Monday 27 February 2006

Harga Sebuah Pengorbanan Atas Nama Kemajuan

Malam minggu baru ni, hujan lebat dan lama. Teruk banjir kilat especially area Shah Alam. Tapi, area rumah aku kat Klang especially kawasan2 kampung pun teruk juga banjirnya. Time aku keluar shopping tgh hari tu, aku tengok ramai budak2 mandi manda dalam banjir .. sebab air paras pinggang aku.

Lately memang dasyatlah banjir ni. Area Shah Alam tu, hujan sikit je dah naik air, motor dah tak boleh lalu kat jalan motor. Akulah tu yang jadi mangsa, terpaksa naik ikut highway kereta. Aku selalu kata kat husband, ini semua for sure disebabkan banyak sangat building2 baru.. korek2 tanah, kawasan penduduk baru .. semua tuh mesti menyebabkan ketidakseimbangan alam. Especially kalau melalui jalan Shah Alam-Puncak Alam tuh... Memang nampak kerakusan manusia .. habis togel semua hutan2 ... Takutnya zaman akan datang, zaman anak-anak cucu aku nanti, entah macam mana lah ... then, husband aku kata, itulah harga sebuah pembangunan. Entahlah ... Takut bila fikir masa depan...selalu buatkan aku tak boleh tidur. Ada few things yang buat aku tak boleh tidur sampai ke pagi .. satu, dadah .. dua, bencana alam yang tak terduga dan tiga, masa depan dengan sumber alam yg limited. Ini mmg real tak boleh tidur yang bersekali dengan jantung yang berdegup2...

So malam tadi aku takut hujan lebar berulang lagi ... kan ke aku takut hujan lebat? lagipun kat berita semalam kata, fenomena nih dijangka berlarutan dua tiga hari. Tu yang aku tak boleh tidur bila fikirkan pasal tu. So malam tadi aku pack sikit baju2 sehelai dua dgn brg2 penting, masuk in one bag .. hehehe .. apa2 je la aku ni kan? lebih2 sgt takutnya. Memang pun lah .. aku nie part2 bencana alam ni mmg fobia habis.

So, today aku malas nak buat entry, aku pun ambik entry aku tak lama dulu, pasal sebab aku jadi fobia dengan hujan.

***
Entry ni was written on July 20 2005 ...
***

Hari ni dimulakan dengan hujan. Bangun pagi sejuk aje, rupanya kat luar hujan. Lebat pulak tu (kat rumah aku lah)...aku ada history sikit dengan hujan lebat. Setiap kali hujan datang membasahi bumi, mula la jantung aku dup dap dup dap...even worse bila hujan datang sekali ngan angin. Setiap kali hujan lebat turun, ingatan aku secara automatik, terus masuk dalam time machine, dan zassssssss...balik semula time aku darjah 3, 19 tahun dulu ...

Petang Jumaat, 1986
Jumaat tu tak sekolah sebab time tu kat Johor, cuti hujung minggu ialah Jumaat dan Sabtu. So petang tu, mak tak ada kat rumah sebab pergi ke Balai raya - dewan untuk orang ramai kat kampung, untuk menghadiri Kelas Dewasa - kelas agama untuk para-para ibu, seminggu sekali, diajar percuma oleh ustaz2 jemputan.

Aku dan adik yg berumur 6 tahun tinggal kat rumah dengan kakak yang time tu form 1. Petang tu mendung, langit gelap. Kakak aku dah tutup daun2 tingkap rumah sebab dah jangka hujan lebat akan turun. Aku ngan adik yang mula2 main kat luar rumah pun dah masuk lepas kakak sound.

Tapi tiba-tiba adik aku merengek plak, nak gula-gula. Mula-mula tu ok lagi la pujuk dia, rupa-rupanya time tu la dia tak makan pujuk. Dia nak jugak gula2 dan ajak aku pegi beli kat kedai. Dia kata kalau takmo, dia pegi sorang je pun tak pe...alahaiii kesian pulak dengan nak hujan lagi... so aku ckp la kat kakak aku nk gi kedai kejap, sempat kot sampai rumah before hujan. Kakak aku no hal jer sbb kedai dekat je pun ... aku ingat masa aku pegi kedai, aku tgk jam dalam pukul 4.30pm.

Kat kedai, masa pilih2 gula2, tiba2 hujan turun...lebat sangat...tak nampak langsung pemandangan luar, even basikal yg aku park tak sampai 500 meter dari kedai tu pun aku tak nampak, Aku cuma nampak kat luar putih aje.. lebat dan kuatnya air hujan turun, sampaikan tempias masuk ke dalam kedai..

Bukan setakat hujan lebat... hujan lebat bersama-sama dengan angin yang sangat kuat. Habis semua lantai di dalam kedai kena tempias hujan ... abang yang jaga kedai tu pun aku nampak macam panik, berlari ke sana sini nk tutup beras, gula, tepung dan barag2 yang terdedah (masa tu benda2 nih sumer org beli guna timbang, so stok semua dalam kantong)... Tapi dek kerana angin yang terlalu kuat, dia mengambil keputusan untuk menutup terus pintu kedai...

