Thursday 7 December 2006

Biar aku cerita sikit

Ok lah, nak update blog pulak ...

Seronok aku kalau dengar berita pasal member nak kawen. Latest, kecoh dalam reban pasal Angah dah berura-ura nak menamatkan zaman bujang nya ... Memang event yg ditunggu-tunggu ni. Bakal bengantin belum apa2, yang lain2 dah sibuk nk shopping baju wakakkaaa ... ada lah pulak yang shopping songket segala, songket corak bunga tabur, kaler purple lagi ... sungguh lah tak larat i ols hahahaha!

Cakap pasal kawen, last week aku balik Johor, berkesempatan le gi menghadiri majlis kawen anak jiran aku yg juga merupakan member sepermainan masa kecik2 dulu. Cuma memandangkan zaman kecik2 aku aku tak le lama mana kat kampung tu, so bila besar2 ni, dah macam tak berapa close le, sekadar tukar2 senyum aje .. tak de apa pun nak di follow up. hahaha ...

Meriah tu memang le meriah, maklum je la majlis rumah perempuan kan ... cuma ada few things yang aku rasa orang lain boleh ambik iktibar kot.

Mula-mula, pasal adab2 pengantin ... cewah, ye ye jek aku ni ... bukan le aku kata kalau x jaga adat tu kawen tak sah ... cuma dah nama pun raja sehari kan... pandai2 ler control diri ala raja gitu ... ada protokol2 gitu .. tak de le jalan sorang2 kat depan melulu sedangkan pengiring 50 m kat belakang ... hahaha! tau le tak sabar nak bersalam ngan imam tu kan ... iye, betul la kalau alasan tak nak hipokrit la .. kalau dah perangai mmg happy go lucky, so kena la mcm tu, wat per pretend ala2 malu2 plak kan? Tapi, aku tak setuju tu. Pada aku, ini bukan pura2 or pretend jadi orang lain ke apa ... Pada aku, lumrah la, bila semua mata menuju ke arah kita, kita kenalah pandai2 bawa diri kat majlis tu .. jangan la buat hal sendiri macam dalam dunia kita ... Lain la artis kat pentas yg mmg org nak tgk aksi2 yg pelbagai .. aku bet ler, raja2 dalam majlis2 raja tu, pun tak ler luar majlis tu dorang jalan slow motion mcm tu ..tapi, just utk jaga protokol dalam majlis aje la kan ...

Itu satu, another thing is masa majlis akad tu sendiri ... hmmm pada aku ni walaupun tak de la termasuk dalam syarat wajib nikah, juga tak termasuk dalam rukun nikah, tapi bila dah nama majlis tu, still kena lah jaga protokol dan adab2 nya .. kali ni bukan salah kat pengantin .. pengantin dah tentu2 la nak kontrol jantung yg berdebar2 tu kan ... Ni aku cakap pasal orang2 yg nak merakamkan detik bersejarah itu.

Jurukamera.

Memang le penting ada jurugambo nak merakamkan sejarah tu kan ... tapi, perlu ke sampai anak2 anak dara pun dok sibuk2 kat tengah2 majlis, terbongkok2 sebab nak sama2 amik gambo? dah tentu2 ler majlis tu dihadiri oleh imam, and lagipun masa tu la kena ada ketenangan, bukan saja pengantin, tapi saksi-saksi pun perlukan fokus utk mengesahkan akad tu ... ni, masa tu ler cameraperson dok ke sana sini carik angle menarik le .. sampaikan punggung berlaga dengan bahu pakcik2 yang rata2 nampak tak selesa dengan keadaaan tu. Yang dengan kamera besar tu satu le, ni yang guna handphone pun sibuk nak dekat2 sampai mengganggu perjalanan majlis .. huh.. kalau dah camera tak de zoom tu tak pyh ler susah2 amik gambo ... biarkan aje la cameraman professional yang sorang dua tu. Aku tengok yg cameraman berbayar tu elok je angle dia ... ntah ler .. pada aku nampak mcm tak cool le.. mcm serabut bila dah macam tu ..

itu je la pun ... cuma, maybe best la kot bila banyak flash masa tu .. rasa mcm artis .. skarang maybe dah bukan raja sehari lagi..tapi lebih sesuai kalau guna term 'artis sehari'

Ok lah dulu ...

Salam ...

4 comments:

  1. dah bersih ke sawang kat blog nih hehehehehe finally ada jugak hapdetnya

    peace

    ReplyDelete
  2. updateeeee jugak akhirnya yak eheheheheh

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:53 pm

    Aku baru teringat bila baca entry nih....gambar Budak tgh shakehand ngan tok imam tak de....memang tak de langsung gambo tgh nikah aku.......camner aku tak leh perasan for 11 years....(but the memories last forever kan...kan..)

    arc

    ReplyDelete
  4. LB & Linn: Hahahaha ... aku lom sanggup retire dari blogging

    Arc: Haaa... betullll!!!! cayalah!

    ReplyDelete

Popular Posts