Monday, 30 October 2006

Bila Takbir Bergema

Pheww!! ... Hari ni, 1st day kerja lepas seminggu cuti Hari Raya ...

So, macam mana hari raya you all semua? Mine was great! orang kata beraya sakan ... So i believe everyone had a great hari raya too, just like me .. :-)

Macam tahun lepas, tahun ni pun aku beraya bertiga lagi jugak ... ntah bila la nak bertambah ahli huhuhu!! .... Cuma this year lebih happening sebab Lydia dah suka bergaya2 dengan baju dan kasut dia ... dah boleh wish Selamat Hari Raya sambil bersalam dua tangan (ikut mood) ... dah pandai makan kuih raya (infact, dialah paling pulun makan kuih raya ...), dah pandai pegang bunga api (yang tak de api ... action je lebih tu) ... Kesimpulannya, kemeriahan hari raya aku adalah sangat berkait rapat dengan anakku Lydia itu ... dialah sumber kegembiraan aku dan suami di hari raya, dan hari2 bukan raya atau lebih tepat, dengan keletahnya, hari2 adalah hari raya ... :-)


Meh kita nyanyi lagu raya!!!!!

dengar2 itu beduk telah berbunyi ..
sebulan puasa tamatlah hari ini ..
lekaslah adikku hiaskan rumahmu ..
biar serba baru utk para tamu ..
jgn kau lupa kletupat didapur
rendang dikuali jgn biar hangus ..

..cuba lihat itu kanak2 berlari dihalaman rumah bermain bunga api ...

bangunlah anakku ... pakai baju baru ..kawanmu semua..telah pun menuggu ..dapatkan ayahanda sujud di kakinya ..serta jgn lupa nindamu kedua ..kita bermaaf dgn keikhlasan ..moga bertambah rahmat dari tuhan .. dengar2 itu .. takbir sedang bergema

..hening dn mulia dipagi hari raya ..... -pagi raya di rumah bonda

ok lah u ols .... Sehingga bertemu di lain siaran .... muahssss! susah beno nk upload pics ... give up lah!

Wednesday, 18 October 2006

Selamat Hari Raya

Pejam celik pejam celik ... dah menghampiri Syawal dah kan? Seriously speaking, Ramadhan this year pun, aku tak jugak dapat memperbaiki diri macam mana yang aku cita-citakan .. entah apa lah aku ni ... dari setahun ke setahun, masih macam ni juga lagi, masih ditakuk lama juga lagi ... bila agaknya nak ke takuk baru ...

Tapi, tu la dia .. dalam pada kalbu merintih2 macam ni, tetap jugak aku ikut nafsu-nafsu diri sendiri ... tetap juga aku tergedik-gedik nak menyambut hari raya...sudahnya, banyak jugaklah shopping centre yang aku dah jejaki sepanjang Ramadan ni ... Bila aku tengok balik, tepuk dahi aku dibuatnya ... Percaya tak, dalam bulan Ramadan, lebih banyak aku merayau dibandingkan bulan lain... Sebut aje mall mana, semua aku masuk ... sebut lah Giant? Carrefour? Subang PArade? Mydin? Sogo? Great Eastern? Ampang PArk? KLCC? Jusco? Car boot sale? Kompleks PKNS? The Store? Kamdar? .... itu tak termasuk kedai2 deret2 tu .. tak termasuk Jln MAsjid India... hmmmm ...

Ramadan ni, baru sekali aku buka kat rumah sendiri ...SEKALI aje ... hishhh dasyatnyer! ... dengan kawan-kawan pulak empat kali, rumah mak SEKALI ... selebihnya, rumah MIL aje ...

So, sempena Syawal ni, aku nak mengambil kesempatan ini, mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang sudi singgah dan membaca tulisan-tulisan aku ... Sama-samalah kita berdoa semoga amalan puasa kita diterima oleh Allah S.W.T ....dan semoga kita dipanjangkan umur untuk melihat Ramadan yang akan datang ... :-)

Aku mula bercuti pada Sabtu ini. Hari raya kedua barulah balik ke Johor rumah mak aku ... So, sesiapa yang duduk di Johor, jemputlah ke rumah aku kat Parit Raja, Batu Pahat, Johor tu ... and aku balik semula ke Klang pada 29th ... So, jemputlah datang ke rumah aku di Klang ...

Yang pasti, aku tak sabar nak datang rumah Arc!!!!!! hehehehehhe!!!