Tapi, masa dia nak tarik pintu tu lah...

tiba tiba angin yang sangat kuat menampar pintu tersebut, menolak pintu tu ke arah kami...aku terus jerit sekuat hati, aku grab adik aku .. kami peluk abang kedai tu kuat2 sbb takut .. kebetulan dalam kedai tu ada sorang kawan aku yg rumah dia sebelah kedai (sama dinding - pintu sambung) - So kami berempat berlari kesana ke mari berpelukan .. then abang kedai tu suruh kami lari ke rumah kawan aku tu ..aku ikut ajer,

Masa berlari tu, adik aku terjatuh gula2 dia, dia nak ambik, aku marah dia ..aku tarik tangan dia... lepas jer aku tarik tangan dia, terus dinding tempat kami berdiri tu pulak tumbang ke arah tempat kami berdiri tadi .... kalau tak kerana ada rak2 berat yang menghalang dari dinding tu bertemu lantai, sure kami dah tertindih bawah dinding - time tu memang cemas sangat... aku dah menjerit Allahu Akbar! sekuat mungkin - aku dah rasa macam kiamat kot yang berlaku time tu... Semua dalam kedai dah basah, dengan kami2 pun basah sebab bumbung pun dah terbang di bawa angin. Aku tak jadik ikut kawan ke rumah dia sbb kaki dah kaku, tak tau nak buat apa.. aku peluk ajer adik aku kuat sambil menangis ... tak dapat aku bayangkan betapa paniknya abang kedai time tu, seorang dalam keadaan mcm tu, nak handle 2 org budak kecik yang tgh melolong ketakutan...


Angin kuat tu datang sekelip mata je. Selepas lebih kurang 2 minit, baru lah keadaan agak reda..hujan masih lebat, tapi padangan luar dah beransur kelihatan... aku nampak basikal aku dah tumbang jauh dari tempat aku park tadi. Aku menangis dan menjerit kat abang kedai kata nak balik, abang kedai tu melarang keras sebab dia khuatir angin tu datang lagi. Tapi aku tak kira, aku kena balik sebab aku kesian kakak aku sorang2 kat rumah. Abang kedai tu tarik tangan aku kuat2 tak bagi aku balik...

Dalam pada tangan aku ditarik tu, tiba2 aku ternampak kelibat mak aku lalu kedai tu dengan basikal dia.. laju je mak masa tu, mesti mak pun teringatkan anak2 kat rumah ... aku panggil nak sekuat hati sebab takut mak tak dengar suara aku sebab hujan lebat. Adik pun ikut sama panggil nama mak. Mak menoleh jugak setelah berkali2 kali menjerit. Mak terus berhentikan basikal, kami tanpa kisahkan abang kedai tu, terus lari selaju mungkin mendapatkan mak. Muka mak macam terperanjat sebab kami ada kat situ time tu...tapi tanpa banyak soal, mak tarik kami naik atas basikal, kami bertiga naik satu basikal. Mak kayuh basikal tu laju ke arah rumah kami.

Bila tengok rumah, Alhamdulillah...Tak ada apa yang terbang. Mak cepat2 dapatkan kakak..tanya mcm mana keadaan dia time angin kuat.. dia selamba je kata, dia tak der apa2 cuma angin kuat tu tolak tikar getah kat bahagian atas rumah walaupun tingkap dah tutup...

Mak kata masa dia kat balai raya, dia nampak pusaran air keluar dari arah sungai, sekaligus bawak angin yg sangat kuat... tu yang mak terus balik, walaupun orang lain larang. Mak sanggup hadapi bahaya, asalkan dapat tengok anak2 dia selamat.

Setengah jam lepas tu baru lah hujan reda. Tapi aku ngan adik tetap mengekori mak ke mana saja dia pergi. Kami takut sangat sebenarnya. Mak suruh kami baca selawat banyak2... aku ikut je mak cakap apa. Lepas tu, mak bawak kitorang pergi tgk rumah nyai kat sebelah, pokok durian nyai tumbang, nasib baik tak mengena rumah dia. Kami ke rumah jiran depan, sebahagian dapurnya rosak ditimpa pokok rambutan yang tumbang. Banyak lagi rumah lain yang rosak akibat angin tersebut.

Mak kata itu la Puting Beliung. Mak kata rumah kami selamat mungkin angin tu tak turun kat rumah kami sebab dia jalan turun naik...aku ada tanya mak, tak berat ke bawak kami naik basikal , laju pulak tu...mak jawab, Masa tu macam ringan sangat, mungkin sebab tak fikir apa2 selain kakak dan rumah.

Dah lama perkara tu berlalu..tapi setiap kali hujan lebat, aku jadi fobia...lama jugak aku jadik pengikut setia mak kalau hujan. Hujan jer, sure semua peluk mak..Selawat ke atas nabi tak pernah aku lupa ...bila baca selawat, terasa senang sikit nak bernafas...

Bila ingat balik macam mana aku bergantung dengan mak bila takut, aku sedih pulak..mak bergantung pada sapa pulak bila dia takut? Lebih-lebih lagi selepas arwah bapak meninggalkan kami...kepada siapa mak adukan ketakutan mak? takkan la mak berani sepanjang masa? dulu aku ingat, seorang mak memang berani, tapi bila aku sendiri dah bergelar mak, aku tetap ada perasaan takut.

Dan yang pasti, semestinya mak cover rasa takut demi anak-anak...

Boleh ke aku?

Monday 20 February 2006

Bagaikan Puteri

***

Jumaat lepas, aku berkesempatan membeli sebuah novel, setelah agak lama tidak menambah koleksi buku aku. (Koleksi aku kebanyakkannya adalah novel..entah bilalah agaknya aku hendak bertukar membaca dan mengumpul buku-buku ilmiah pula)

Novel terakhir yang aku beli adalah 'Adam & Hawa'. Aku belum habis baca. Aku tak rasa aku nak habiskan membaca novel tu. Ceritanya yang tak best ke? Padahal, itu adalah hasil tulisan sorang penulis yang hasil karyanya sebelum ini belum pernah mengecewakan aku. Atau mungkin agaknya aku sendiri yang sudah mulai bosan dengan penceritaan yang lebih kurang sama di dalam novel-novel melayu.

