**Istimewa untuk permata**
Hanya ini buat minit ini.
Sepatutnya ada hadiah besar buatmu kan, sayang?
anak patung besar?
atau melancong mungkin?
atau setidak-tidaknya satu majlis,
Majlis Indah untuk tangan kecilmu memotong kek harijadimu
Tapi kali ini, Maafkan mak ye sayang.
Ini saja hadiah buatmu, nak
karangan kecil yang mak panggil puisi
dari seorang bukan pemuisi
Kerana sayang,
untuk permata mak ini,
Sebolehnya mak mahu jadi pemuisi
yang bisa menggubah bait2 indah bermakna buatmu
kalau boleh mak mahu jadi pemuzik
yang bisa mencipta lagu-lagu enak untuk kau dengar
Untuk kau tahu
Biarpun puisi ataupun lagu
Datangnya ikhlas dari hati ini ...
Kerana kasih seorang mak
Kerana sayang seorang ibu
Kerana cinta seorang bonda
kepada mu, nak
Adalah selamanya
Selamat Ulangtahun sayang
Belajar main gitar untuk Lagu Happy birthday khas untuk Lydia - nota muzik atas ehsan opismate cum cikgu muzik, Tommy
p/s: Puisi untuk Lydia Husna permata cinta kami suami isteri. Untuk gambar2 Lydia di hari jadinya, sila ke http://amfara.fotopages.com
Thursday 1 September 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Balik dari Sekolah hari Ahad tu, kami singgah makan kat area belakang panggung wayang lama, Coronation. Dulu kat situ mmg port bebudak SMSJ ...
-
Hi! Dah masuk kerja semua? Camne episod raya uols? Aku sangat busy menjelang nak raya hari tu, sampaikan tak ada update langsung nak wish uo...
-
Nasib baik le makin banyak dah kedai makan tumbuh mcm cendawan kat area rumah saya. Senang sket tapau dinner or makan situ terus. Ada banya...
sungguh touching bila aku membacanya.. anyway, epi belated bday to lydia. sekejap jer dah sethun..
ReplyDelete