Wednesday 17 October 2007

Perasaan Kala Syawal Tiba

Bila dah balik semula ke Kapar, rasa dah hilang semua suasana hari raya, lagi pulak kat pekan kapar tu dah sibuk ngan promosi deepavali.


Tak ada mood nak update malam ni ... ngantuk tu tak le, tapi bila fikirkan esok nak kena bangun ke offis, terus hilang semangat nak menulis... Oh, tapi kalau tak tulis, sampai bila pun tak tulis kan? ok aku kasik ringkas je lah ... kasik highlight je yg pa yang aku rasa di Syawal ini


Syukur
Semua ahli keluarga ada berkumpul ... dengan semua orang dah besar, bila berbuka puasa petang akhir Ramadan tu... terasa makan berhidang dah kurang sesuai lagi dah ... nak kena besarkan rumah berbuka style buffet nampak gayanya ...


Kesal
Malam raya, lepas melayan anak dan anak2 buah main bunga api, aku terus flat ... aku mamai2 je tgk anak buah aku dok pasang langsir ... bila sedar2 dah kul 5 pagi ... terus kelam kabut sebab baju langsung lom iron, duit raya pon tak masuk dalam sampul lagi ... adeh! Kesal kerana tidur awal, kerana malam raya aku suka stay up lama2 ... tak nak kemeriahan malam raya tu hilang ...


Sayu dan menyayat hati
melihat keadaan mak yang tidak begitu sihat pada raya kali ni. Aku tak pernah terfikir, wanita yang selama ini menjadi payung kepada kami sekeluarga, begitu tidak bermaya pada hari raya ke dua. Jelas sekali kesedihan walau cuba disembunyikan.


Insaf
Tatkala berziarah ke rumah ibu2 saudara, ramai yang sudah kelihatan uzur dan tidak bermaya. Mereka yang suatu ketika dulu, sangat ceria dan aktif, amat berbeza pada hari itu ...


Hiba
hati ketika menghantar suami ke rumah sewanya di johor bahru pada hari raya ke-3.


Debar
Memikir tugas yang menanti bila pulang bekerja


Bimbang
Memikir mak akan menjalani operation selepas hari raya


Panik
Gegar Ria yang semakin hampir


Geram
dengan telekom nih sebab aku balik rumah tadi, phone line tak der ... grrrrrrrrrrrrrrr!!!!!

Fara,
5 Syawal 1428 11.28 PM
Klang

3 comments:

  1. Anonymous1:59 pm

    apasal pulak ko nak panik sebab gegar dah dekat? owhhh kena nyanyi kan? ekekekekekek

    DeLinn

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:04 am

    selamat hari raya fara... dari aku (dush dush)sekeluarga...maaf zahir batin untuk kesilapan masa lalu dr zaman kita kat SKPK... sampai la last aku jumpa ko bila ek..? ko ada amik form 6 kat SDBL ke..? aku SMPTI... seingat aku Zu form 6 SDBL... dulu selalu blk sekolah naik bas tanjau sama2 w/pun sekolah lain2...

    ko raya kat BP ek? sama la ngan aku...
    aku doakan mak ko selamat menjalani operation nanti...
    mak bpk aku pun dah uzur jg...
    bpk aku insya-Allah nak tunaikan hj thn ni...

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:30 pm

    Selamat Hari Raya.

    Mak, sakit apa?..semoga beliau dpt menjalani operation dgn selamat..amiin

    ReplyDelete

Popular Posts