Monday 2 April 2007

Selamat Pengantin Baru Angah Dan Wan


Selamat Pengantin Baru Kepada Angah dan Suami, Wan ... Semoga Berbahagia sehingga ke akhirnya ... Kepada kami yang mengikuti sebenar2perkembangan kisah percintaan mereka ini, semalam adalah hari paling indah buat kami semua ... :-)


Seronok betul aku dan kawan2 taggers berjumpa-jumpaan kat rumah pengantin ... Elok je rombongan cik Delinn sampai (aku included), hujan renyai2 turun ... kami membawa rahmat gamaknya ... Bila aku tgk wajah Angah, berseri2 ceria betul .. wajah Wan lagi lah .. tampak jelas kegembiraan kedua mempelai ...


Perut aku memang lapar sangat masa sampai rumah Angah .. dah le menempuh jem, lepas tu sampai2 hujan pulak ... fuhh .. mmg tak segan2 aku makan ... Lydia pun sama ..berebut2 kami makan satu pinggan, last2 aku mintak hubby tolong ambilkan nasi utk Lydia so dia tak kacau aku .. huhuu ... Sedap lah food (ke sebab aku lapar?) .. esp. terung dengan masak lemak cili padi (tempoyak eh?) tu .. mengancam betul!!


Rupanya Arc sampai sejak pukul 9.30 pagi ... Bertuah pengantin dapat kawan mcm diorang ni! Aku tgk ada muka baru, Einon aku belum pernah jumpa ... Welcome aboard einon! :-) ... Most of them berbaju purple atau ke arah2 purple sebagai menghargai tema pilihan mempelai .. aku je yg pari tema .. :-) kasik senang sket org nak cam aku huhuhu!!!


Aku sempat ke bilik pengantin ... tgk hantaran dari pihak lelaki .. nice! .. :-) Lydia pula mood kurang baik ptg tu so akiu tak dapat nak berlama2 mcm yg aku plan .. lagipun hubby dah ada janji lain lepas tu .. Kalau tak kerana kesesakan masa perjalanan pergi, maybe boleh sembang lama lagi ...


Kesimpulannya, Bukan sahaja aku sayu tgk Angah dan Wan melangkah ke alam rumahtangga, aku jugak turut terharu dengan silaturrahim yang terjalin diantara rakan2 taggers .. kebetulan masa sessi fotografi, lagu yang berkumandang adalah lagu2 broery marantika ... dengan cuaca lepas hujan ... sungguh mengundang kesayuan .. and tak semena2 teringat pulak Joe di rantauan .. Bersyukur sangat, Allah telah menemukan sekumpulan insan2 dari merata tempat, Insan2 yang sebenarnya asing, telah terikat dengan satu silaturrahim ... semuanya berlaku di blog Joe itu.


Untuk Nuruz dan suami, pandai2lah melayari bahtera perkahwinan ...

Untuk kawan yang mencuri sirih, semoga bertemu nakhoda impian ...

Untuk rakan2 yang bakal melepaskan layar dilautan, dalamkan lah ilmu pelayaran

Untuk kawan2 yang sedang dalam pelayaran, semoga kita tabah menempuh ombak dan badai ...


Sekian. Untuk cerita details, sila lah ke blog delinn :-)

5 comments:

  1. Anonymous3:51 pm

    Best update ni....:)
    Zure

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:55 am

    :)

    DeLinn

    ReplyDelete
  3. masih happy sejak jumpa korang hari tu : )

    ReplyDelete
  4. thanks for comingggggggg!!

    muahhhh!!

    ReplyDelete

Popular Posts