Wednesday, 28 September 2005

kenapa aku sedih bila aku patut gembira?

. . .

Aku agak busy nak berpindah opis nih. Dalam bz2 tu, sempat gak la chat ngan member2 opis...so kan semalam aku post entry yang kata blog aku ada something wrong ngan html format dia...so aku as usual la, kaunter pertanyaan aku ialah mr Jibam , so dalam pada chat2 kat YM tuh, ni adalah antara yang keluar...

. . .

.
.
.
jibam70: hahaha

Fara : ko x sedih ke nk berpisah ngan kitorang (esp. aku) hahahahha

jibam70: hahahahaha aku gumbiraaa hahaha

Fara : err....sebenarnya aku yg patut sedih kan?

Fara : no more goreng pisang, no more domino's, no more pizza hut... fuhh nih nk kena tulis dalam blog nih, tajuk dia. ... 'kenapa aku sedih bila aku patutnya gembira...' fuhh cayalah aku

jibam70: ermm..aku pun sebenar akan rindukan 'ah ko' 'ish kau ni' keh keh keh keh' dan suara sumbangan darisebelah sana nanti hehehe...

Fara : sat aku nk install firefox..hope lepas nih semua jadik okke!

jibam70: key

Fara : dah install

Fara : tgh test try cuba

Fara : weh sama jer la beb

jibam70: alamek

.
.
.
so mr jibam, tu lah kan aku dh kata, ni spesel tuk ko niii...dalam ni aku nk rakamkan jutaan terima kasih , toce, arigato, tengkiu, syukria (kalau nk bahasa jepun ngan france, kena tanya mrsmadie, atas kemurahan hati ko belanja kitorang (aku) la ek? mudah mudahan bisnes online ko lebih maju dan maju dan maju lagik! err.. sesekali, bwk2 la hantar delivery man naik moto tu ke tgkt 31 sana!!

sukses ya!

Tuesday, 27 September 2005

Everybody loves ....

............


Hari Ahad lepas nih aku berkesempatan menonton 'Oprah' Show. Aku mmg suka tengok 'Oprah' (show dia, bukan dia), cuma selalunya tak berkesempatan...tu yang tengok ulangan je tu.

Tapi, bila aku tengok 'Oprah', kadang-kadang fikiran aku ni tak boleh nak lari dari meng'compare' show nih dengan satu lagi show made in malaysia, 'Anita'. Aku tahu lah, 'Anita' has its own concept kot, tapi still, aku percaya yang 'Anita' tu is based on 'Oprah' jugak. Mesti punyer lah.

Aku kadang-kadang (selalu sebenarnya) hairan, kenapa aku boleh attached ngan show 'Oprah' ni, tapi not to 'Anita'? Pada hal, 'Anita' la yang lebih memaparkan kehidupan rakyat negara aku sendiri, lebih-lebih lagi bangsa aku sendiri, Melayu (err..aku ni jawa sebenarnya, tapi aku percaya gak, mana ada melayu sejati sebenarnya? melayu kat malaysia ni sebenarnya adalah bangsa yang terdiri dari bangsa2 lain, jawa (bangsa aku, aku sebut dulu la), banjar, bugis, minang, patani, boyan, mamak, khan2..dan lain2 yang aku pun taktau - banyak gak yang taktau mana asal keturunan dorang, tapi still dorang pun kata dorang melayu - so no issue lah)

Dalam pada aku not attached to 'Anita' tu, ada gak la beberapa episod aku tengok (sebenarnya tertengok). Dan sad to say, dalam kebetulan-kebetulan tu, cerita yang dipaparkan tu, semuanya, kisah keperitan, penderitaan, kesedihan dan segala yang getir dan getir saja ...

Aku naik getir kalau tengok. Macam tengok 'Bersamamu' plak rasanya, yang tu sah-sah la mmg show utk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Berlainan ngan 'Oprah'. Rasanya sama mcm 'Anita' (tadi kata berlainan, ni sama plak), 'Oprah' pun into women show .. tapi, takder la langit selalu gelap dalam tu...ada kala cerah gak...tak selalu cerita2 penderitaan kesengsaraan je yang menjadi hidangan, sebaliknya kisah kejayaan, kisah lawak2 pun ada..yang penting sesuatu yang menjadi kekaguman, kegilaan, ratapan, tangisan dan senyuman wanita2 di dunia diceritakan...

Entah-entah, agenda utama 'Anita' memang nak penonton menitiskan air mata tak?

Eleh, dalam 'Oprah' tu pun, cerita kejayaan seseorang pun bleh wat aku menitiskan air mata apa..sapa kata cuma penderitaan jer yang mampu menitiskan airmata?

Satu lagi, kalau tengok crowd dalam 'Oprah' tu, nampak alive sangat..

Crowd dalam 'Anita' plak...kalau bab nangis mmg dorang participate very well..tapi selebihnya..kaku je..mcm kena paksa je datang ke rakaman tuh.

Ini kata hati aku lah, sebenarnya aku pun taktau sgt konsep 'Anita' tu ... tapi, cukup2 la paparkan kesedihan semata2 ...mintak maaf kalau aku salah..tapi, yang aku nak cakap ni, kalau tengok 'Oprah', sure aku ingat 'Anita', tengok 'Anita', ingat 'Oprah'... kalau aku sorang yang rasa mcm tu, too bad la hehehe..kalau ramai rasa camtu, not bad lah ....

*akuyangberkatasebagaiseorangpenontonyangmenontonapayangakutonton*

Error On Page $%^^&&#(#(#)()(_&!@@#@!

............

Ihhh!! geramnyer..dah berapa hari dah pc aku nih bengong...bila bukak page Create or Edit post asyik la keluo error on page, dah aku tak boleh nak adjust2 font ke, kaler ke...aarrgghhh!! ni bleh mengudang kemarahan nii! weh tertekan makcik niii.. apa yang silap hi eh? salah pc ke, salah blogger ke, salah apa hah?

Thursday, 22 September 2005

Sebab dan Akibat

SEBAB aku malas sangat nak puasa awal2 dulu, AKIBATnya aku kena puasa hari ni..

SEBAB rumah jauh sangat dari opis, AKIBATnya kena dok dalam keta lama2..sakit pinggang cukop!

SEBAB dok lama sangat dalam keta, AKIBATnya mula la otak tu berangan - Segala2 benda aku dok angan, dari Perlis sampailah ke Sabah. Penat jugak berangan ni tau..

SEBAB dok berangan jer dalam keta, AKIBATnya aku salu sangat buat silap kat tol - Selalu sangat aku confused bila dah sampai tol, Alamak...nih tol amik tiket ke, tol kutip duit? banyak kali sebenarnya aku dok bagi duit kat tol yg patutnya aku amik tiket ... semalam lagi parah, ada ke aku pi mintak tiket padahal aku kena bagi tiket sekali ngan duit..hampeh tul..otak kat lutut kot.

SEBAB pernah satu ketika aku free gila takder kerja, AKIBATnya aku dok layar internet and found new hobby, bloghopping - dan tak lama after that, start blogging.

SEBAB aku dah kemaruk plak ngan blogging, AKIBATnya aku dah malas plak wat kerja walaupon ada kerja

SEBAB aku takder apa nak distory, AKIBATnya aku pon tulis la apa sebab2 aku dapat akibat2 nih.

*akuyangtengahpeningdengantulisanakusendiri*

Tuesday, 20 September 2005

Hari ini kau datang riang .. tersenyum buat kusenang ..

Hari ni semuanya berjalan macam biasa-biasa saja. Nak update blog pun rasa mcm tak ada apa yang nak diupdatekan. Oh ya, sajak semalam tu, hubby kata u need to work more on it hahah..tambahkan perisa cewah! (tu dia nak cover rasa bangga kot?). tp he likes it and terpujuk gak dek karangan aku tu. Bagus hubby aku. Sama bagus ngan bini dia. erk?

So sebab semalam dah perah otak bagai nak g*la, today aku jadik malas banget. Rasa malas tu macam sama je macam malasnya kalau kena buat minit mesyuarat. Dah la org pompuan selalu jer kena buat minit mesyuarat? kenapa ek? pelik tapi benar.

