Friday 26 December 2014

Banjir Dulu vs Banjir Sekarang

Kalau masa kecik-kecik dulu, pernah lah rasa banjir kat tepi rumah, air naik paras buku lali tu la banjir paling tinggi.. dan sebagai kanak-kanak, memang meriah sangat rasa nak main air puas-puas!
Selain tu, yang sinonim dengan banjir ni ialah peperiksaan SPM akan ditangguhkan. hmmm mcm tu jek lah selalunya kalau musim banjir kat Malaysia ni.

Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, banjir dan jadi bencana yang menakutkan berbanding dulu. Tak kira kat mana pun macam dah terancam dengan banjir yang bukan setakat paras buku lali, bukan saja paras lutut. Paras pinggang pun tak!! sekarang ni banjir dah sampai paras bumbung! Allahu Akbar!!

Minggu ni memang bila scroll FB, memang tak tahan rasa berdebar dan sedih dengan pengalaman sebenar dan secara langsung yang dikongsi oleh teman-teman di FB. Ya Allah saban tahun semakin teruk lah keadaan cuaca dan bencana alam di Malaysia ni. hmmmm mungkin betullah orang kata Korban atas nama kemajuan. haishh tak suka!

Dulu masa tak de internet dan takde laman sosial, memang TV je lah harapan nak tau perkembangan banjir di negeri2 yang selalu mendapat musibah ni. tak tau lah kalau dulu pun TV cover-cover macam sekarang, tapi memang dulu kita rasa bencana tak seteruk sekarang, kan?

Apa-apa pun yang bagusnya sekarang ni ialah kita pun mudah sangat menghulurkan bantuan kepada pihak2 yang akan menyampaikan kepada mangsa. Kalau takmo login ke online bank pun takpe sbb derma secara SMS pun ada! Alhamdulillah.. 

Saya berharap kita sama-sama berdoa supaya musibah yang melanda negara kita sekarang ni adalah sebagai pembukaan kepada hikmah, bukan kepada bencana yang lebih dasyat lagi. WAllahu'alam...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts