Tuesday 28 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Salam kemaafan dari saya sekeluarga... andaikata ada tulisan saya kat entry2 saya yang menyinggung perasaan anda semua.. sorry ye.. saya manusia biasa, dalam pada berusaha nak menjaga hati semua, kadangkala terlajak jugak... Maaf Zahir dan batin :-)

Saya beraya dengan keluarga belah suami di Klang dulu, dah habis round sedara Klang, baru le kami beransur ke johor pada raya ke-dua .. raya kali ni, saya banyak bermuhasabah diri.. teruatama saya panjatkan kesyukuran saya masih ada ibu dan ibubapa mertua.. Alhamdulillah sangat.. time2 perayaan ni, ke manalah lagi kita nak tuju kalau bukan kepada orang2 tua kita kan?

then saya bersyukur jugak saya ada adik beradik dan ipar duai yang ramai.. ok maybe takla seramai mana tapi kira ramai la tu.. suami ada 5 beradik, saya plak 6 beradik ... pendek kata, berpeluh gak le nak susun barisan utk gambo raya family hehehe... ditambah lagi dengan anak2 buah pelbagai umur dan ragam.. frankly speaking, bila tgk balik pic2 raya .mmg tak ada yang betul2 perfect.. hahaha tapi, siapa yang define perfect? so saya rasa semua pic2 dengan pelbagai gaya tu adalah perfect! they make me smile .. bahagia!

dan saya juga bersyukur saya ada ramai saudara mara untuk dikunjungi. hari raya saya tidak hanya di depan tv *tapi tgk gak tv bila sampai rumah sedara mara tu kannn... rancangan tv kali ni not bad lah.. at least tak la manjang citer hindustan mcm yg pernah berlaku 10 tahun yang lepas masa kegemilangan kuchkuchhotahai tuh..ingat tak? - dan jugak tak de la manjang sarkis mcm yg berlaku around 20 tahun lepas.. huhu.. wahh lama kan? tak sangka saya dah dapat baaanyak peluang menyambut hari raya dengan orang2 tersayang* oppss lari sket isi2 penting ni

yup, masa dok dlm kereta saya ada borak ngan suami (kan saya kata dalam kereta is my favorite spot nak borak fokus) - pasal betapa beruntungnya saya ada saudara di banyak tempat.. maybe saya over sket tapi itulah yg saya rasa.. rasa best ramai sedara :-) cuba kalau x de sedara, nak beli baju raya pon malas sebab nanti takde tempat nak pegi nk gayakan baju baru .. ekeke.. ke shopping jugak kekdahnyer ekekeke.. seriously, kemeriahan hari raya, mood raya tu, lebih terasa dengan adanya aktiviti ziarah menziarahi kan?

Ok lah sekian dulu update pendek je sempena Syawal yang mulia ni.. lain kali update lagi.. inshaAllah.. terimahlah pic kami - ni amik raya ke dua before bertolak ke johor... kalau tgk pic no. 2 tu, org lain semua tak ready, saya je ready ekekkee.. biasa la mak over.. insist gak nk amik pic kat tiang pelita tu.. pujuk gak hubby set kan tripod panas2 tuh..  dah panas sbb dah kul 11 masa ni.. anak2 pon malas nak bukak mata sbb panas.. huhuhu..


6 comments:

  1. sweetnya nadia.... i mean uols 1 family not only nadia.... :-)

    ReplyDelete
  2. lydia sgt2 sweet. besar dah anak dara tu :)

    ReplyDelete
  3. a ah rasa mcm x caya dah 8 tahun ekeke... sweet ke.. mekacihh :-)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. merujuk kepada komen aku di atas... NADIA tu typing error.... LYDIA patutnya.... ekekeke.... adoi!

    ReplyDelete
  6. gambar family yang priceless! hahaha kiut lah especially muka idlan. nampak sangat tgh tahan panas. cute giler.

    suci jer nampak pakai baju putih lydia ngan maknyer!

    ReplyDelete

Popular Posts