Hari ni puasa. Ganti. Itulah, awal2 takmo buat, dah nak tinggal nyawa2 ikan ni baru la terkedek2 nak posa. Dah la tu, lupa plak tu kena ganti baper hari. Dasyat ke tak tu? Rasanya time awal2 Syawal dulu ada gak ganti, sebab husband mmg rajin puasa enam, so ada gak joinned sehari dua - kot. Lupa jugak...Mak aiii teruk tul ingatan aku nih. Banyak sgt mkn bende2 masam ni la jadiknya. Tak organize tul.

Jadinya macam ni la entry aku. Semberono je.

Besok pagi ada presentation. Besok? dulu2, aku pernah gak dengar orang kata kalau 'besok' tu maknanya bukan 'esok'. Tapi sekarang aku belasah je lah. Besok ke Esok ke, janji tomorrow kata orang puteh.

Hari ni aku lapar, tapi happy sangat sangat sangat sangat sangat...dan lagi dan lagi...bila aku happy, rasa mcm nak jerit2 je. jerit2 sambil lompat2 sambil tepuk2 tangan. Lebih kurang mcm tu lah.

Yahoo!!!!!! Yeehaaa!!! yezzerrrr (yazer? - oh no!!) !! yuhuuuu!!! fuiyohhh!!!!!! pehwiiiitt!!!

ha, camtu la gayanya. Gembira tak terkata.

Aku mintak2 la kegembiraan hari ni berterusan ... yeahooooooooooo!!!!

Monday, 19 September 2005

PAGI INI


Pergiku dengan iring marahmu
pagi hari ku ini
sebenarnya malam hatiku

terima ini, kata maafku

kerana salahku satu
tak mahu mengaku silap itu.

salahku satu kesalku seribu

Oh waktu ulang dirimu ke saat tadi
bila aku diam membisu
di saat aku patut meminta restu

dari suamiku.

kini biar aku berjanji
di hadapan nanti pasti akan ada
jalan yang berliku-liku

biar aku berjanji
mahu bersamamu di setiap liku.

Friday, 16 September 2005

Kisah itu tidak berakhir di situ II

Kisah yang belum berakhir - dari kisah ini

Peristiwa di kaki lima yang berlaku di awal tahun sudah tidak pernah bermain di fikiran pelajar perempuan itu.

Kini sudah akhir tahun. Beberapa hari sebelum melangkah ke tingkatan lima.

Keputusan peperiksaan akhir tahun sudah diumumkan. Rombakan kelas untuk ke tingkatan lima sudah disusun.

Di perpustakaan. Ketika sessi pembelajaran sudah selesai, hanya mengisi masa lapang sebelum cuti penggal bermula.

Pelajar perempuan sedang khusyuk membaca buku cerita, kerana itu adalah kegemarannya. Bersama-sama di meja adalah beberapa rakan perempuan dan satu kerusi yang kosong.

Kerana permaidani, tidak kedengaran apabila kerusi kosong ditarik dan diduduki.

"Dah habis exam, baca lagi?" pelajar perempuan menoleh. Tercengang. Tidak pasti kepada siapa pertanyaan itu. Tapi tatkala melihat rakan2 semeja semua tidak menoleh, dia tahu, pertanyaan itu adalah untuknya.

Itu adalah suara pelajar lelaki pendiam dari kelasnya. Pelajar yang sama pernah mengukir senyum padanya ketika awal tahun di kaki lima.

"Saja buang masa..ala, bukan buku ilmiah pun..buku cerita je" Jawapan selamba.

"Ok la tu" Sependek itu pula balasannya.

Pelajar perempuan membalas dengan senyuman sahaja. Kekok kerana lelaki di hadapannya bukan antara pelajar2 lelaki yang sering bergurau senda dan kutuk mengutuk dengannya.

Suasana kembali sepi. Pelajar perempuan kembali melihat buku di hadapan. Tapi dengan ekor matanya, dia dapat melihat pelajar lelaki masih di situ, tidak membuat apa-apa. Rasa bersalah di hati pelajar perempuan kerana membiarkan keadaan sepi begitu. Bukan dia tidak tahu sifat pendiam lelaki itu.

