Fahren pulak akan ke PASTI. Saya akan tulis satu entry lain tentang perkara2 yang di dalam fikiran saya sebelum saya betul2 decide untuk masukkan Fahren dalam PASTI yang sama, inshaAllah...

Sekian, terima kasih kerana membaca! :-)

--------
notakaki:
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang produk ataupun peluang menjana pendapatan bersama Shaklee. Whatsapp/SMS/Telegram 0192390107 (Fara)

Monday 22 December 2014

Kutipan derma BIKERTHON untuk menaiktaraf prasarana sekolah

Bulan November (lamanya perap cerita ni) hari tu, sekolah Lydia buat kutipan BIKERTHON, bagi mengutip derma untuk menaiktaraf prasarana sekolah. Kelainan 'THON' pada kali ni, bukan murid yang perlu kutip derma, tetapi tugasan itu diberikan kepada ibu bapa. hahaha! Maybe pihak sekolah pun tahu, kalau anak murid kutip pun nanti parents juga yang buat.. kan? 


Saya dan suami mcm biasa le, tempat yg biasa untuk kutip derma tentulah adik-beradik dan kawan-kawan di ofis. Alhamdulillah untuk jangkamasa 2 minggu tu, dapat lah kumpul sikit... masuk dalam sampul dan Lydia hantar ke cikgu kelas dia..


Ibu bapa dapat jemputan untuk hari kemuncak Bikerthon ni, tapi yang seronok, pihak sekolah menelefon saya supaya dapat hadir, kerana hasil kutipan Lydia adalah antara yang tertinggi, so dia akan diraikan dengan motor besar (BIKERTHON kann.. haruslah motor hehe) - wah memang tak disangka-sangka betul!


So pagi Sabtu, 15.11.2014 tu kami ke sekolah Lydia. Pagi tu dimulakan dengan senam aerobik. Dengan cuaca yang panas tu, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid semua tetap supporting sama-sama enjoy aerobik.

senam robik di sekolah sempena kutipan derma BIKERTHON
Panas pun semua tetap enjoy! termasuk la anak dara kecik saya tu.. hehe..

Selepas Aerobik, baru lah acara menaiki motorsikal berkuasa besar dan motosikal klasik oleh beberapa kumpulan dari sekitar Klang. Lydia dibenarkan memilih mana-mana motosikal yang dia nak naik sebagai meraikan dia bersama 9 orang murid lain yang turut mendapat kutipan tertinggi. Lydia pilih motor apa ntah, saya pun tak tau nama dia .. sebab dia ngan bapak dia yag pilih-pilih.. 

Motorsikal berkuasa tinggi dan motorsikal jenis klasik
Motosikal berkuasa tinggi dan motorsikal jenis klasik yang ada pada hari itu, ready untuk konvoi



Motorsikal bersedia untuk konvoi
Ready untuk pelepasan. Ambulan pun dah ready kat hujung sana tu.. 
Barisan motorsikal berlepas
Seronok betul time ni.. meriah!!!

Sempat lagi tu, posing dengan salah satu team motor berkuasa tinggi. hahaha over btol mak Lydia ni! Duta Shaklee terserlah dengan beg itu! hehehe..


Selepas konvoi beramai-ramai tu, baru lah acara kemuncak penyampaian hadiah bagi kutipan tertinggi. Hadiah utama ialah motorsikal. huhuhuh berdebar2 gak agaknyer hadiah yg mana la Lydia dapat.. hehehe... 

Hadiah untuk pemenang kutipan derma BIKERTHON tertinggi
Hadiah-hadiah untuk para pemenang

Antara ibu bapa yang hadir pada majlis kemuncak kutipan derma BIKERTHON SKSKI
Antara ibu bapa yang hadir pada majlis kemuncak kutipan derma BIKERTHON SKSKI

Akhirnya nama Lydia dipanggil pada hadiah ke lima! hahaha kecewa nak dapat hadiah utama tapi Alhamdulillah dapat la jugak.. hadiah itu berupa microwave!

Daleela dan Fahren selamba maik kat lantai...

Adik-adik datang support :-)
Kami semua enjoy dengan event ni, Alhamdulillah...

-----
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ataupun tentang peluang menjana pendapatan bersama Shaklee, hubungi saya di 019-239 0107 (Fara)

Popular Posts