Friday 14 April 2006

Bukan Pintanya

***

Apa lah,

konon cuba cekal.
konon hendak sabar.
konon boleh kawal.

dusta!

jangankan nanti,
jangankan besok,
sekarang pun dah
macam tadi-tadi
macam semalam-semalam..
gusar menahan rindu!.

apa ni!
ini garis. garis yang jangan dilangkah
atau dipangkah

jangan diruntun
rontaan lara kepingin
mahu menjejak sebelah sana. sebelah sana garis.

boleh tutup pintu?
biar tak nampak siapa-siapa
biar tak dengar apa-apa.
biar jadi sifar.

sini sudah elok
sudah tenang
sudah hampir terlalu hampir

mendekat firdausi.

susahnya! susahnya!!

***

3 comments:

  1. boleh pinjam ke? :-)

    ReplyDelete
  2. oitt....makcik...ko ni suka buat aku terperasan tapi last cal aku baca blk tak der kena-mengena dgn aku pun. hahahaha....good job beb

    ReplyDelete
  3. best giler....bakat memang terpendam

    ReplyDelete

Popular Posts