"Tahniah ye, kau terer lah, next year dapat masuk kelas power. Aku jugak yang x power, stay je kelas skarang." Pelajar perempuan memulakan perbualan semula. Dia tahu, pelajar lelaki itu cemerlang. Nampak senyap di dalam kelas tidak bising sepertinya, tetapi bijak. Senyap2 dia kagum dengan lelaki itu.

"Terima kasih" Jawabnya diikuti senyum. Senyuman sama yang pernah dilemparkan suatu ketika dulu.

"Kau ni memang pendiam sangat ke? takut aku lah nak cakap dengan kau tau. Tapi, tiba2 kau tegur aku macam ni.. mimpi apa?" Pelajar perempuan yang sememangnya mempunya sikap selamba bertanya lagi.

"sebab...kan aku nak kena pindah kelas tahun depan. Sebenarnya aku malas nak pindah kelas." Pelajar perempuan kehairanan dengan jawapan yang tak semena-mena itu.

"hah? kenapa plak? Kita kan form 4 baru, bangga gak aku kau dpt masuk kelas power." Pelajar perempuan bertanya lagi.

"Sebab kau tak pindah sama" Perlahan saja suara pelajar lelaki itu. Cukup untuk didengari oleh gadis di hadapannya.

"kau ni pendiam pun pandai buat lawak lah" Pelajar perempuan berkata dalam gelaknya. Tidak pernah terlintas difikirannya pelajar sependiam itu boleh bergurau sepeti itu. Gurauan-guarauan sedemikan sudah sebati dengannya, dan pelajar perempuan itu memang tidak pernah mengambil kisah kerana dia tahu, orang memang suka bergurau dengannya, lantas itu semua merupakan gurauan kosong, lantaran dia sedar keadaan dirinya.

tak ada maknanya.

"Tapi aku kena tukar kelas jugak. Tak ada pilihan. So kalau tak tegur kau hari ni, entah bila dapat bertegur." Pelajar lelaki bersuara tidak mengendahkan tawa perempuan itu.

Pelajar perempuan ketawa lagi.

"Oit! dah jom blah...." Suara seorang pelajar lelaki lain datang mengajak pelajar lelaki itu keluar, dan dia menurut. Kedua pelajar lelaki keluar, meninggalkan pelajar perempuan dengan buku ceritanya.

Pelajar perempuan hanya menggeleng kepala, menyambung buku cerita, tanpa memikirkan apa2.

Kerana dia masih tidak tahu, kisah itu tidak berakhir di situ.


....
Sudah Ada >sambungan laaaa...

Thursday, 15 September 2005

Yahoo!!!

Update! Semalam petang, sambung ngan volleyball match .. nak tentukan tempat ke-3 dan 4, rumah hijau menang! diulangi team aku MENANG! Tahniah utk aku huhuhuuuu!!!

haaa..tu la aksi2 team aku..yang kelihatan poyo semacam tu tentunya aku..ada gaya2 'mearo attack' tak?

Walaupon cuma tmpt ke-3, not bad la tu...yang penting I enjoyed the game!

Wednesday, 14 September 2005

Aduh Sakit!

Tangan masih sakit2 nih. Lebam pun nampak lagi. Ni gara2 jadik pemain gantian untuk volleyball sukan antara pasukan kat company ni. YE! company aku macam sekolah...siap ada sukan tahunan. Siap ada rumah pasukan. Aku ni kat dalam pasukan rumah Hijau, sama aje macam pasukan sukan masa sekolah rendah dulu.

Aku kaki bangku. Bukan kaki je, tangan pun bangku gak. Aku tak pernah minat dengan mana2 sukan. Jadi, aku selalu mengelak kalau nak kena join mana2 team untuk pasukan. Aku perasan satu je, dari aku sekolah rendah sampai la sekarang, mana2 rumah yang aku join, sure mundur jer lepas tu.

Contoh,

Kat sekolah rendah, aku rumah Hijau(Laksamana), time aku mula2 masuk dorang kata rumah Hijau power..tapi, bila aku dalam tu...paling power pun dapat no.2 jer...

Then sekolah menengah rendah, aku rumah Biru(Bakawali) ... sama kes lah.

Sekolah menengah atas, aku rumah kuning (Suria) pulak. Ini lagi la pedih, tahun sebelom aku masuk juara, bila aku joined terus tempat tercorot! uik?

