Monday 19 September 2005

PAGI INI


Pergiku dengan iring marahmu
pagi hari ku ini
sebenarnya malam hatiku

terima ini, kata maafku

kerana salahku satu
tak mahu mengaku silap itu.

salahku satu kesalku seribu

Oh waktu ulang dirimu ke saat tadi
bila aku diam membisu
di saat aku patut meminta restu

dari suamiku.

kini biar aku berjanji
di hadapan nanti pasti akan ada
jalan yang berliku-liku

biar aku berjanji
mahu bersamamu di setiap liku.

5 comments:

  1. laaa ... ni naper ni. Abang marah yer ... takpe .. nnt pegi la anto e-card ker kat dia, mintak maaf. Takpun anto le sms.... mesti abang senyum aje nanti .. k

    ReplyDelete
  2. hemm...bakat2 demi bakat terpendam telah titipkan dlm blog ini....

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:59 pm

    nape fara, abg marah ke? nanti minta maaf elok2 ek...

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:32 pm

    erk..thanks 4 ur concerns! takper, sedangkan lidah lagi tergigit...sesekali merajuk hati apa salahnya, baru lah ada idea kuarkan idea2 karat :D, lg pun , i did sent this poetry (kalau layak dipanggil sedemikian) to him...

    ReplyDelete
  5. wah... flex, kau sedang berada liku-liku jalan ye... tabah lah hendaknya...

    ReplyDelete

Popular Posts