Bosan-bosan pun, sekali lagi aku membeli novel melayu. Hasil tulisan novelis lelaki. Ada kelainan lah sikit kononnya. Selalu perempuan aje. Antara novelis lelaki yang aku pernah baca, adalah Ahadiat Akashah dengan DR. HM Tuah Iskandar al-Haj. Ini kali pertama membaca karya Ramlee Awang Murshid.

Sebagaimana aku tidak berani dan tidak suka menonton filem-filem thriller suspens dan seram, begitu juga aku sebenarnya tidak begitu menggemari novel-novel berunsurkan thriller seram. Tetapi, tatkala melihat sinopsis Bagaikan Puteri, aku jadi tertarik. Walaupun Ramlee Awang Murshid sememanhnya terkenal dengan karya-karya thriller beliau, namun Bagaikan puteri bukanlah sepenuhnya thriller. Untuk mengatakan ianya sebuah novel cinta, juga bukan. Di situlah aku mula tertarik. Sebuah ceritera epik antara dua zaman.

Macam biasa dengarkan? Ceritera epik? Dalam kepala aku Wajah M Nasir sebagai Hang Tuah sudah mula terbayang dek kerana filem PGL yang aku tonton di vcd berharga rm9.90 kerana membeli KFC. Bukan apa, bukan ke filem itu diwar-warkan sebagai sebuah filem epik terhebat?
Taklah, ini bukan cerita Puteri Gunung Ledang. Cuma sebenarnya aku rasa, penulis sebenarnya seperti mendapat ilham berdasarkan filem tersebut. Kerana di dalam buku ini beberapa kali juga filem itu disebut. Dan ada satu ketika bila watak utama novel ini, Haryani, ketika hilang ingatan, juga telah memilih untuk menggunakan nama Gusti Putri Retno Dumilah dari kerajaan kadipaten Majapahit.

Ini hikayat Saifuddin atau Sunan, seorang laksamana malayu Johor yang merantau ke acheh dek kerana fitnah. Di Acheh, dia berguru dengan seorang wali dan menjadi seorang laksamana yang hebat.Saifuddin hidup pada akhir kurun ke 15, yang juga zaman di mana Hang Tuah hidup di Melaka.

Dan ini juga kisah Haryani, seorang wanita lincah kurun ke 21, yang koma akibat diragut dan di dalam komanya telah melangkau zaman dan kembali ke penghujung kurun ke 15 dan bertemu dengan sunan.


Ini juga kisah Dani dari abad ke 21, yang menyintai Haryani ketika kali pertama terpandang wajak gadis itu ketika di dalam keadaan koma. Dan satu kebetulan yang terlalu kebetulan, Dani adalah keturunan Laksamana Sunan.

Dan kisah seorang wanita yang harus memilih antara dua insan, antara dua zaman.

Kisah cinta sebenarnya sekadar selitan sahaja. Penulis lebih banyak bercerita tentang kehebatan Laksamana Sunan yang mempunyai keupayaan layak seorang ulama', yang mampu berbual-bual menggunakan kuasa deria ke enam, atau menggunakan firasat sufi, untuk berhubung dengan gurunya, juga seorang wali di Acheh. Dengan kehebatan itu, Sunan melawan musuh-musuh Islam yang kebanyakannya adalah penyembah syaitan. Di sinilah munculnya balan-balan (penanggal), kuntilanak (pontianak), dan orang minyak, antara hantu-hantu yang popular di kalangan orang melayu. Dulu dan kini.

Dan macam sudah menjadi kelaziman pula, macam filem, kalau sebut time travel saja, semestinya mereka memilih untuk ke zaman kurun ke 15 itu. Macam filem XXRay tu. Maka sudah wajiblah Sultan Mansur Shah ada. Begitu juga Hang Tuah, begitu juga Puteri Gunung Ledang. Cuma di tangan Ramlee Awang Murshid, watak-watak ini hanyalah watak sampingan, malahan di dalam ini, Hang Tuah sebenarnya sudah menderhaka dengan raja. :-) akhirnya!

Aku terfikir, kenapa tidak balik ke zaman P Ramlee sahaja kan? :-)

Aku jadi lebih teruja pada ceritera ini kerana tempat-tempat yang menjadi latar belakang ketika kurun ke 15 adalah di Johor. Ketika nama Kampung Punggor pertama kali aku baca, aku pula yang seperti terasa dekat dengan Laksamana Sunan. Kampung Punggor adalah kampung emak aku dilahir dan dibesarkan. Sama dengan tempat kelahiran Laksamana Sunan! hehehe!! Disebut juga parit raja di Batu Pahat, Johor yang semakin membangun. Nampak seperti penulis sememangnya sudah biasa ke Parit Raja, kerana memang betul pun apa yang diperkatakan. Aku tahulah, kerana saban bulan aku akan balik ke situ. :-)

Walaupun aku suka gaya tulisan, jalan ceritanya, tetapi aku rasa macam antiklimax lah novel ni. Walaupun dah baca habis, aku rasa macam kurang aje. Dan endingnya seperti tergantung.

Membaca novel ini seperti menonton filem-filem pertarungan Indonesia, lakonan barry Prima .. :-) ... Dan aku laju betul baca novel ni. Macam laju shot-shot camera ketika menonton adegan pertarungan.

Husband pun habis membaca, dan berkata, lepas ni dia nak aku beli lagi novel Ramlee Awang Murshid. Aku okay saja, walaupun terpaksa membaca sambil menyelit-nyelit di antara suami dan anak yang sedang tidur, sebab aku takut! :-)

Thursday 16 February 2006

And Time Can Do So Much

**

Kejap masa berlalu.