Monday, 16 October 2006

mereka

umpama barisan batas tanah,
dipancar mentari siang
disuluh rembulan malam

dia

laksana batas dilitup daun basah nan berat

tidak diterangi sinaran suria
tanpa dibasahi titisan hujan
jauh terlindung intaian bulan

dan sudahnya daun basah kan kering jua
untuk hembusan angin meniupnya pergi

episod bermula

mengenal basah embun pagi
membalas senyum manis mentari
indah!

menggigil sejuk di malam hari
melawan ngeri kegelapan malam
takut!

kini batas tanpa daun basah itu ...

umpama dia tanpa siapa-siapa
indah namun menyeramkan ...

Wednesday, 11 October 2006

Pantas masa berlalu ...

Dah hampir berakhir rupanya Ramadhan ni kan? tak sedar, tiba2 dah nak beraya .. kat tag pun dah kecoh planning raya gathering pulak ... hahahaha ..periuk masak tuk potluck bukak posa pun lom cuci lagi kot (hahaha .. i ols x masak .. ampunnnn)


Shopping raya adalah sikit2 aku dah buat ... duit raya lom tukar lagi ni ... baju raya aku sehelai aje, lydia pulak 2 helai kurung ... hubby aku pon sehelai aje jugak ... cumka belom carik kasut aje ... kuih raya plak, siang2 aku dah order ... tapi, ada gak buat sendiri sebab husband aku entah apa angin dia, belikan pulak oven ... adakah dia menyindir aku? huhuhu .. so ada la few biskut aku try buat ... bila aku suh lydia makan, dia takmo ... sedap sangat kot hahahaha ... kosserrr! tapi best ada oven ni .. anytime leh try resepi kek kuih muih dan ayam2 panggang ...


tapi, paling best tu ... aku dah dapat kad raya tau ... huhuhuh ... kad raya berpos ... last year dapat 2 keping, this year dapat sekeping ... hehehe ... Terima kasih yang tak terhingga kepada AZ, yang aku kenal through tag jugak .. walaupun dia skodeng aje, tapi belakang tabir aku chat jugak ngan dia ... Last year pun, salah satu kad raya aku dapat dari SHJ (this year takde ke huhuhu), pun sama, aku kenal through tag Joe ... huhuhu ..


Lain-lain, tak ada apa nak diupdate ... tetiba aku ala2 terbusy plak kat office lately ... pelik tapi benar muahahaha!

Monday, 9 October 2006

Kisah itu tidak berakhir di situ 9

Sambungan daripada Kisah 8
-----------------------------

Perempuan itu tersenyum sendirian, seakan mengejek dirinya sendiri. Matanya menjeling kepada borang UPU yang baru dimasukkan ke dalam tong pos. Puas hatinya setelah beberapa hari menyiapkan borang itu. Lama masanya diambil hanya untuk memilih jurusan. Maklum sahajalah, dengan keputusannya, dia tidak betul-betul mempunyai kebebasan untuk memilih jurusan yang paling diminatinya. Dia hanya memilih jurusan yang menepati keputusannya, dan sekaligus diminatinya. Itulah yang sukar.

Hatinya berdoa agar dirinya diterima masuk oleh mana-mana pusat pengajian tinggi yang telah dipohon. Dalam pada itu, dia mengharapkan ada insan yang sudi memaafkan dirinya kerana tetap tidak berganjak dengan keputusannya merahsiakan tempat yang dipohon. Bukan sekali dua lelaki itu bertanya, tetapi tetap juga dia dengan pendiriannya untuk tidak mahu memberitahu. Dia tahu, akan berlarutan nanti jika diberitahu semua pilihannya. Sebolehnya, dia mahu mengelak daripada lelaki itu mengetahui keputusan peperiksaannya.

Dia tahu lelaki itu kecewa. Namun, dia tidak boleh berbuat apa-apa.

"Kau memang tak nak aku pilih U yang sama dengan kau ke?"

"Tak lah, kalau kau tahu pun, tak de nya kau nak pilih sama macam aku. Iye lah, orang result cun mcm kau, tak mungkin la nak ambik course yang aku ambik."

"Ni yg aku geram ni. Kau tahu result aku, aku tak tau pun result kau, pastu senang aje kau kata result aku cun.. entah2, result kau dua kali ganda cun tu."

Perempuan itu tergelak. Jarang sekali dia dapat mendengar lelaki itu bersuara panjang lebar seperti itu. Dia tahu lelaki itu tidak puas hati.

