Friday 12 December 2008

Kenangan Mengusik Jiwa :: Terima Kasih

Selepas arwah bapak meninggalkan kami sekeluarga lebih dua puluh tahun lalu, banyak perkara yang kami lakukan bersama arwah tidak lagi kami teruskan, terutama perkara2 yang melibatkan mendapatkan lauk dengan apa yg ada di sekeliling kami. Arwah bapak, sebagaimana kelaziman orang dulu-dulu, lebih suka mendapatkan lauk harian kami daripada apa yg kami usahakan sendiri. Hanya ikan sahaja yang kami beli memandangkan kami bukan nelayan dan tidak pula kami gemar berlaukkan ikan air tawar setiap hari.


Sayur dan ayam, sudah tentulah daripada hasil sendiri. Masih terbayang2 di ruang mata, muka aku yang monyok setiap kali emak meminta aku membersihkan tahi ayam kat simen belakang. Masih juga terngiang2 rungutan aku setiap kali emak mengajak aku memetik daun ubi di hadapan rumah. Daging pula, hanya kami makan pada waktu2 tertentu seperti perayaan ataupun kenduri besar. Selain itu, semasa ada arwah bapak, jika ada lembu yang disembelih, kerap juga aku makan lauk2 berasaskan lembu kulit lembu, perut lembu dan kaki lembu. Arwah bapak rajin 'mengerjakan' semua itu dan kami sekeluarga dapat merasa lauk yang istimewa...


Apabila arwah bapak sudah tiada ... kami adik beradik pula sudah meningkat dewasa dan bekerja di bandar, dengan emak yang semakin terhad pergerakan dek kerana kesihatan yang tak mengizinkan, kesemua itu tidak lagi berlaku. Kami lebih selesa membeli daripada melakukan sendiri kesemua itu.


Selepas berkahwin, aku seakan dapat merasa kembali kehidupan aku ketika arwah bapak masih ada. 90% cara hidup keluarga mertua aku sama dengan apa yg pernah kami sekeluarga lakukan. Aku memang sangat seronok, bila dapat tau yang bapak mertua juga suka 'mengerjakan' bahagian-bahagian lembu selain daging. Kat rumah mertua, aku kembali melihat kulit lembu tergantung dibangsal menunggu masa untuk dibakar/panggang sebelum direndam direbus dan dibuat lauk ... dan bila bapak mertua membakar kulit/kaki lembu, aroma yang keluar tu terus sahaja buat aku terimbau kenangan masa aku kecik dulu. Syahdu betul ....


Dan hari ini, imbauan itu datang lagi, kerana suami membakar kaki lembu yang diberi oleh jiran selepas menolong semasa korban tempohari. :-) Aku bangga apabila suami aku rupanya mahu melakukan perkara yang pada setengah orang remeh dan tidak berbaloi.



Jadi, hari ini, aku bangga makan sup kaki lembu hasil tangan suami aku ... Terima kasih Abang ... (oopss... terjiwang plak ... huhuhu)

3 comments:

  1. wah cun nye blog dia nie..

    ada lagik ke sup lembu tuh.. tingin gak nak rasa... hehe

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:34 pm

    Well dear .. you shd be proud and feel so grateful to have him as your husband and be a part of his family .. :D

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:33 pm

    sedapnya sup kaki lembu

    ReplyDelete

Popular Posts