Tuesday 23 August 2005

Indahnya hidup ini!

Hidup aku betul2 seronok sekarang ni ... semuanya kerana keluarga. Paling seronok for sure la sebab ada anak yang menyerikan hidup kami berdua.

Telatah Lydia sekarang memang membuatkan kami tak kering gusi. Ada-ada saja perkara baru yang dibuat setelah dipelajari.

Dalam pada aku dok risau2 sebab sebatang gigi pun belum nampak keluar dari gusi, aku bersyukur jugak..sebab dia memag suka sayang (kiss) kitorang dengan cara menggigit ... cuba bayangkan kalau dah ada gigi, tak ke habis pipi mak ngan bapak kena gigit ... tapi lately nih dia improve sikit, dia dah reti guna hidung dia instead of bukak mulut, jilat or gigit pipi orang yang dia nak kiss...tapi, bukan selalu dia nk sayang kami.. biasanya time bangun pagi, memang dia yg akan bangun dulu...terus merangkak kat mak, kiss la mana2 yg dia dapat, biasanya dia dok kiss kat rambut or telinga ... biasanya aku perasan n buat2 tak sedar, dia kiss lagik sampai la mata aku bukak and say pandaiiiii ... baru la dia gerak kat bapak pulak ... and do the same kat bapak dia ...

Lepas sayang, senyumnyer melebar ... dan automatically bertepuk2 tangan - everytime kami kata pandaiii.. dia terus tepuk tangan ...

Lydia pun dh pandai terima arahan - dah faham apa kita kata .. .. dah tahu angkat kedua2 tangan bila di suruh .. dah pandai melawan gak... bila dia tak mahu, laju je dia geleng kepala, bukan sekali, tapi berkali2 ... kalau nak, mengangguk2 pulak, sampai badan ikut terhenjut2 . Jugak dah mula mengenal anggota badan terutama mata dan pipi... sebab selalu sangat pipi dia jadik mangsa cubitan hehehe...

Bila kiter mula jer baca doa makan, mata dia terus pandang botol susu... bila kita sebuat amiiin...... tak kira lah time tu dia tgh buat apa (walaupon bukan nk makan...) automatic dia sapu dua2 tangan kat muka dia ...

Kalau bab head banging, lagi la power... pantang ada muzik, mula la nak head banging, lagi best kalau tengok dia dok gelek2 punggung dia yang montel tuh..yang kelakar tu, bukan saja muzik, apa2 ajer yang ada ritma...sure dia goyang..termasuk lah semalam, masa tgh relax2 kat depan rumah, ada la motorsikal tu lalu kat depan, enjin motosikal tu macam bunyik drum kot, dengan tak semena2, Lydia dah goyang2 badan .. alahaiiiii ...

Aku tau, byk orang dah mengalaminya, malahan ada jugak baby yang dah lebih advance dari itu... tapi, sebab Lydia anak aku, perasaan seronok tuh lain sikit lah...

Tak sabar nk tunggu hari2 seterusnya dan bersama2 menimba pengalaman baru, Lydia as a person, and aku kami plak, as a parents.

Friday 19 August 2005

Tabah lah!

Dalam beberapa hari lagi, Lydia akan memcecah umur setahun. Kalau dulihat dari fizikalnya, memanglah macam dah berumur 2 tahun. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami sekarang, setiap kali kami membawa Lydia ke tempat orang ramai, pasti dirinya menjadi perhatian.

"eh, comelnya..."

"cute la baby tu.."

"geramnya pipi dia.."

"Tengok badan dia, chubby nye!"

"Eh makan apa leh tembam mcm ni.."

itulah antara cakap2 orang tatkala kami membawa Lydia berjalan2 hujung minggu mahupun ketika ke majlis2 keramaian.

Secara jujur, mestilah aku suka kalau orang suka tengok anak aku....sapa tak suka? Tapi perkara2 itu juga lah yang sebenarnya merisaukan aku. Pada umur 11 bulan, ukuran timbangan berat Lydia adalah 10kg.... hampir serupa dengan berat badan kakak sepupunya yang berusia 2 tahun. Aku risau kalau beratnya melebihi dari sepatutnya.. memanglah waktu kecil, dia memang comel sangat macam tu. Puas hati betul kalau tengok baby yang sihat2 dan comel2 macam Lydia. Aku amat bersyukur di atas hadiah, amanah dan anugerah dari Allah yang mengurniakan baby secantik dan secomel Lydia ke dalam hidup kami.

Tapi aku memikirkan masa depan ...

Aku tak mahu dia menerima tekanan diskriminasi ... seperti yang pernah aku alami ..

Aku mengenali erti diskriminasi ketika aku sepatutnya menanam segala keyakinan dalam diri aku. Aku berkenalan dengan sindiran2 tajam di kala aku sepatutnya mendapat kata2 galakan bagi menambah keterampilan dalam diri aku.