Nasib baik kat 'U' takder pasukan sukan...

Ni sampai time kerja pon sama. Semalam aku terrrr..paksa jadik pemain gantian (tak cukup orang, kalau cukup jangan harap aku nak, jangan harap diorang nak offer). Macam biasalah, bila ada aku, kalah la jawabnya. Sorry yer rumah Hijau huhuhuuuuu...(Aku tahu itu semua suatu kebetulan, aku percaya qada dan qadar dari Allah..thanks mr Jibam atas ingatan ikhlas..)Tapi atas nama pasukan, aku sertai jugak lah...Lagipun, Aku kata, aku seboleh-boleh mengelak daripada volunteer nak menyertai mana-mana acara sukan.


Mengelak, bukan menolak.

Masa sekolah rendah, aku pernah diminta joined netball team, wakil sekolah. Aku tak menolak. Walaupun jadik pemain simpanan je .. tapi sebnarnyer aku zero dalam game ni. I know nothing! not even one rule of the game .. haha! - eh cop, rasanya yang tak boleh angkat kaki sebelah bila dapat bola tu, rule for netball ke apa ek? erkk!

Then aku pernah terpaksa ambil bahagian melontar peluru. Walaupun aku tak minat, tapi aku sahut cabaran itu. Kat rumah, sehari sebelum acara sebnar, aku ambil batu besar dan senyap2 practise baling. Dalam hati aku, nak jugak menang. Tapi aku kalah. Tapi kalah bermaruah lah, sebab tak menolak permintaan cikgu.

Selain itu, sukan2 lain yang aku sertai semua sukan yang wajib dan yang aku benci, tapi aku buat jugak. Lompat jauh, Lompat tinggi, Lari 1500M...ala, tu semua orang kan kena masuk .. utk pungut point dalam sukantara - aku benci sukantara...sebab aku tak pernah dapat point .. sadis! Walaupon aku tak suka sukan, tapi aku suka semangat berpasukan.

kalau aku tak suka sukan, aku suka apa?

ada lahhhhh....

Tuesday, 13 September 2005

Friday matters

Last Friday I took one day leave. Actually tak der la specific reason for that. Colleague keep saying that taking leave on that day is a waste since company is declaring half day leave on that day due to company's dinner on the night itself (So staff will have ample time to get ready – This year’s theme is batik). Aku cuti jugak. Rugi pun rugi laa..

So last Friday was different from other Fridays. I told my betterhalf not to take our daughter to the babysitter and he won’t be going to his office alone. The wife and the daughter are going along with u! He likes that idea, so off we go! As early as 7 o’clock we went to PJ, and arrived his office one and a half hour later (traffic jammed took an hour of the whole journey duration. Klang valley without traffic jammed is like songs without rhymes (ada ke?)

And my journey with my daughter started …

My daughter macam dah ngantuk sangat kat seat dia. I decided to take her to ‘mamak’ for breakfast. Pekena roti canai pon not bad. I thought of going to our (me n hubby) favorite spot during college, Seksyen 18, Shah Alam – Imtiyaz.

Baru teringat I haven’t take Lydia to doctor for her 1 year’s injection (MMR)…So rasanya dah alang2 bercuti, why not take her to doctor. So instead of Seksyen 18, we stopped at Sek. 9, to DEMC.

Jumpa doctor n all je dah mkn masa almost satu jam setengah. My daughter’s eyes dah turned to red dah…ngantuk tahap gaban tu. She woke up at 5.30 a.m, she should sleep again at 8 am, but the time in doc’s room dah pukul 10. Terlajak 2 hrs.

Had some Q&A session with the doc (I’m paying rm10 for the consultation fee, so Tanya jer la apa2 nk Tanya) … Lucky that Lydia khusyuk tengok TV kartun pingu, so she forgot the injection pain (nangis gak tu)

Dah cancel kedai mamak…but my stomach suddenly playing its own music. Tak boleh jadik, mesti nak kena soru gak nih.

Kami ke Kompleks.

Terus ke restoran FC. Ambik fried kuey teow for myself and sandwich for Lydia, and milo satu. Share.