Lelaki itu menyambung kembali setelah perempuan itu diam membisu.

"kalau pun kau taknak aku sama course, sama U pun jadi lah"

"Apa bezanya sama U ke tak?" Perempuan itu membalas dengan pertanyaan.

"Banyak la bezanya"

"Apa?"

"Kalau sama U kan tak susah nak borak" Lelaki itu menjawab dengan nada perlahan, seperti enggan untuk menyuarakan kebenaran.

"kalau lain U pun boleh gak borak, sekarang pun ok je boleh borak"

"Siapa kata sekarang senang borak? Kau sana aku sini, kan mahal, aku kena tunggu waktu malam baru boleh dengar suara kau, lepas tu kena budget timing pulak, kau ingat aku suka ke call anak dara orang setiap malam macam ni?"

Kali ini, perempuan itu tidak tergelak. Kata-kata panjang lelaki itu sedikit sebanyak menghiris hatinya. Dia terasa seperti lelaki itu tidak ikhlas menghubunginya.

"So kau kata membazir call aku? Siapa yang suruh?" Kekerasan hatinya membuatkan perempuan itu mengajukan pertanyaan itu.

Di hujung talian sana, dia mendengar lelaki itu menghela nafas, panjang.

"aku taktau la, tak tau sama ada kau memang tak faham atau buat-buat tak faham" Lelaki itu bersuara

"faham apa?" Perempuan itu masih berdegil.

"Kau nak aku fikir pasal bazir? sini aku cerita, memang aku mebazir masa setiap malam aku call kau, memang aku mebazir duit, setiap bulan aku habiskan duit gaji aku kerja sementara kat kilang perabot tu untuk aku dengar suara kau. Kau tanya siapa suruh? Tak ada siapa yang suruh, Aku yang nak call kau, aku yg nak membazir."

Perempuan itu tergamam. Dia tidak menyangka lelaki itu akan menjadi serius seperti itu. Nada lelaki itu seperti berkecil hati. Perempuan itu serba salah. Dia tiada kata-kata untuk membalas kata-kata lelaki itu. Namun untuk meminta maaf juga dia tidak sanggup.

Perempuan itu diam.

Lelaki itu juga diam.

Perlahan-lahan, perempuan itu meletakkan gagang telefon.



Sambung sini daaaa .....

Wednesday, 4 October 2006

Kisah itu tidak berakhir di situ 8

Sambungan daripada Kisah ini


"wei, ada call tuk ko ni, turun le" Adik lelakinya yang berusia 14 tahun memanggilnya dari bawah. Perempuan itu tidak tahu sama ada hendak turun mendapatkan telefon itu atau tidak. Dia bimbang, jika dia turun, pasti ibu dan adiknya akan dapat mengesan kesan lebam dimatanya. Untuk tidak turun, dia tidak mempunyai sebarang alasan.


"Malas lah nak jawab, ko cakap aje aku dah tidur lah" Suaranya ditinggikan sedikit supaya adiknya mendengar di bawah. Dia tahu dari siapa panggilan itu. Namun dia tidak kisah. Biar sesiapa pun memanggilnya, dia tidak mempunyai perasaan untuk menjawab. Dia mendengar suara adiknya menyampaikan pesanannya kepada si pemanggil.


Perempuan itu masih sedih dengan keputusan peperiksaannya. Dia merasakan ini adalah kekecewaan paling besar di dalam kehidupannya. Ketika pulang dari mengambil keputusan dari sekolah semalam, untuk menatap wajah ibunya pun dia tidak sanggup. Setelah tangisnya reda, barulah dia memberitahu ibunya tentang keputusannya, dan selepas itu, masanya lebih banyak dihabiskan di dalam bilik.



Sudah 2 hari dia tidak menjawab panggilan lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa dia mesti mengelak untuk bercakap dengan lelaki itu. Mungkin kerana dia merasa rendah diri dengan keputusan yang diperolehinya. Dia yakin, lelaki itu semestinya cemerlang. Mengingatkan itu, dia jadi benci dan marah. Apa call2 aku? nk show off result dia ke? hatinya berbisik sendiri.



