Monday 17 September 2007

Detik Doa Dipanjatkan

...

Aku panjatkan kesyukuran yg tak terhingga ke atas segala rezeki yang Allah limpahkan ke atas kami sekeluarga ... Selepas berita gembira kerana mendapat peluang menimang cahayamata kedua, sekali lagi, pintu rezeki kami terbuka, suami pula mendapat pekerjaan baru. Alhamdulillah ...


Cuma, tentang pekerjaan baru suami aku tu, apa yang membuatkan kehidupan kali berubah sedikit, adalah kerana dengan menerima tawaran bekerja, secara automatik kami tidak berpeluang menjalani kehidupan berumahtangga seperti kebanyakan pasangan lain.


Agaknya, dek kerana terlalu memikirkan perkara itu, ramadan kali ini, aku buka lembarannya dengan catatan tidak menarik, aku telah melanggar sebuah lori ketika mahu ke tempat kerja. Oh, mungkin bukan kerana terlalu berfikir ke arah itu sahaja, tetapi mungkin lebih kepada 'bermimpi' ke arah perkara2 yang akan terjadi berhubung dengan perkara itu.


Lydia, yang keakraban dengan ayahanda tidak dapat disangkal, tanpa putus2 berdoa agar ayahanda tercinta mendapat pekerjaan dekat ... sering, anak kecil kami itu, berdoa begini,


"Ya Allah, nanti bapak dapat kerja dekat, amin" Menambah kesayuan kami berdua.


Hari ini, hari pertama suami bekerja, Lydia demam .. aku selimutkan dia dengan pelikat milik ayahandanya ... semoga lena tidur anak kecil itu. Dan aku, dalam pada menerima segala yang terjadi, sbenarnya payah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.


Detik 12 Malam 3 Ramadan ini, bersama kesyukuran yang aku panjatkan, Ya Allah, maafkan aku jika aku masih mahu meminta, agar kami bersama semula, tidak kira di mana sahaja. Kerana, tidak lengkap aku tanpanya.


Amin.

...

11 comments:

  1. Anonymous1:07 am

    Fara
    Aku doakan keluarga ko dapat bersama² kembali macam sebelum² ni. Ish, sedih pulak aku. Harap ko tabah ek.

    Aminnnnn

    DeLinn

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:29 pm

    Sedih pulak...semuga semuanya OK. Sabar...

    zure

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:41 pm

    :( sabarlah Fara... insyaAllah berkat Ramadhan, rezeki orang baru... semua akan jadi macam biasa balik :) aminnnnnnnn!!!

    ReplyDelete
  4. dulu akak rasa akak dah visit blog ni sebab ada dalam list akak..tapi baru ni jengok...apapun...salam ramadan untuk fara sekeluarga...harap semua nya kembali ok ye...lydia dapat bersama ayahnnda nya kembali..

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:26 am

    Aminnnnnn------> aminkan doa Lydia

    arc

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:28 pm

    Amin -----------> doakan doa Lydia dgn Arc...


    Limah

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:18 pm

    Salam Ramadhan Al Mubarak pada Fara sekeluarga

    Krozz faham perasaan fara, sebab krozz pun pernah berpisah jauh dengan suami tercinta dek kerana tuntutan kerja.

    Krozz doakan fara tabah menghadapinya dan sentiasa lah berdoa kepadaNya agar keluarga fara dapat bersama semula...amin

    ReplyDelete
  8. Sabar ye Farah,

    Alhamdulillah dia dah dapat kerja semula, take, dalam pada tu, terai lagi carik keje dekat2.

    Semoga semuanya ok.

    Aku pun sayu kalau husband aku pergi outstesen seminggu kadang tuh, dan every month mesti ada kena kemana2..Inikan pulak ko punya situasi kan..

    HArap semuanya kan ok, kay?

    ReplyDelete
  9. Selamat Berpuasa Fara :-) (Ko ingat aku dak lagi nih?)

    ReplyDelete
  10. Amin -----------> doakan doa Lydia dgn Arc dan limah...

    ReplyDelete
  11. Anonymous1:49 am

    Salam fara...

    Semoga segala doa ko sekeluarga dimakbulkan insya-Allah. Hows everything now??

    -ellyn-

    ReplyDelete

Popular Posts