Thursday 20 April 2006

selasa:
"Itu barang ada ke ahso?"
"bulum sampai maa, besok lu mali pukul 2"

Rabu:
"Dah sampai ke?"
"Aiyaa.. on the way .. setengah jam lagi woo ..lu tunggu sekijap aaa"
"apa ni semalam kata pukul 2, ni dah malam pun belum ada ke?"
"Aiya..Sorry aaaa..jalan jammed woo"
"aku carik tempt lain la"
"Jgn itu macam ma...lu tunggu kejap lagi sampai lorrr"

Khamis:
"ahso..."
"haiyaaa..semalam lu keluar saja barang sampai ma..wa panggil2 u, u jalan terus"
"Kasik la .. bini hari-hari tanya"
"Okay ini ma, enjoy maa"


Apa2 je ahso tu. nasib baik memang kitorang takder time nak gi kedai lain lepas kerja. Terpaksa ke situ jugak.


Sebenarnya husband aku la yang canang kat aku, album baru Mawi dah keluar .. dia tanya, tak nak beli ke? sure awak suka nih, kan awak suka berzanji? aku tanya, oo ye ke? Mawi wat album berzanji? bestnya! ... tu yang terus beli tu. Album Mawi: Rangkaian Doa, Berzanji dan Qasidah berlagu.


Bila dengar jek bacaan berzanji Mawi, rasa terbawak2 ke zaman aku kecik2 dulu .. zaman belajar berzanji ngan mak. Aku tak de la belajar formal gitu. Dulu kat kampung kalau anak pompuan nak kawen, malam before nikah tuh ada majlis khatam dan berzanji... So sebulan before malam tu, dorang biasanya mintak tolong mak mengajar bakal2 pengantin tu berqasidah berzanji segala .. lepas maghrib je adalah yang datang praktis kat rumah aku. Itu yang aku pun secara tak langsung terbelajar sekali. Masa aku nak kawen pun aku tak praktis macam dorang dulu, sebabnya seminggu before majlis baru aku cuti kat kampung .. so dalam dua tiga hari jek mak semak aku punya bacaan.


Dalam album Mawi ni pun ada Marhaban jugak. Sekali lagi aku terimbau ke zaman2 anak dara dulu. Tapi, zaman anak dara aku tak banyak duduk kat kampung, masa kat kampung tu zaman aku anak dara sunti la kot. sebelum duduk asrama bila form one.


Bila dengar Mawi bermarhaban, for sure la teringat hari raya .. seronoknya bermarhaban dari rumah ke rumah .. ada group anak dara dan ada group bujang. group anak dara biasanya start raya ke 3, group bujang plak raya pertama petang tu dah start dah .. terasa sangat kemeriahan beraya, kerukunan berkampung.


Sebab tu aku nak beli album Mawi tu. Lagipun dia orang Johor, bila orang Johor dengar orang Johor baca berzanji or melagukan marhaban, lain betul feeling aku heheh .. Semangat asabiyah (kenegerian) kuat beb!

5 comments:

  1. Aku

    Pandai dengar ajer ....... hehehehehe

    ReplyDelete
  2. kalau dah johor tu, memang johor gak le.. semangat negeri tu tak tinggal! :-)

    ReplyDelete
  3. Fara

    ko dah beli ke kaset Mawi tu? Best dak?

    ReplyDelete
  4. gua baru nak snd...kalau dah johor tu johor jugak....tapi sure ker best ni fara....gua nak kasik anak2 gua lyn kaset yg berunsur agama....asyik layan dewa jer...

    ReplyDelete
  5. aku tak penah berzanji.. taktau pun camna bunyinya.. ish ish teruknya aku. terasa mcm nak beli la pulak sbb cara ko ckp ni mcm bunyi dia authentic dan mawi tak ubah2 buat2 bunyi baru.

    ReplyDelete

Popular Posts