Tuesday 31 December 2013

Dulu atau kini, tetap teruja!

2004, saya ke DEMC -- yang pada ketika itu masih terletak di seksyen 9 Shah Alam dan namanya masih lagi Darul Ehsan Medical Centre -- untuk pemeriksaan kehamilan ketika mengandungkan Lydia anak sulong saya. Perasaan teruja seorang bakal ibu sememangnya tidak dapat disorok-sorok, sampaikan saya sendiri rasa asyik tersengih hendak berjumpa dengan doktor.


Atas recommendation doktor yang merawat (saya mempunyai masalah hormon tak stabil) saya di Klinik biasa, saya memilih Dr. Norleen untuk menjadi doktor O&G saya. Alhamdulillah tak sia-sia lah sebab saya memang suka pulak dengan cara Dr. Norleen yang lemah lembut melayan pesakit/ibu/bakal ibu.


Ketika itu bilik doktor pakar berada di tingkat 1, dan keadaannya agak tidak selesa kerana ruang yang agak terhad, dan ramai pula para pesakit menunggu giliran. Namun memandangkan saya baru anak pertama, saya tak melihat semua itu sebagai sesuatu yang patut di komplen. Takde hal laa janji dapat tengok baby! huhu!


Dalam pada menunggu, saya berkenalan dengan seorang wanita yang juga sedang hamil seperti saya. Saya melihat dia sudah dalam keadaan yang sarat namun masih berwajah ceria. Saya ringankan mulut bertanya,


"Anak ke-berapa?" Saya mengagak dia akan menjawab pertama atau ke dua. namun jangkaan saya meleset.


"Anak ke-5" jawabnya sambil tersenyum. riak gembira dan bangga terpancar diwajahnya. Tak tau lah sama ada riak bangga itu disebabkan respond muka terkujat saya seperti menggambarkan yang beliau kelihatan seperti baru ada anak 2 atau bangga kerana dikurniakan rezeki sehingga anak ke-5. Mana-mana sebab pun sebab beliau tersenyum, memang beliau berhak. Orang perempuan kekdahnyer, perasaan bangga boleh terbit dari pelbagai sebab, waima yg paling kecil sekalipun.. Maklum le wanita kan sensitivity tinggi.


Ok. So, Beliau sudah anak ke-5 rupanya.


WOW. gitu kata hati saya. Cayalah akak ni anak ke-5 pun masih ceria2 nak ke hospital. Belum puas-puas ke anak pertama sampai ke-4 jumpa doktor? tak letih ke? tak bosan ke? tak penat ke melalui perkara yang sama, check up setiap bulan selama 9 bulan, UNTUK 5 ORANG ANAK?


Itulah antara soalan-soalan yang ada dalam minda saya. minda cetek ibu muda yang tak tau apa-apa tentunya. Lebih teruk lagi, saya bercakap dengan diri saya sendiri, "Mungkin aku tak jumpa doktor kot kalau anak ke-5. Sama je kot dah 5 mesti dah tau semua"


Astaghfirullahal'azim..


Kini, selepas hampir 10 tahun, saya seakan-akan melihat kembali adegan itu, namun kali ini wanita yang mengandungkan anak ke-5 itu adalah saya. Ye, saya. Dan kini saya mengerti. Setelah 4 kali sebelum ini dan ini yang ke -5, perasaan bahagia itu masih sama. perasaan seronok hendak melihat baby di dalam perut ketika doktor scan masih sama. Tak wujud langsung perasaan bosan hendak menunggu giliran berjumpa doktor.


SUBHANALLAH. SUBHANALLAH. SUBHANALLAH...


Alhamdulillah, saya dikurniakan lagi perasaan itu buat kali ke-5. Ini adalah rezeki kebahagiaan kami sekeluarga. Selepas Lydia, Idlan, Fahren dan Daleela, akan kami sambut seorang lagi permata hati kami yang ke-5 dengan rasa teruja.


2004, 2008, 2010, 2012 dan 2014 - perasaan itu masih sama. bahagia............ Do'akan lah keselamatan dan kesihatan buat kami sekeluarga.. ameen...


-Fara-

Friday 27 December 2013

Gathering Akhir Tahun Geng GLC

Masih cerita pasal kawan-kawan ye.

Semalam le pas kerja,  dah janji dengan kawan2 geng GLC, sempena akhir tahun kan.. tapi yang turn up 4 orang, plus seorang GLC jemputan yaitu Naz, adik Mas.

Saya jalan kaki ke dari KLCC ke Pavillion tu. Dah biasa jalan kaki dari KLCC ke Menara Perak, and MEnara Perak ke PAvi plak mmg dekat je dah biasa jalan kaki gak.. so i prefer to walk. gitu. Plan asal nak terus melepak kat Starbucks sebab Didie dan Mas nak belanja Starbucks sempena bulan bonus PNB. Masyuk bonus dorang ni. Alhamdulillah rezeki tu kami kena la tempiasnya .. Saya kena tempias dua kali. Sebut kat sini terus lah. Tengah hari tu dah merasa dibelanja oleh Mus yang jugak kerja kat PNB. Lunch hour lunch di Sister's kitchen G Tower. Thanks Mus!


Berbalik semula kat Pavillion. Walaupun plan asal nak ke Starbucks tapi sebab crowd sangat dua2 Starbucks kat situ, Mas dengan Naz pulak awal2 dah terus isi perut kat Nandos. Saya jumpa Sol and Sol cadangkan makan dulu kat somewhere else sebab memasing dah kelaparan kekdahnyer dengan hujan2 lagi tu kan.. 