Aku budak kampung zaman 80-an (budak kampung sekarang sama jer ngan bandar - dah up-to-date). Mak bapak tak ada kereta , ke mana2 hanya bermotosikal .(aku tak suka kata aku orang susah, aku orang sedehana, mampu seadanya, cuma kereta waktu itu memang bukan satu keperluan rasanya) .. jadi jarang sangat aku dapat ikut ke mana2 mereka pergi. So, sure lah hidup aku kurang pendedahan kepada dunia luar. Jauh benar dengan nasib kanak2 zaman sekarang yang rata2 dah keluar melihat dunia luar ketika di dalam kandungan lagi. Apatah lagi ketika mereka berumur 13 tahun, rasanya masing2 pun dah tak kisah kalau walaupun kena naik kapal terbang sorang2!

Jadi, Tingkatan satu di asrama memang satu pengalaman paling ... berharga (aku tak nak kata manis, tak jugak pahit). kali pertama keluar dari rumah, seorang diri hidup. Susahnya time tu. Mana ada telefon bimbit macam sekarang. Kalaupun ada telefon awam, nak telefon siapa? kat rumah kampung bukan ada telefon ..(sekali lagi, bukan tak mampu, cuma belum ada bekalan - even ketua kampung yang kaya pun tak der telefon) - surat ajer perantara aku dan family-untuk perkhabaran penting, seperti kemalangan dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Minggu pertama, sepatutnya ada kakak2 yang tolong tenteramkan hati budak2 macam aku ni. Itu sepatutnya lah... Tapi yang tak sepatutnya yang aku terima.

Aku nangis, dorang jeling .. nak tak nak, kena la stop nangis.-- Budak sebelah katil aku nangis, dorang pujuk bebaik pulak, budak tu plak semakin manja, sikit2 nak nangis, lepas tu dipujuk... tak kuasa jer ..

Aku nak sgt masuk pertandingan baca puisi wakil dorm, dorang kata nanti lah -- Dorang offer kat budak tadi gak yang puas menolak.

Aku tengok aje dorang makan ramai2 dengan budak tadi tu sekali, sedih sangat, tapi tak mahu lah nangis lagi, takut kena jeling.

Time tu la aku tau erti diskriminasi. Bukan la tau perkataan tu, tapi tau perbuatan tu. Dan perkara seperti itu (banyak lagi sebenarnya sikap2 mcm tu, dan sindiran2 pedas, malas nak citer,tak der makne nyer!)

Rupanya sebab budak tu cantik ... hehehe ... sekarang mmg la nampak mcm childish jer fikir benda tu, tapi time tu, utk budak yang baru nak kenal dunia..perit gak la--selalu jer macam kesal kenapa la aku tak menarik, manis, cun .. mcm org lain...hahahah!!!

Tapi, aku tak pernah salahkan kakak2 tu, malahan aku berterima kasih sangat2 kat mereka - atas sikap mereka, aku jadi lebih kuat, lebih peka, lebih tough. Nak tau kenapa?

Budak yang aku citer tu ... takmo gak deklamasi puisi, last2 dorang kata kat aku, awak buat lah, kalau pun tak apa(mcm paksa je..no choice la katakan) Dan aku terima, dan aku menang - tempat pertama. Selepas tu, hampir setiap pertandingan pentas, akulah pilihan pertama.

Then .. tak sampai setahun, budak tu dah keluar hostel, sebab tak tahan rindu kat family. Dan aku bertahan sehingga ke tingkatan 3 di situ, sebelum keluar kerana tawaran ke asrama penuh.

Dan, kakak2 tu semua. Akhirnya adalah best friends aku....sebab dorang kata aku happy go lucky, adaptable, tak cepat melatah (pada hal, dalam hati huhuuuu...kena la kuat kalau nak bertahan)

Sekarang, aku biasa jer kalau orang dok bersikap mcm tu ... tak der nya nak sedih .. hahaha.. tapi tu lah, aku kesian kalau budak2 terima nasib mcm aku. Sebab tu lah, aku risau sgt kalau Lydia nanti terima layanan mcm aku kalau badan comelnya tetap maintain jer...

Lydia..

Apa juga cabaran mendatang - Cekal lah.

Aku tak mahu dia berdepan dengan perkara2 yang merendahkan keyakinan dirinya. Aku mahu dia diterima orang ramai dengan mudah - bukan harus menangis dulu. Untuk itu, aku harus, bukan harus. aku mesti menanam keyakinan penuh dalam dirinya. Aku nak dia tahu kebolehannya, supaya dia tahu, fizikal bukan perkara utama untuk mencapai kejayaan. Supaya dia dapat terus ke depan tanpa perlu mengendahkan perkara2 remeh mcm yg aku pernah fikirkan.