Tetapi hati seorang perempuan tetaplah hati perempuan. Bagi perempuan itu, sehebat mana pun kesedihannya, setinggi mana pun kekesalannya, dia sedar, dia tidak akan dapat memutar kembali masa dan yang terjadi tetap terjadi. Perasaannya terpujuk jua setelah beberapa hari menyimpan kesedihan. Perlahan-lahan hatinya menerima keadaan yang terjadi dan memenjatkan kesyukuran di atas apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya, dia masih boleh memohon untuk memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi pilihannya, walaupun untuk memilih jurusan mungkin agak terbatas.



Mengenangkan itu, bibirnya sudah boleh mengukir senyuman. Itulah perempuan itu, yang tidak pernah mahu membenarkan kesedihan dan kemurungan singgah berlama-lama di dalam dirinya. Kali ini, dia tidak mahu lagi menunjukkan muram wajahnya, tidak mahu lagi dia memencilkan dirinya. Dan bila telefon berbunyi, dia sudah bersedia untuk menyambutnya.


Perempuan itu yakin, lelaki itu pasnya akan menanya keputusannya.


"Ok, mula2 aku tak nak tau kenapa kau tak nak jawab call aku dan aku taknak tau jugak apa result kau, aku cuma nak tau, kenapa kau tak ada kat sekolah petang tu?" Perempuan itu terkedu. Dia hampir terlupa akan perkara itu. Dia terkedu kerana lelaki itu bukan mahu bertanyakan tentang keputusannya.


"Err... ala, kan aku dah bagi tau awal-awal... aku bukan janji .. kau yang tak ingat" Perempuan itu mula merasa bersalah.


"Mana boleh macam tu ... lepas tu puas aku call, kau tidur lah, solat lah, mandi lah ...macam-macam ... "


"hehehe..sorry" Perempuan itu tidak mahu memanjangkan tajuk perbincangan mereka dan berharap lelaki itu memahami.


"Eh, Kau nak apply mana nanti? " Dengan tiba-tiba soalan itu kedengaran di hujung talian. Bijak betul mamat ni, tak tanya result direct, terus lompat ke situ. Dia bersuara pada dirinya sendiri.


"Kau apply mana?" Perempuan itu bertanya sebelum menjawab pertanyaan lelaki itu


"Aku ingat nak buat A-Level, then option lain nak amik programme ke jepun tu lah"


"Oh... okay..." PErempuan itu harus menyembunyikan rasa pilunya kerana dia tahu, dia tidak layak untuk memohon sama seperti lelaki itu.


"kau belum jawab soalan aku, kau nak apply mana?" Lelaki itu amsih belum berputus asa


"Buat apa nak tau? yang penting aku tak akan apply apa yg kau nk apply tu"


"Kenapa?"


"tak layak"


"kenapa?"


"kau tanya kenapa lagi, aku letak phone."


"Ok, so mana kau apply"


"lom tau lagi, tunggulah amik borang UPU dulu .."


"kalau dah tau, kau cakap kat aku tau"


"Buat apa"


"Aku nak apply sama" Lelaki itu bersuara, dengan penuh kepastian.


Perempuan itu tidak mahu mengendahkan kata-kata lelaki itu. Sebenarnya, dia tidak mahu lelaki itu bercakap panjang tentang pilihan nya ke pusat pengajian tinggi. Kerana, dia sendiri belum pasti ke mana arah tujunya ...


Bersambung sini lahhhhh!!!!

Tuesday, 3 October 2006

Kisah Hari Ahad

Hari Ahad, aku cuba mengajak suami berjalan-jalan mencari baju raya Lydia. Sementara ada duit gaji, elok juga lah kalau nak berbelanja untuk persiapan raya anak ... baju raya aku, dah hantar jahit, suami pun sama ...


Alhamdulillah, senang pulak nak ajak suami hari tu ... besar senyum aku bila dia setuju. Jadi, kami ke Subang Parade sebab dah lama tak ke sana rasanya. Banyak juga jualan-jualan menarik .. aku berkenan kat langsir-langsir kat situ ... tapi tak ada bajet pulak ... so berjalan dari satu kedai ke satu kedai .... menjamu mata ...


Then ke MPH ... bawak Lydia ke section kanak2 tu ... aku tengok semua buku dia tunjuk ... ala2 rambang mata .. then aku ambik satu buku kartun2 kasik kat dia .. suh dia duduk tengok gambar-gambar ... sementara aku baca magazine and suami cari buku ...

"mak, ini ibu tan(Kan) ?" Dia tunjuk kat gambo dalam buku tu ...

"Ini Witch ni" Aku betulkan. Dia kata ibu sebab witch kan mcm pakai tudung ... hehehe ...