So  kami decided to go to The Loaf. Both of us ordered Mushroom soup. RM18. Mas, Naz and Diana joined us later kat situ. Borak2 la pasal ke'masyuk'an bonus dorang yang super lebatsss! hahaha! Kalau dulu iols mesti rasa mcm waaa.. saya jeles.. tapi skang tak la sangat.. Saya cuma rasa happy for them.. Saya pun happy jugak sebab selain bonus kampeni setahun sekali, saya merasa bonus setiap bulan dengan Shaklee. Rezeki masing-masing gitu. Alhamdulillah.


Bila dah juma tu agenda utama of course la menulis sesuatu untuk buku GLC, dan menulis resolusi atau azam kami untuk tahun 2014. Patutnya kami baca semula azam kami yg kami tulis awal tahun 2013 dulu tu. nak tgk mana yang tercapai mana yang tak, tapis aya terlupa nak bawak buku GLC 2013 so jadinya next time la kita baca :-)


Dah habis makan-makan dan pose2 bersama props yg Sol bawa, kami made a move solat maghrib. Lepas maghrib tu baru la ke Starbucks. Dah niat nak belanja, pergi la juga kan. Saya order Hot Caramel Machiato. Thanks D and Mas! :-) Lama gak la melepak situ sambung2 borak and group photos lagi,


Before balik, sempat singgah ke Victoria Secret, Sol nak pi beli promotion buy 3 dpt rm10 discount for each. So Sol, Naz dan Diana beli la body mist sorang satu.. seronok mak tgk dorang shopping kat situ. paper bag Victoria Secret pon macam comel je.. :-)


Tak sempat nak pose2 kat luar Pavi. maybe next time. Masa balik tu pun dah pukul 9.30pm huhu and masa tgh nak balik, I got a message. Little did I know someone was watching me masa kat Starbucks. hehehe my boss rupanya kat situ siap kata amboi jalan malam2 kemain ye, gitu. hehehe stalker plak boss I ni.


Sol tumpangkan I ke Asia Jaya where I parked my car. Thanks Sol.. Sampai rumah kul 10.30pm  daleela lom tido terus mintak dukung and nak susu. susukan dia and dia tido. 



Thanks Naz and Sol for the piccas! Shara kata muka saya tampak lebih muda dan tampak lawa dari biasa. kah kah kah!!. sebagai wanita normal, mesti la saya kembang ekeke tapi saya kata semua tu mungkin ilusi optik dan thanks to phone camera Sony milik Naz yang memang superb, camera iphone 5 Sol pon sama superb! no wonder la i can look 'different' hehehehe.. Tapi Shara insisted gak kata memang lain gitu Kak Fara. awww.. terima kasih Shara.. Alhamdulillah yang cantik daripada Allah tentunya.


Shara siap tulis dalam whatsapp, "adakah kerana Shaklee Collagen Powder?"


Walaupun saya tak mengiyakan secara direct, dalam hati saya tidak juga menidakkan. Dah sebulan setengah saya consume Kolagen Shaklee. Walaupun saya sendiri tak begitu nampak perubahan, atau maybe perubahan tu ada cuma tak begitu ketara pada mata saya. Tapi saya percaya, kolagen itu memberi perbezaan juga, dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah.. tapi nampaknya mata orang tak sama dengan mata saya.. wallahu'alam. kita berusaha, Allah lah menentukan..


Tapi dah beberapa hari saya stop kolagen, selepas mengetahui satu berita gembira buat saya. :-) nanti saya share dalam entry lain, ok?


Kesimpulannya, saya gembira dikurniakan kesihatan dan kesempurnaan sigar jadi saya dapat menjalankan aktiviti harian dengan ceria dan bahagia, Alhamdulillah..


Fara. 0192390107 untuk tempahan sebarang supplements Shaklee atau konsutasi percuma :-)

Sunday 22 December 2013

Kawan-kawan kita adalah rezeki

Mudahnya menjemput rezeki. Happy betul dengan rezeki melimpah ruah yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga selama ni. Dalam pada kita rasa kita kekurangan di satu2 sudut, Allah sebenarnya sudah ada perancangan untuk kita memperoleh rezeki lebih di sudut yang berbeza.

Sekarang ni, saya diberi rezeki kawan-kawan yang ramai. Betul ni mak tak tipu. meriah hidup dengan kawan-kawan. Tak sunyi whatsapp tu dgn mesej dari kawan2.


Bukan je kat Whatsapp. Kat realiti pun kami lepak bersama bebila ada kelapangan. dah borak dalam alam maya, borak lagi sambung kat kopitiam. hahaha best noks! Kawan-kawan ni datang bukan datang kosong2 je kan? mereka datang sebagai sumber maklumat! dan. ehem.. sumber pendapatan gak.. :-)


Sumber maklumat?


Yes! kawan2 kan ada hidup mereka kan? bila kita sembang, kita bukan sembang kosong. kita sembang hal2 yang berkaitan. hal yang terjadi.. biasanya menjadi lesson, menjadi panduan utk kawan lain yang mendengar. Setiap pengalaman berbeza kita  share.. sebab tu rugi sangat sapa yang tak nak berkawan. rugi sangat siapa yang membina tembok penghalang diri dari berkawan.


Kawan kita macam kita. bila kita baik, kita pun dapat kawan-kawan yang baik. oleh itu, kawan kita tu cermin. :-) jadi pandai2 lah kita menafsirkan jenis kawan-kawan kita.




bersama-sama dengan kawan-kawan Shaklee di Ben's KLCC, Antara kawan-kawan yang menceriakan hidup saya adalah kawan-kawan yang saya kenali dari dunia perniagaan dengan Shaklee. Daripada kenal di alam maya, kami bertemu mendekatkan silaturrahim dan bertukar2 info tentang bisnes Shaklee kami. Impian kami sama, hendak  mendapat kebebasan kewangan dan kebebasan memilih. 



Popular Posts