Masa aku dok bz2 kat dapor malam semalam, tak perasan Lydia rupanya dok khusyuk belek2 album yang kitorang pegi Kuantan. Aku cuci walaupon gambo digital, sebab MIL nak tengok in form of hardcopy. Bila ke depan, aku tengok bapaknya kat dalam bilik. Habis dah gambar2 dalam album mini tuh keluar2. Sabar je lah anak dara aku sorang tuh. Tapi, takkan nak marah, aku jugak yang salah, letak merata-rata.

Then aku rajin plak nak menyusun gamba2 yang dah cuci, tapi tak susun dalam appropriate album. Malas lah sekarang nih nak susun-susun album kasik cantik. Dulu, masa anak dara, bukan main rajin lagi aku. Siap aku letak label untuk every events tuh. Ada yang aku tulis pakai tangan, ada yang aku print from computer. Tapi itu dulu, kiren, dulu ... kiran!! (masuk iklan ERA)

Sejak-sejak bercamera digital nih, malas betul nak maintain album. Dulu, mula-mula ada digicam, langsung tak pernah cuci, sebab mahal, sekeping 4R 60 sen. Now dah murah, 35sen aje sekeping. Takder processing fee pulak dah. Dulu rm5 fee for each process. Tu yang sekarang aku rajin jugak cuci gambo2 digital aku. Tapi, bila dah banyak sangat, malas nak susun kat album. Semua still dalam album kecik-kecik dapat time cuci tuh. Yang tu jugak lah yang Lydia suka belek. Lagipun aku suka tunjuk Lydia, sebab seronok tengok dia belek, lepas tu mulut dia tak diam ... talkative nampak gayanya anak aku tu. Rajin dia ngikut every word yang kita cakap. Kadang-kadang, setiap kali habis ayat, dia ulang part yang last tu. Nak gelak aku dengan husband.

Bila nak susun, mulalah belek2 semua album. Sebab tu aku kata cepatnya masa berlalu tu. Belum pun sempat gamba2 masa akikah Lydia time dia umur dua minggu tu aku masukkan kat album, dah banyak gamba2 dia dah berumur 18 bulan (this month) menyusul nak di susun jugak. Bila aku tunjuk kat Lydia gamba masa dia baby, dia laju je tunjuk dan cakap,

"uhhh!!.... andik!...mak..andik" (andik tuh adik)


(Ini Lydia 2+ bulan. Bila dia tengok, dia panggil baby..erk, aku terenterframe plak)

(Ini lah lydia 4 bulan. Dia tak kenal. Dia panggil andik...)


bila aku tunuk gambar dia dah besar sikit, barulah dia cakap .. "Yaa..." sambil tepok2 dada dia. Dia tahulah tu gamba dia, tu yang dia sebut "yaaa" tuh for Lydia.

(Nih barulah dia kenal dia)

Last-last tak jadik aku nak susun gamba2 tuh masuk album. Pening lah. Kena tunggu dia tidur baru boleh susun. Cumanya, seingat aku, dia tidur means aku pun tidur ...

Sekejap aje dia dah 18 bulan. Gigi maintain lagi 4 batang. ada lagi 4 baru nak tumbuh nampaknya, so jadiklah 6 batang.

Cakapnya boleh tahannn .. pendek kata, kalau dalam kereta, tak payah dah nak pasang radio dah ... Kalau mak dengan bapak diam, dia pun layan cakap sorang-sorang. Nampak pokok dia cakap, nampak lampu dia cakap, nampak apa-apa, ada saja dia nak cakap. Of course lah cakap bahasa dia, tapi my point is, dia nih becok lah. Kuat plak tu speaker dia. Kalau mak dengan bapak berbual, dia diam .. tapi, bila habis je setiap ayat kitorang, dia pun sambung. Kalau kita gelak, dia punn gelak sama. Sakan pulak tu gelak dia. Sampai terangguk2 kepala dia.

Bila dengar lagu, ini sedia maklum lah kan ... almost every budak2 macam ni aku rasa. Head banging kalah XPDC kahkah! Tangan pulak berhayun-hayun ... aku rasa, dia perhati aku la tuh. Kan ke aku suka bergaya poyo kalau nyanyi kat dia?

Hari tu, aku tak pasang radio dalam kereta, dia macam merengek2 ngantuk, aku pasang radio tak jalan jugak, aku nyanyi lagu tiga kupang lah, dia diam .. habis lagu dia nangis lagi ..aduh! then aku pasang cd, dia nangis gak .. so aku tanya,

"Lydia ni nak apa ni? mak pasang lagu mawi nak tak? Jom kita dengar lagu mawi jomm???"

and to my suprise...dia angguk beb! bukan angguk saja..dia jawab, "Tommmm" (Jom maknanya)Ya Rabbi, anakku!! so aku pasanglah cd mawi ( original tau .. haha) Lagu Jiwa Lagu Cinta, and bila part jerit oo OO oo OOOO ...tuh.. dia dah sambung dulu b4 mawi nyanyi!!! Astagaa anakku!! mcm dah biasa dengar je tu? aku rasa sure babysitter pon ada kaset mawi nih. Sabar je lah. Tapi nasib baik aku pon layan sama kahkah..ala2 berduet pulak aku dengan lydia. Geleng kepala aje bapaknye tengok kan ... emak dengan anak sama aje.

Solat pun dah tak boleh satu sejadah dah. Nak kena bentang dua sejadah, satu untuk dia. Nanti dia meniarap lah atas sejadah dia. Mulut dia tak habis-habis dok sebut 'Owo u abai' (Allahu Akbar).

