Thursday 2 August 2012

Macam mana Ramadhan saya?

Hari ni masuk hari yg ke-11 dalam bulan ramadhan.. yang mana patut saya tanya, ada dua soalan di sini. "Macam mana Ramadhan saya?" hmm soalan ni, macam lambat saya nak menjawabnya.. saban tahun saya berazam nak perbaikan kualiti puasa saya.. tapi frankly speaking, saya rasa tahun ni pun tak banyak peningkatan. sedih jugak. tapi still belum terlewat, kan? ada byk hari lagi untuk saya rebut. tepuk dada, tanya iman. peluang dah ada, sendiri mau ingat nak rebut ke tidak ... astaghfirullahal'azim ...

Satu lagi soalan, "Macam mana preparation raya?" - wah kalau ditanya soalan yang ini, saya boleh terus menjawab tanpa henti. sad, but true..


Saya dah kembali bekerja sejak 4 hari lepas... hmm masih lagi dalam projek yg sama.. projek ni kick off last year pun dalam bulan puasa.. haih lama sangat dah delay .. letih dah rasanya buat projek yg delay2 mcm ni. Bertambah tak best sebab dah cuti 2 bulan, dan banyak changes yang saya kena catch up.. haihh...sorry lah patutnya takleh mengeluh kan? tapi terrrmengeluh jugak.. :D

memandangkan bulan puasa, aktiviti kat ofis pun macam agak mandrom.. UAT dah ada yg dpt sign off for some functions.. cuma ada satu je satu function yg pending.. mudah mudahan yg pending ni cepat2 lah complete. Tapi August ni inshaAllah lah live to production.. sempena bulan kemerdekaan ni mmg patut ler saya pun merdeka dari projek ni.. Ameen..

Beberapa hari yang lepas, mood saya macam ke laut. maybe keletihan dengan rutin baru masuk kerja ni.. taktau lah.. tapi ada sekali tu, saya terjaga awal pagi untuk pump, saya tgk keadaan rumah yang macam tak terurus, kemudian saya melihat anak2 tidur - terus terasa macam i am a bad mom. hehehe.. saya mintak maaf kat hasben pastu saya tido balik. rupanya moody itu tanda saya nak "raya". huhu.

ha, pasal breastfeeding. saya nak cerita ada sekali tu, ibu taska called to inform yang susu Daleela dah tinggal sebotol walhal baru pukul 3PM. apa lagi rushing la saya bersiap2 ke taska. nasib baik la jugak masa tu saya belum kerja, baru cuba2 hantar daleela nak tgk how she's doing.. mula2 saya bekalkan daleela dengan 2.5 oz  x 6 botol untuk dia minum dari 7.30AM sampai 6.30PM .. so bila dah terjadik tak cukup hari tu, saya pun dah menambah kepada 7 botol dengan kuantiti yg sama (atas advise ibu taska). Alhamdulillah, so far ok lah.. kadang2 ada balance 2 botol... kadang2 balance 1 botol.. kadang2 takde balance. saya tau kalau takde balance tu means daleela mesti kurang tido..

kat ofis jadual pam saya cuma buat 2 kali je. maklum la saya ni dok kat ofis orang.. tak leh la nak sewenang2 ikut masa saya.. tapi so far Alhamdulillah boleh la follow jadual tu.. susu banyak atau tak tu perkara ke dua.. yg penting ada .. cuma, mengepam kat ofis mmg tak le seselesa kat rumah. huhu. walaupun ada tersedia tempat yg selesa.. tapi big concern tentulah masa, kan?

Berpuasa, bekerja dan terkejar2 carik masa nak pump, memang boleh.. errr .. BOLEH melemahkan semangat. tapi kalau kita tak benarkan itu terjadi, inshaAllah tak ada masalah .. alah bisa tegal biasa.. mudah mudahan Allah memberi saya kekuatan selalu.

Tu je dulu update saya. Saya berdoa semoga Allah sentiasa tetapkan hati saya untuk sentiasa berada di jalan yg benar... improve kualiti iman kita untuk kebaikan kita , keluarga kita, dan agama kita.

-

1 comment:

  1. go farra....go.... u can do it...!!! susu ibu paling terbaik di dunia ini... :-)

    ReplyDelete

Popular Posts