Tuesday 8 November 2005

........

Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

Dah lama tak cerita perkembangan anak kecil aku tu.

Aku mengharapkan Lydia akan sudah pandai berjalan time hari raya hari tu. Tapi nampaknya impian aku belum menjadi kenyataan. Lydia belum confident nak berjalan sendirian. Namun begitu, dia sudah tak mahu didukung.

Jadi sudahnya, kami yang kena pimpin tangan dia. Yang parah tu, dia tak mahu orang lain, kecuali mak atau bapaknya, kami SAHAJA. Ahhh...habis satu rumah dia tarik tangan ... kita duduk, dia nangis .. nak tak nak ikut jugak. Padahal kaki dia dah kuat tu...dia cuma pegang jari kelingking jek jalan. Kalau aku tak bagi tangan, dia tarik kain la seluar la...asalkan ada kat kita.



Tapi kelambatan dia berjalan, tak sedikit pun menghampakan aku dan suami. Kami tahu belum masanya ... Walaupun dia belum mendapat kaki sendiri, dia betul2 menghiburkan kami dengan keletahnya. Alhamdulillah ... sudah keluar perkataan-perkataan yang boleh difahami dari bibir kecil dia tu. Dia sudah boleh mengikut kalau kita ajarkan perkataan2 baru, walaupun sebutan agak kurang jelas...tapi sukukata dan intonasi sememangnya perfect!

misalnya,

bila aku cakap, "po...kok", dia akan menjawab, "o...tok" ....

bila aku cakap, "bu...ai", dia akan jawab, "bu...ah"

"ne..nek" dijawab "nek...nek"

"ba...pak" dijawab "pa..pak"

"nya...iii" dijawab "aa..iii"

dan seterusnya ... respon dia yang menhiburkan kami. tak putus2 kami tunjuk dan sebut perkara2 di hadapannya ... dan Alhamdulillah, Lydia macam hendak cepat belajar, macam suka jek kalau kali ajar dia words...

Satu lagi, atuk dan nenek dia suuuuka ajar dia menyanyi lagu kanak-kanak. Hebat mak n pak mertua aku tuh. Banyak jugak lagu kanak2 yang dorang tahu, aku sendiri pun tak berapa tahu...Lydia kalau kita berenti nyanyi, nanti dia terus tepuk tangan .. dan kalau dia belum puas, dia tak tepuk tangan ... alahaiii...

10 comments:

  1. Anonymous2:14 pm

    comelnya...berapa tahun ek?

    ReplyDelete
  2. setahun dua bulan ...

    ReplyDelete
  3. heheh....btul tu...any new things yg anak2 kita buat pasti buat kita terhibur...percayala

    ReplyDelete
  4. hi fara,

    dapat ur link ni dari blog liza.
    baru lepas menasihatkan dia pasal blogging issues dia. he he..

    anywayy cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeenyaa budak kecik tu....

    have fun blogging. salam perkenalan . hugs and kisses for that kenit

    ReplyDelete
  5. fara, nurin dulu setahun 4 bulan baru pandai jalan, sebelum tu parah jugak la mak bapak dia dok kelek ke hulu ke hilir..

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:46 pm

    "po..kok"..."o..tok"
    cute nyerrr....

    ReplyDelete
  7. Mine

    The first one walked when he was 7mths. When he falled he can't help himself to stand up and walk again. Why? Because he never learned how to crawl. When he was a todler, we always put him in the walker. Anyway he only can speak when he was 2yrs old.

    Second and third have normal child development.....but all of them are adorable

    ReplyDelete
  8. Anonymous3:24 pm

    ellyn: yup! u know better..

    wanie: salam perkenalan..thanks for dropping by

    Noha: oh..sama la kita .. tapi tetap we love them kan?

    Iffah: anak sendiri lagiii la comel..bila tu?

    Budak: Yup. they r Adorable in every way ... and thanks for sharing ur experiences .. appreciate them!

    ReplyDelete
  9. tgazfa : MA mmg malas nak dokong. Main gantung pakai carrybag jer.

    Bila mula berjalan, kalau masih jalan jatuh - tapi tak nak org pegang - MA bawak walker tu kat taman permainan and biar dia ke hulu ke hilir dalam walker.

    Enjoy your kids now !

    ReplyDelete
  10. MA, thanks..i wish i can be a mother like u ..

    ReplyDelete

Popular Posts