Kalau atuk bawak naik motor petang-petang, dia punyalah teruja .. pusing-pusing kampung, dia tak nak duduk pun dalam bakul depan motor tuh, berdiri dengan bangganya..suara dia pulak, volume maksimum kot. kuatnyaa.. ... last last almost everyday dia dah tahu kalau atuk pakai songkok aje, dia cepat cepat cakap "Tommm'' ... sampaikan atuk dah tak boleh pakai kopiah, tak boleh pakai baju, sebab dia tahu, kalau pakai2 tu, maknanya atuk nak keluar, and dia tak mahu tinggal!

Cepatnya masa berlalu ...

hari tu, masa tengah layan dia main kat luar rumah, ada jiran bawak baby, Lydia dok cium-cium baby tuh .. then bila aku ajak masuk dia nangis, aku tanya

"Lydia nak apa?"

Dia jawab, "Nak andik!!"

Opss...

Tuesday 14 February 2006

I Love My Body!

Minggu ni aku bosan. Sebab tu aku nak update blog tiap2 hari. Bukan ada apa nak diceritakan pun, macam selalu lah, saja nak kasik exercise jari jemari aku menaip nih.

Cakap pasal jari ni, selalu jugak aku belek-belek jari jemari aku ni. Aku gosok-gosok tapak tangan aku, aku rasa aku ni dah semakin dimakan usialah. Dulu, aku rasa jari-jari aku ni bermaya je, tapi tadi lately ni macam kurang bermaya, dan ada waktu-waktunya, tak bermaya langsung. Aku sayang jari aku ni, aku rasa of all my body parts, jari aku lah aset aku yg paling best! harharharrrr ... boleh?

Aku pernah tanya kat husband aku, jari aku ni dah tak macam jari aku dulu la kan. Dia kata sama aje, jari aku masih jari aku, masih cantik (woohooo...), masih segar bugar lagi, belum kecut. Keh keh keh ... cuma, kering sikit.. pakai lah losyen yang awak beli banyak-banyak untuk Lydia tu. Laaa .. kata segar bugar? tapi kering sikit? Mana satu tu Yang? tapi, betul lah, kering je jari aku ni sekarang, kalau digosok-gosok rasa kasar semacam. Nak kata rajin didapur, jauh sekali lah. Weekend ajer aku masak. Itupun bukan setiap weekend.

Tak mahulah aku jari aku nampak kerepot gitu. Pada aku, jari ni penting. Sebab aku suka perhati jari orang. kadang-kadang aku tengok orang bukan main cantik, bukan main vogue da vast, tapi jarinya adeh, walaupun bersih, tapi nampak tak menarik je aku rasa. Aku ni, kalau bual-bual dengan orang, sambil-sambil tu mesti aku tengok jari dorang. Sampaikan ada satu time, kalau aku suka sangat kat jari orang tu, aku suka tiru apa yang jari tu tengok buat. Ada sesetengah orang tu aku suka time dia belek kertas, ada orang aku suka jari dorang time dorang tekan button telefon, ada aku suka tengok jari orang tuh tengah tekan keyboard, ... sampai specifik macam tu.

Laaaa..tercerita pasal jari...tak pe la abaikan. balik karang aku sapulah losyen yang aku beli masa Johnson n Johnson punya sales kat kilang dia depan kilang hubby aku kat PJ 2 tahun lepas tu. Lama dah..ada banyak lagi botol. Bedak dengan syampoo semua dah habis dah, losyen je tinggal. Tak pernah berpakai. Benda paling malas aku nak buat. Nantilah aku cuba habiskan. Bilalah agaknya J&J nak buat lagi jualan murah kat kilang tuh. Nak borong kasik duit habis.

Dan cakap pasal kilang, aku tak faham lah, mentaliti orang ramai pasal bekerja di kilang. Okay, sesiapa yang bekerja di kilang, eligible lah untuk dapat gelaran pekerja kilang kan? tak mengira faktor usia, pangkat dan apa-apa saja lah. Asalkan majikan mereka adalah sebuah kilang, automatik pekerja kilang lah diorang tu kan?

Mentaliti orang (tak tahu semua orang or just orang-orang tertentu), kalau pekerja kilang tuh, dalam kepala tu mesti tergambar operator pengeluaran tu. Husband aku kerja kilang.

Situasi macam ni selalu berlaku,

orang tanya, "Fara, suami kerja mana?"

aku jawab "kerja kilang ...."

dia respon "ohhh..." dan macam muka bersalah sebab tanya, sebelum sambung balik , "Tak apa la kan, kerja kilang pun kerja jugak..."

hellooooo????? apa tu maksudnya tuuu???

Aku tahu apa maksudnya, tu yang aku gelak je tuh.

Iye, itu aku tak tipu. Kadang-kadang aku kesian pulak dengan diorang yang fikir mat/minah kilang nih satu pekerjaan yang bawahan gitu. Diorang tak tau, mat/minah kilang nih lebih kaya dari jurutera/manager kat kilang tu. OT diorang aje sebenarnya dalam sebulan boleh buat bayar installment Wajalah, Hondalah (kereta okay, bukan Honda EX5) ... aku tahu lah, sebab staff husband aku semuanya pakai kereta dasyat dari kitorang ... sapa nk jawab tu?

:-)

Aku ni cerita tak der kesimpulan. Cerita saja-saja nak cerita.

dah lah untuk hari ini. dah penat menaip ni. Kesian jari aku pulak.

Monday 13 February 2006

Isn't It Beautiful?

Aku tahulah Chinese New Year dah berlalu ... aku tau lah sekarang nih musim kasih sayang pulak..almaklum ler february, dalam tak sambut tak sambut pun, surely tempias Valentine's Day masih mengena gak kan..tapi, aku tak kiralah, dah basi tapi baru sekarang aku sentuh pasal chinese New Year, korang bersabo jek la..dah idea aku datang masa nih, nk buat macam mana kan? Just bear with me lah okay?