Lydia gets fascinated by the fish yg ada dalam kedai tu.

tannn…” she said, pointing to the fish.

pandaiii..ikan..” I supported her

One makcik sebelah our table smiled at me and said, “pandainya dah tau ikan

I smiled back at her (makcik).

Dah kenyang, merayau sat dalam kompleks tu, most gerai baru nak bukak pintu since baru kul 11. I dropped by at one gerai yang jual accessories…tengah dok belek tu..sekali lagi Lydia bersuara,

a…tannn” sambil jari menunjuk ke rantai yang tergantung. And as usual, I will support her by telling her that she’s right, and at the same time, telling her the right word.

good girl, ran..tai..” was my reply.

And the gerai owner heard us and said, “wah, pandai dah sebut rantai…”

I smiled.

Aku geli hati. They just don’t know. They don’t know that my daughter baru pandai sebut “a..tan’ or ‘ta..tan” or ‘ma…ma” …and she keep saying the same words to all the things she’s pointing to. It’s just coincident that dia tunjuk benda yang bunyik dia seakan2 ‘ta…tan

He he he…

And I took (bought) one rantai for me – for the dinner..he he he

And straight went home. Lydia falls asleep on the way home. So sweet, so innocent. Mak sayang Lydia!

Dah petang, barulah hantar Lydia to in-law’s house, and I fetched hubby at his office, off to the dinner. Dalam kereta on the way to DPF, mulut tak berhenti bercerita about the whole day to him. So happy lahhhhh!!! Love my betterhalf!

Monday, 12 September 2005

Kisah itu tidak berakhir di situ

Bagaimana kisah ini bermula

Di suatu petang
Di sebuah sekolah
Di sebuah Blok
Di tingkat bawah
Di kaki lima hadapan makmal sains
Di antara kantin dan asrama.

Dua pelajar lelaki berjalan, di hadapannya seorang pelajar wanita. Ketiga2 mereka adalah pelajar baru di sekolah itu.

"psst..sombong!" suara salah seorang pelajar lelaki. Pelajar perempuan tak nak perasan, jadi terus berjalan.

"cik kak!" Suara pelajar lelaki semakin kuat. Pelajar perempuan menoleh ke belakang

"panggil aku?" Pelajar perempuan berkata kepada pelajar lelaki. Dia kenal mereka kerana mereka sekelas.

"iye lah..kau jalan seorang, jom la jalan sama2" Jawab pelajar lelaki. Pelajar lelaki yang seorang lagi hanya tersenyum. Pelajar perempuan pun balas senyuman.

"Okay, aku tak kisah" Pelajar perempuan setuju

Mereka berjalan bertiga. Tapi hanya ada dua suara. Kerana satu lagi manusia tidak bersuara.

"Kenapa kau tak banyak bercakap? Kat kelas pun diam jer." Pelajar perempuan berani bertanya.

"Dia kelu" Pelajar lelaki yang tak payah ditanya tolong menjawab.

"kenapa kelu?" Pelajar perempuan tidak memahami

"kerana kau lah." Mendengar itu, pelajar perempuan tersentak. Mata cuba melirik pada si lelaki pendiam. Nampak satu senyuman. Pelajar perempuan tersentak lagi.

"hahaha!! pandai la kau buat lawak. Kesian member kau, mentang2 dia tak byk ckp, kau buli dia" Pelajar perempuan bersikap selamba.

"Aku tak tipu, aku tak buli. Dia memang kelu nak bercakap dengan kau" Dia tolong jawab lagi

Dan pelajar wanita ketawa lagi.

"Entah apa2 la korang ni." Pelajar perempuan menjawab dalam gelaknya, dan persimpangan antara asrama pelajar lelaki dan perempuan memisahkan mereka.

Pelajar perempuan itu tidak tahu, kisah itu tidak berakhir di situ.


Klik untuk sambungan.

Thursday, 8 September 2005

Jangan lawan cakap cikgu!

Ketika memandu merupakan satu2nyer waktu aku boleh dengar radio. Biasanya stesyen yang jadik pilihan mestilah yang memutarkan lagu2 yang ada rentak muzik terkini (walaupon selalu gak diorang pasang rentak lama - entah)

Topic pagi tadi - Pengalaman ketika di kelas memandu atau ketika ujian memandu. Bagus juga topic ni dikupas. Banyak jugak cerita2 lawak orang2 yang menelefon si KnK tuh. Aku takder la terasa nak call jugak, walaupun ada jugak cerita time aku ambil kelas memandu.