"Utan (bukan)... ini utan wishhh ..." Dia dah mula nak jerit ... aku seram dah kalau dia meragam dalam tu ..

"ok, ok ... ini bukan witch, ini ibu" aku kata gitu, konon nak pujuk dia ...

"utaan lah.. utan ibu lahhhh" Pulak dah ....

"Habis ini apa?" Aku tanya dia ..

"Ini tatun (kartun) laa ... "


Boleh gitu?

Monday, 2 October 2006

Giler Meriah!!!!!

U OLS MEMANG BEST!!!!!!!

Boleh kata, ini gathering terhebat dalam tahun ni setelah berkali2 gathering untuk umat2 tag Joe Perantau tu.


Awal2 puasa dah plan nak buat gath sempena berbuka puasa .. AJK planning semestinyalah Angah, Arc, Limah dengan aku ... ALhamdulillah sangat2 bila Arc dengan rasa ikhlasnya mengoffer gath dibuat kat rumah dia dengan Budak .. dah memang seseuai sangat la kan ... So, berlangsunglah satu event yang penuh gamat gegak gempita kat rumah Arc dan Budak yang berlangsung pada hari Sabtu, 30 sep 2006 bersamaan dengan 7 Ramadan 1427 bertempat di Bangi Perdana.


Aku datang lewat. Serious, aku rasa tak best sangat sebab aku datang lewat. Entah kenapa hari tu semua plan aku kucar kacir gitu. Pagi Sabtu tu hubby ajak gi Cheras ... aku bajet kul 2 sampai umah balik so sempat la nak masak mi bandung mcm yg aku janjikan kat dorang ... tapi, last2 ada plak penghalangnyer .. so aku sampai rumah dah pukul 4 .. Serindit dah tunggu pun kat area rumah sebab dia plan nak follow kitorang ... husband aku kata, msk aje la yang express .. tapi, aku mana boleh, dah lah Serindit dah ada, harus la aku panik ... tidak la aku berani amik risiko memasak dalam keadaan panik ..kang mi bandung rasa mi mendung plak ...So, last2 aku decide takmo masaklah .. husband aku dah rasa bersalah ..tapi aku kata kat dia, takper ...


Kul 5 kuar rumah, ambik Ima ... Ima dah tunggu dengan Pecal nya .. terus aku rasa segan giler ... anak dara pun masak okeyyyyy ... pastu Ima naik kereta Serindit so konvoi aje lah kami ... on the way tuh singgah kat Pasar Ramadan Meru, beli Murtabak favorite aku tu ... pastu beli ayam percik sekali (tak pernah rasa ayam percik ni - so, sorry la kalau rasanya kureng) ....


Aku rasa kereta tuh lambatnyer laaa berjalan ... tak sabar2 aku nk sampai ke rumah Budak&Arc ... sikit2 aku pandang jam, sikit2 aku pandang kereta Serindit kat belakang ..iskkk budak nih slowww ler plak bwk kereta (berkenalan bagai ke huhuhu...)


So, sampai rumah Arc aje, Budak dah tunggu depan pagar, Alangz the PAPArazzi dah ready ngan gadjet dia, amik gambo ..hello ...haruslah mek sentaps okay sebab dah le lewat, ada plak bahan bukti huhuhu .. tapi mek control aje noks .. masuk aje rumah, TU DIAAAA ..... RAMAI!!! hahahah ... memula Bilal nan ayu berbaju kurung dengan anak2 dara dia menyambut aku ... kat dalam rumah plak .... Kong n family, Zure (1st time jumpa, jauh dtg dari Kuantan..aku tau ko tak nysal dtg kan? selain ko dpt shopping kasut kat SOGO, ko dapat jumpa aku tauuu... mahal tu beb hahaha!), Royce, Delinn, Sempoii n family, Yummy n Angah dah ready dengan serangan2 pedas dorang ... Arc plak busy kat dapur yang sekali sekala aku nampak Alangz pun turn padang tolong kat dapur ... tolong angkat lauk kot .. PAstu dan dan tuh plak Serindit pun nk tolong angkat cawan plak ... ambik ko! anak2 dara dok depan, anak2 bujang dok dapur ... layannn ...