Selama 28 tahun aku hidup sebelum ni, belum pernah sekali pun aku meraikan Chinese New Year ni dengan orang-orang cina. Selalu raya cina aku beraya dengan family aku aje.

Tahun ni lain sikit. First time, malam raya cina, aku ada kat rumah sendiri. Aku, husband, Lydia.. sedih jugaklah, malam raya tak bersama keluarga ..... Jiran-jiran majoritinya Cina. So, malam tu, berdentam dentum bunyi mercun. Bukan calang-calang mercun, bapak mercun semuanya. So meriahlah, terus hilang sedih di hati. Lydia tidur awal, so dia tak berapa tengok bunga api yang berbagai2 tu. Aku sikit pun tak tunjuk aku marah walaupun bunyi mercun kuat, non stop macam tu. Sebab, Lydia nyenyak je. Cool je dia, so aku pun cool je lah. Seronoklah sambut raya cina dengan orang cina. Cuma tak ada tarian naga aje. Ah Tan jiran depan rumah aku tu kata, kalau nak tengok tarian naga, awal pagi baru ada .. ooo gitu ke? sorry aa Tan, kami besok pagi-pagi sudah mahu balik rumah mak lah.


Tahun ni lain sikit. Eh, raya cina pertama sama jek la.., still dengan family lah ... kitorang mandi-manda kat air terjun Sungai Chongkak, Ulu Langat. Ramai betul orang kat sana. Kitorang pun ramai.. mula-mula aku ingatkan family aku dengan adik beradik belah hubby jek, rupanya2 bila dah jalan, aik? ada 4 kereta lagik, adik beradik MIL ngan anak2 dorang pon ada .. so alltogether ada 6 cars .. baru lah real rombongan cik kiah..Kitorang ke sampai sana dalam pukul 11 pagi, tengok kereta dah menjalar macam derasnya aliran air sungai, menuruni bukit tu. Bukit apa la kat situ, aku lupa pulak namanya. bukit ke gunung? Biasanya gunung la kan yang ada air terjun ni kan? Kitorang jalan sampai paling atas ... taknak lah bawah2 sangat, air terjun sure dah tak sejuk .. panas dek haba badan-badan manusia lain kat atas. Berendam sejam dua, then balik lah .. Nasib baik tak tunggu petang, sebab cousin aku kata, time diorang nak balik tu, nak kelaur dari parking aje makan masa 1 jam .. ya Allah .. sengsaranya.. sure badan yang sejuk lepas berendam rasa panas balik semula ..

Tahun ni, first time aku berjalan, beraya sebenarnya, ke rumah jiran-jiran cina aku. Itulah kelainannya. Aku rasa macam bangga gila. Mula-mula aku ke rumah Ah Tan. Selama aku berpindah sejak 2 tahun lepas, cuma husband aku aje yang rajin berborak-borak mesyuarat pagar dengan Ah Tan nih. Aku pulak nampak wife dia sekali sekala aje. Tegur pulak, tak pernah. So malam tu, barulah berkenal-kenalan. Dia suruh panggil dia Gan aje. Umur 28, anak tiga, yang sulong 8 tahun

"Wah, bagus lah you, umur you muda dari i, tapi anak dah besar-besar"So, dia pun bercerita dan berceritalah ... sambil bercerita, sambil aku makan satay, sambil dia bercerita, sambil aku makan KFC, sambil dia bercerita sambil aku makan limau mandarin, sambil dia bercerita sambil aku makan kacang, gula-gula, minum air tin, air botol ...

Banyak dia bercerita, banyak jugak aku makan

"You sekolah melayu ke, you cakap melayu okay" Aku cakap macam tu sebab, kat situ boleh dikatakan kawasan cina kampung yang majoritinya bersekolah di sekolah tiong hwa, yang cakap melayu asal bunyi aje

"Iye, saya sekolah melayu, aliran sastera melayu"

heh heh! no wonder lah.

Seronok betul aku rasa. Terasa muhibbah sangat. Dan lebih muhibbah bila tengok Lydia tanpa rasa kekok, bermain-main 'London Bridge is Falling Down' dengan anak-anak dia. Apalah yang budak budak sekecil dia tahu pasal perbezaan bangsa kan?

Dalam keseronokan tu, tak perasan hari dah malam, kitorang pun nak balik lah. So, Masa Lydia salam dengan anak bongsu pompuan Tan yang berumur 3 tahun, aku rasa kelakar

Lydia nak cium tangan cik kak tu, cik kak tu plak just shaked her hand .. and lepaskan tangan lydia before lydia sempat cium tangan dia ... dua-dua terpinga-pinga. Yang kami pulak dok pakat gelak ...

walaupun berbeza cara, mesejnya saling menghormati ..

Then few days later, kami dijemput ke majlis Chinese New Year cum Wedding kat rumah sorang cina ni, taukeh bahan-bahan renovation rumah. Dia nih kira best fren FIL aku lah, i respect them, dari muda ke tua, bertepuk bertampar macam adik beradik, despite perbezaan bangsa dan taraf hidup. Masa sampai majlis tu, semua kereta mewah aje yang park depan tuh, kereta kami jek yang tak berapa nak mewah. Bagaikan enggang dengan pipit rasanya. Tapi semangat muhibbah tetap terjalin. taukeh ni memang disukai ramai kerana keramahan nya... mana tak ramah kan? dah beriban duit orang habis kat situ kan? setakat jamuan satay nasi beriyani nasi lemak lontong dan pelbagai juadah enak tu, kacang-kacang je la kan? but still, jalinan muhibbah tu yang aku tabik spring. Tapi, sebab ramai sangat jemputannnya, tak la aku sempat beramah mesra dengan yang empunya rumah, dan jugak pengantin, cuma sempat ucap tahniah dengan gong xi gong xi aje.