Kelas memandu aku kat PJ. Semuanya OK jer sampailah dah kelas terakhir ... time nak balik tu, aku tanya kat cikgu memandu aku

Aku: "Bang, rasa2nya saya ni dah fit ke nak exam next week?"

Cikgu: "Awak rasa camane? confident tak?"

aku: angkat kedua2 bahu. Tak tau.

Cikgu: "Macam ni lah, saya suggest, awak ambik lagi kelas tambahan, 4 jam.."

Aku: "kenapa 4 jam?" Pelik la gak, sebab aku rasa aku dah okay, cuma kurang konfiden.

Cikgu: "2 jam tu, awak register kat attendance mcm biasa, dan yang 2 jam lagi tu, awak tak payah regiter, tapi ..." Dia mcm lambat je nak cakap, sebelum menyambung, "awak bagi saya rm20....ok tak?"

Aku kerutkan dahi.

Cikgu: "Jgn la salah sangka...saya terpaksa buat mcm ni. Kalau nak harapkan bayaran gaji dari diorang, memang tak cukup makan la saya.."

Aku diam jer..dalam hati aku teragak2 jugak..boleh ke mcm tu? Itu bukan satu bentuk undertable ke? hmmm..tapi last2 aku setuju jugak.

Aku beri rm20 kat dia, aku niatkan aku bersedekah saja. Entah lah ...

Yang penting aku lulus ujian memandu bukan kerana aku bayar pegawai JPJ yang menilai di hari ujian. Bukan juga atas pujuk rayu atau sanggup bertukar2 nombor telefon (mcm dalam radio pagi tadi) ... Ye, memang aku bayar rm20.. tapi itu untuk cikgu yang memberi aku lebih masa untuk belajar.

Sebenarnya, aku memang takut nak lawan cakap cikgu.

Tuesday, 6 September 2005

Renovated or move?

Do I Look Blue?

I'm not moving to new 'house' ya everybody...this is still the same address u visited last time..cuma sudah bertukar rupa..ala..sedangkan rumah pun sometimes bertukar2 hiasan dalaman..apatah lagi bulan Ramadhan dah dekat ni...kena la hias2 'rumah' biar cantik berseri dan nampak segar dan lari dari kebiasaan ... Nanti bila dah nak dekat raya, busy bershopping pulak, dah tak sempat nak mengecat 'rumah' ni ... heheheh ...

Who Am I?

My character? Is this true?

Nih result after some character analysis ... after some odd questions mostly about fragrance and scent ...


entah la Labu....


**Look for the positive in all situations - Zig Ziglar*

Thursday, 1 September 2005

**Istimewa untuk permata**

Hanya ini buat minit ini.
Sepatutnya ada hadiah besar buatmu kan, sayang?

anak patung besar?
atau melancong mungkin?
atau setidak-tidaknya satu majlis,

Majlis Indah untuk tangan kecilmu memotong kek harijadimu

Tapi kali ini, Maafkan mak ye sayang.

Ini saja hadiah buatmu, nak
karangan kecil yang mak panggil puisi

dari seorang bukan pemuisi

Kerana sayang,
untuk permata mak ini,
Sebolehnya mak mahu jadi pemuisi
yang bisa menggubah bait2 indah bermakna buatmu
kalau boleh mak mahu jadi pemuzik
yang bisa mencipta lagu-lagu enak untuk kau dengar

Untuk kau tahu
Biarpun puisi ataupun lagu
Datangnya ikhlas dari hati ini ...

Kerana kasih seorang mak
Kerana sayang seorang ibu
Kerana cinta seorang bonda

kepada mu, nak

Adalah selamanya

Selamat Ulangtahun sayang


Belajar main gitar untuk Lagu Happy birthday khas untuk Lydia - nota muzik atas ehsan opismate cum cikgu muzik, Tommy


p/s: Puisi untuk Lydia Husna permata cinta kami suami isteri. Untuk gambar2 Lydia di hari jadinya, sila ke http://amfara.fotopages.com