Saturday 30 January 2010

idlan almost 2 years old

Diam tak diam, Idlan dah hampir 2 tahun umurnya .. 11 feb depan genap le dia 2 tahun .. Lumrah anak lelaki lah, of course lebih sikit kerenahnyer dibandingkan ngan kakak dia ... hmmm sure korang pernah dengar pasal 2nd child syndrom?? sindrom anak ke dua .. hmm korang percaya ke pasal ni? aku lom pernah betul2 ambik kisah pasal benda ni .. so far lom lagi aku browse pun pasal topic ni kat net .. so i really dont know kajian ni bila, kat mana, sapa conduct, apa result .. semua aku tatau in details .. aku just tau yang anak ke-dua ni special in terms of dorang ni biasanya ada sket kesukaran nak ditangani ...


terus terang aku rasa .. tak kira lah anak ke berapa pun, aku percaya, semua orang membesar dengan karakter yang tersendiri, tanpa mengira dia anak ke berapa .. ok, 2 tahun is too early to judge my son idlan .. honestly i think dia belum pun ada his own character yg obvious. Well of course he is different from his sister .. tapi, of kos lah kan?? he is a boy, he is younger and he is still in a stage where he observes and ikut jek without asking (sbb dia tak leh nak bertanya2 lagik) .. unlike his sister yang observed, and then able to ask about what she observed before she decided to follow or to reject ...those things i believe boleh pengaruhi kids' behaviour ...


Cerita pasal Idlan .. nak masuk 2 tahun, semakin ligat le dia baik dari segi fizikal mahupun mental ... cakapnyer dah makin banyak walaupun tak sebecok kakak dia .. tapi cepat catch up le jugak kalau orang lain buat apa2 tuh laju je dia folow .. skang nih dia tgh sangat suka cakap ada 'lah' kat belakang ..

"mak, tidurlah..."
"kakak, buat lah ..."


dan jugak ada 'ye' atau 'ke' kat belakang .. dan yer tuh di sebut agak lambat ..


"bapak ja (kerja)... ..... ye/ke?"


Kalau last month, bila kiterang tanya, "idlan adik ke abang" dia jawab yang mana kat belakang .. kalau kat belakang tuh adik, then adik ke kalau kat belakang tu abang, then abang le .. like most of normal kids la kan .. but now dah pandai dah .. jawapan dia always maintain .. "abang" je :-)

kartun character yg dalam chanel ceria tu semua dia kenal .. favorite dia ialah ultraman which he mentioned as 'te-men cakca' (ultraman rasaksa)


ops again back to sindrom tadi .... Maybe le kot kajian2 terdahulu yang result nya membawa kepada nama sindrom anak kedua nih ... maybe sindrom ni mmg ada, yang mana akan terkena pada anak ke-2 sahaja, tapi tak semua anak ke dua akan dapat sindrom ni, gitu? hmmmmm .. mungkin la kot ... nanti la aku baca kot2 ada masa ... so far anak2 ke dua yg aku kenali, yang ada di sekeliling aku ok je .. aku tatau range umur mana sindrom ni yang begitu terserlah dan mencabar .. masa teenage kah? bukan ke peringkat teenage mmg mencabar tak kira la anak ke berapa? ke anak kedua yang rasa terbiar je yang akan dpt sindrom ni? tapi how about anak2 lain yang rasa diri terbiar? tak ke dorang pun akan membuat sesuatu to grab attention from others?


Entah lah .. aku rasa semua orang ada sindrom la kot .. contohnyer mcm aku .. sindrom anak ke-lima la kot .. yaitu sindrom malas?? huhuhuhu! peace!

1 comment:

  1. dah nak 2 taun dah idlan and dah jadik abang! yay!!

    nanti kak fara jangan luper tulis experience deliver yang ketiga nie :)

    ReplyDelete

Popular Posts