Dan sempat makan aje. Banyak pulak tu

the best gong xi fa cai in my life

Friday 10 February 2006

Kisah tidak berakhir di situ V

Sambungan Dari sini

Kepantasan waktu berlari seperti tidak disedari oleh semua pelajar, tidak terkecuali pelajar perempuan itu. Terasa baru semalam dia menjejakkan kakinya di sekolah ini sebagai seorang pelajar baru. Hari ini, kaki yang sama akan meninggalkan jejak keluar dari sekolah itu, buat selamanya.

Hari ini pelajar perempuan itu akan meninggalkan sekolah ini, setelah selesai bergelumang dengan kertas peperiksaan. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya. Namun kegembiraan dan kesedihan sebenarnya berbaur-baur dibenaknya. Walaupun dalam kegembiraan kerana lega memikirkan beban yang sudah lepas dari bahu, dia tidak dapat menafikan kesedihan kerana kini tibalah saat-saat perpisahan dengan rakan-rakan yang sudah menjadi teman di dalam kehidupan seharian di sekolah mahupun di asrama.

Di kemaskan baju-baju di almari pakaiannya. Sambil tangannya memasukkan baju-baju dari lipatan almari ke dalam beg besar untuk dibawa pulang, sambil telinganya mendengarkan lagu 'Don't Cry' menggunakan kaset walkman yang dipinjam dari rakan sebiliknya. Sudah beberapa kali kaset itu diulang main semula. Sesekali bibirnya turut mengikuti bait-bait lirik lagu kumpulan rock dari Amerika, Guns n Roses itu.

Selesai mengemas beg pakaian, pelajar perempuan itu keluar dari dorm dan menuju ke koridor asrama di hadapan bilik belajar asramanya. Dari tingkat empat itu, dia dapat melihat pemandangan surau sekolah yang tersergam indah di atas bukit. Dari situ juga dia dapat melihat beberapa orang pelajar sedang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam yang disediakan di luar pagar asrama puteri. Dia juga melihat beberapa buah kerete kepunyaan ibu bapa sudah sedia menanti anak-anak mereka untuk dibawa pulang. Semuanya ini dirakamkan oleh mata pelajar perempuan itu. Dia suka memerhatikan keadaan sekeliling dari situ. Dia tidak kisah berlama-lama di situ kerana dia tahu, situasi seperti itu tidak mungkin akan dinikmatinya lagi pada masa hadapan.

Tetapi pemerhatiannya terhenti apabila sorot matanya terpandang seseorang. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Tiba-tiba dia merasa tidak keruan. Dia menarikkan kepalanya masuk sedikit supaya kelibatnya tidak disedari oleh orang di bawah yang sedang dilihatnya. Hatinya berdoa supaya insan itu tidak sesekali mendongak ke atas. Kerana insan itu adalah pelajar lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa jantungnya bereaksi sedemikan, berdegup dengan kepantasan yang luar biasa. Dia tidak meminta untuk merasa gundah sedemikan rupa, namun, itulah perasaannya.

Ala, bukannya dia datang menegur aku? bukannya dia nampak aku? bukannya dia tahu aku tengah intai dia ni? so kenapa pulak aku nervous lebih2 pulak ni? aduhh!! kata hati pelajar perempuan itu.

Pelajar lelaki itu sedang berjalan menuju ke pondok telefon yang sedang diperhatikannya tadi. Dan yang selebihnya, pelajar perempuan itu tidak berani untuk terus berada di koridor itu. Sepantas mungkin dia beredar dari situ sebelum dirinya dilihat oleh pelajar lelaki itu.

Petang itu juga, keluarga pelajar perempuan itu datang menjemputnya balik ke kampung. Setelah bersalam-salaman dengan kwan-kawan yang ada dan mengucapkan selamat tinggal, pelajar perempuan itu keluar dari perkarangan asrama dan menuju ke hadapan dewan makan kerana disitulah kereta keluarganya menunggu. Sekejap saja beg-beg dan barang-barangnya sudah siap berada di dalam kereta dan dia tahu masanya untuk meninggalkan sekolah sudah tiba. Dipandangnya sekali lalu persekitaran sekolah itu. Terukir senyuman dibibirnya, dan hatinya turut tersenyum. Meskipun cuma dua tahun dia di sekolah itu, sudah cukup untuk membuatkan dirinya terikat dengan keadaan di situ.

"Dah lah jom masuk kereta." Pelajar perempuan itu menurut ajakan kakaknya yang sedari tadi membiarkan dirinya melayan perasaan.

Namun takdir penentu segala...

Ketika kaki pelajar perempuan itu hendak bergerak menuju ke kereta, satu teguran datang menerpa.

"Balik?" Terkedu pelajar perempuan itu mendengar suara itu. Pelajar lelaki itu!

"Kau ni, terkejut aku lah, apa tiba-tiba kat sini ni..ha ah aku nak balik ni. kau bila balik? parents kau ambik ke?" Pelajar perempuan itu menjawab dengan pertanyaan bertubi-tubi, sebenarnya untuk mengurangkan degupan jantungnya dengan kehadiran pelajar lelaki itu.

"Aku balik naik bas, bukan ada barang banyak macam budak pompuan" Pelajar perempuan itu tergelak dengan jawapan pelajar lelaki itu. Hilang sedikit perasaan gemuruhnya tadi. Dia tidak nafikan, barang-barang yyang dibawa balik oleh pelajar-pelajar perempuan sememangnya banyak jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.

"Ye lah, korang suka hilangkan barang2 kot, tu yang balik tangan kosong je. Tak pun korang ni jenis yang tak malu pinjam barang orang aje..hahaha.." Lancar pula mulut pelajar perempuan itu membalas. Kini giliran pelajar lelaki itu yang tergelak.