Lom sempat aku letak punggung, dah berbuka dah ... fuhhhh .... makanan tu dia ..tak ingat2 ..kalah buffet kat hotel u ols .. segala macam lauk pauk ada ... Penuh meja ... layannnn ..


kalau ikut plan asal, patutnyer kaum2 adam tuh gi terawih nk kasik peluang kaum2 hawa berborak sakan ... tengok2, kaum adam cuma berjemaah masa maghrib, pastuh borak tak ingat jugak .. Husband2 yg disangka pendiam, rupanya rancak gak berborak ..(jeling kat bilal) ... dorang borak luar rumah, kitorang borak dalam rumah .. tak ke meriah suasana ..


Royce kena balik awal, sedih aku bila dia nk balik .. belum puas borak2 .. tapi tu le, kalau nk puas, harus la sahur umah arc aje hehehe ... apa2 pun, best jumpa ko royce!


Royce balik, datang pula tetamu yang tak disangka2 nih .. memang terharu giler and seronok sangat semua orang .. makcik blogger .. Aunty Yan .. fuhhhh ... cayalah AY! (rasanya panggil KAk Yan aje pun ok..muda lagik tuuu ..muka pulak ayu ala2 datin rafeah Buang)


Joe called from US ... thanks Joe, kerana tag ko lah mengeratkan silaturrahim .. daripada tak kenal, jadik kamceng! Bila ko balik sini nanti, harus kena tempah dewan kot! time tuh aku takno janji bawak mi bandung lah! hahaha!


Zaidee pun called from Canada ... 1st time dgr suara Dee yang bangun tidur .. thanks sbb aku tau ko pun teruja psl gath ni sampaikan silap hari huhuhu!!!


Yesss!!!! Coco dtg lebih lewat dari i ols okayyyy!! (alamak, dia datang ngan kek batik favorite husband i ols... buat sendiri plak tuuu ...oh tidaaakkk!!!) ...


And YEsssss!!!! Jejaka bernama X-Men nih paaaaling lewat okayyyy ...dia ni pun 1st time aku jumpa ... cayalah dia, dtg jugak walaupun dah kenyang buka ngan kawan2 dia ...


Discuss apa eh sampai meriah camtu sekali? yang penting gelak mmg tak ingat2 ... (selain makan tak ingat2) ... rasanya aku nih byk gelak dari cakap ..tapi Zure kata aku cakap tak berenti? tak ke over tu? dah tentu2 la Angah dengan Sempoii dengan Delinn lebih tak berenti dari aku tauu .. muahahaha!! Tapi, rasanya discussion more to usik mengusik aje ... dan masa Sempoii dok kasik sourvenir dari haatyai tu, fuhhh meriah! lawak la sempoii ... yang pasti, i ols dapat 2 okayyyy hahahaha!


Yang aku seronok giler, Lydia sporting aje malam tu tak meragam .. kadang2 aje merengek2 kalau kena cubit2 dengan diorang ..tapi kalau alangz sikit pun dia tak kisah ... pastu seronok jek dia follow anak2 arc n Sempoii main apa ntah ... semua meriah! dari bapak, ke emak, ke anak2 .. sakan gelak saja!


Kalau ada antara korang (yg membaca) ni rasa apa la Fara nih dok gathering tak habis2 .. huhhh yezzaaaa. ... bila korang dtg gath, baru la tau betapa nikmatnyer gathering ni u ols!!!! ramai antara dorang aku dah jumpa, and few of them tu baru aje jumpa sekali ... Attendance kali nih memang menggalakkan sangat-sangat. Rumah Arc ngan budak plak, sememangnyer sangat best! Sempoii siap dah nak bentang toto dah hehehe ... Delinn dok ajak balik tapi tak angkat punggung punnnn ... elehhhh ..ajak2 ayam kan??? last2 bila Lydia dah ala2 nk buat perangai sbb ngantuk, barulah sesi bersurai ..huhuhu ... (actually aku tgk, Ima pun mcm dah ngantuk je walaupun dia kata tak ngantuk hahahaha peace Ima!)


aduh, tak reti lah aku nak cerita ... kucar kacir jadiknyer ... sila baca review lain dalam blog Delinn, blog Angah, Blog Sempoii, Blog Zure, dan Blog Ima .... aku rasa blog yang lain2 lom update .. bila dorang dah update, aku update sini .. gambo2 pun kat blog dorang aje ... aku x bwk kamera .. (ada orang tu bawak kamera tak der bateri, apa barang... hahaha)


Banyak2 terima kasih kat Arc dan Budak atas kesudian korang menyediakan rumah utk kami membuat sesuka hati .... jangan serik2 okay? hahahaha ....