"Eh, oklah, aku balik lah dulu, tu kakak aku dah tunggu, Good luck la with ur result nanti" Dia tidak tahu mengapa mulutnya terasa berat untuk mengeluarkan kata-kata selamat tinggal, tetapi digagahinya juga dek mengenangkan kakaknya yang sudah menunggu.

"Err..aaa..kau.." Suara pelajar lelaki itu seakan ada sesuatu yang ingin disampaikan

"Kau cakap something ke?" Tanya pelajar perempuan itu.

"Err..tak de lah, tak de apa..oklah, kau pun sama goog luck jugak. Jumpa lagi lain kali" Balas pelajar lelaki itu.

"Insya Allah..kalau kau masih ingat aku la kan" Pelajar perempuan itu cuba berseloroh.

"Aku sure ingat kau..." Balas pelajar lelaki itu pendek, penuh makna.

"Hahaha ye lah tu...oklah, bye" Pelajar perempuan itu lantas meninggalkan pelajar lelaki itu menuju ke kereta.

Di dalam kereta, dia sempat melihat palajar lelaki itu memberikan senyuman untuknya. Dan dia membalas. Mungkin itu lambaian untuk mereka berdua. Ketika kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah, tergambar kembali segala peristiwa yang dialami sepanjang dia berada di sekolah itu. Seperti sedang menonton kembali kisah-kisah yang bersulam dengan segala peristiwa yang berlaku. Kisah sepanjang dia seoarang pelajar perempuan di situ. Kisah yang sudah pasti tidak dapat terulang kerana selepas ini, dia bukan lagi seorang pelajar sekolah.

Entah mengapa, dihati kecilnya, dia tidak mahu kisah-kisah itu berakhir di situ ........

sambung siri 6 di sini

Tuesday 7 February 2006

...di bulan February

Kejap je rasanya, dah February dah ... baru je sangat aku tulis pasal aku cuti ke bulan december hari tuh.. tetiba ni dah nak bercerita pulak lagi pasal aku pergi bercuti ke Kuantan.

Pagi tadi aku berkobar2 nak datang kerja, maklum lah, dah lama sangat bercuti. Sejak before Chinese New Year sampailah semalam. 10 hari cuti. Tak puas, tapi bila duit dah menyusut, terpaksa lah puaskan diri.

Tapi, berkobar2 sangat, sampaikan pagi tadi menjadi satu pagi yang penuh cabaran buat aku.

Disebabkan semalam aku baru balik dari Kuantan, so malam tadi memang letih gilosh! Lepas tengok Everybody Loves Raymond, aku ingatkan nak tunggu Monk habis baru tidur .. tapi, Monk tuh aku habiskan dalam mimpi ajer ... sedar2 dah tgh malam, Lydia merengek mintak susu. Sempat aku set alarm pukul 5 pagi. Tapi, aku tak bangun pon pukul 5. Aku bangun 15 minit lewat. Penat lom hilang.

Ingatkan nak kuar awal2 .. tapi, masa nak naik kereta, Lydia pulak berak. Tak sampai hati plak nak biarkan dia macam tu.. so aku tukar la diapers dia ... baru jalan tuju umah mertua...tapi, tak sampai 500M, hubby dok meraba2 poket dia ... aduhhhh!!!! wallet dia plak!!!! patah balik amik wallet ... sampai umah mertua je dah agak lambat .. Lydia plak menangis takmo ngan nenek, nak ikut aku gak .. maklum lah dah lama tak berenggang .. dok pujuk dia pon makan masa gak .. last2 aku terpaksa tinggal aje dia ..kalau ikut rajuk dia, tak kerja aku jawabnya.

Ingatkan smooth je la lepas tuh nak ke LRT. Tapi, kena plak berenti isi minyak dulu motor tuh ... barulah jalan. Punyalah laju hubby aku bawak, nak kejar time.

Tapi malang tak berbau...

Kat LDP, depan Giant Kelana jaya tuh, motor kitorang tetiba goyang2 ke kiri ke kanan. Aku dah panic dah ... kereta banyak kiri kanan .. hubby kata, tayar pancit habis ... laaaaa mcm mana niiii!!!! terpaksa berhenti. Dah la kat atas fly over .. kalau u ols ada nampak sepasang merpati dua sejoli sedang berjalan di atas flyover sambil memimpin motor kapcai, itu kami la tuh .. berjalan la kitorang menuruni flyover tuh. Nasib baik ada kedai motor bukak seawal 7.40 tuh. Itu pun nak kena jalan jauh .. tapi better than nothing la ..

Lepas dah kena rm10 tukar tube, barulah ke lrt station ... dah yang selebihnya tuh, standard la kan, manusia penuh, lrt lambat . .. bla bla bla ...

terus hilang mood aku today.

Tapi, tadi ni aku baru ke blog arena, laaaaaa..rupanya dia ke kuantan jugak .. hehehe .. mcm kenal jek gambo2 kat teluk chempedak dalam blog dia tuh...mcm ada jek aku amik gambo kat situ gak hahaha ...lain kali lah cerita pasal kuantan .. aku ke sana pon bukan apa, sebab dah lebih 10 tahun sejak aku belajar kat sana dulu ... aku ke sana pon aku ke tempat2 yang aku biasa lepak time study dulu .. ke TC, ke Tmn Gelora, ke Balok, Ke bandar, ke tepi sungai, ke cherating, ke kemaman makan sata, makan nasik lemak Simple kat tepi kuantan plaza......tadak apa sangat pon semuanya kenangan pada aku jek..... gambar pon biasa2 jek ...

Popular Posts