Thursday 18 August 2005

Kerja?

Masuk tahun ni, dah 5 tahun la aku bekerja kat company P (Bukan nama sebenar) nih. Daripada aku anak dara sampai dah melahirkan anak dara, daripada aku takder kereta, sampai dah ada hati nak tukar kereta... aku tetap di sini.. Kebanyakan kawan-kawan aku dah bertukar kerja lebih dari 3 kali. Dan semestinya aku pun teringin jugak nak tukar-tukar kerja macam aku tukar-tukar baju kerja..

Tapi apa nak buat ... kenyataannya tetap sama .. aku tetap di sini .. ( ayat novel)

Ini tempat kedua aku bekerja selepas tamat pengajian 5 tahun lepas. Kerja kat company pertama sekejap je, tak sampai pun 3 bulan. Selain waktu kerja yang agak odd (10am-7pm), faktor utama of course la bayaran .. untuk sara diri sendiri yang bujang trang tang tang ok la kot, tapi untuk jangka masa panjang, hmmm ... bijak la langkah aku keluar dari situ. Satu lagi sebab cara pembayaran gaji, dibuat 2 kali sebulan...alahaiiii..gaji yg sikit, semakin sikit la jadinya .. susah nak buat budget planning.

So bila member ajak joined this co, aku try la nasib. 1st interview was not that good lah, bukan sebab apa, sebab time tu aku sakit mata ... time tu aku takder kereta, time tu aku kerja kat tmpt lama yang kalau aku cuti, gaji tolak sehari.

So aku ponteng half day, aku gi interview dengan uniform tempat kerja yg tak boleh cuti tu ... aku pergi ngan mata merah. Taktau la kenapa lah agaknyer aku tak mahu tunda appointment tu. Agaknya aku takut kalau sekali mintak tunda, terus dicancelnya nama aku..tak ke haru?

Aku ingat lagi, En. I (bukan nama sebenar) the interviwer tu tak berapa nak tanya soklan kat aku, maybe dia ingatkan aku nih minah pet kot, mata merah cam saga ... aku expalin la aku sakit mata, so dia caya (atau buat2 caya) je. So 1st interview tu rasanya cuma nk tunjuk muka jer sebab tak sampai 5 minit, dia suh aku balik umah berehat (rasanya dia takut jangkit kot?) - tapi aku hargai sungguh concern dia ...

Tapi aku tak balik, aku gi tmpt kerja lama .. tunjuk muka gak b4 dorang suh aku gi klinik amik MC. kat klinik, ada ke doktor tu bleh buat lawak,

Doktor: "Sakit mata?"

Aku: (lagi mau tanya). Angguk

Doktor:"habis, nak MC ke?"

Aku:"Boleh je tak MC, tapi satu opis kang jangkit plak"

Doktor:"Itu yg saya nak...then ramai2 datang klinik ni.."

Dia dok gelak2 .. aku rasa nk tampar jer ... tak lawak okay?

So a week after that, 2nd interview plak. Kali ni aku mmg ambik cuti je .. and tak sakit mata dah..interviewer still ngan En. I (err..nama sebenar kot) dan sorang lagi En. A (bukan nama sebenar..kot). Dan aku ingat soalan ni;

En. A: "Cuba beritahu siapa anda 5 tahun akan datang"

Aku: (Dengan penuh yakin dan innocent) "Insya Allah, saya dah manager time tu"

Dan mereka berdua gelak. Dorang kata aku too ambitious. Masa tu aku tak faham.

Sekarang aku faham.

Tuesday 16 August 2005

Citer melayu

Semalam tiba-tiba terasa macam nak tengok movie kat panggung wayang. Lama betul tak menonton kat screen besar ... rasanya sejak bergelar 'mak' hampir setahun lalu, dah tak tengok dah wayang kat panggung.

Time tengah check list of movies kat ticketing counter tu, pening jugak nak tengok movie apa...tanya kat husband, dia kata ikut aku lah..alamakkk...citer apa nk tengok ni? dah la bukan selalu dapat tgk wayang, kenalah pilih citer yang betul2 worth..

Masa aku sebut Gol dan Gincu kat husband, ada sikit kerutan kat kening dia.. tapi dia tak cakap apa lah..agaknya dalam hati dia dok tertanya2, tak de ke citer lain lagi nak tengok? ha ha ha.. aku tak salahkan dia...most of citer melayu yg kitorang tgk before (from CD) agak mengecewakan ... tapi kali ni hati aku agak teruja plak nak tengok movie nih, itu pun sebab dok baca komen2 dalam blog2 orang esp. blog sultanmuzaffar ngan blog afdlin shauki. Dalam hati doa jer la mintak2 lah tak dikecewakan hahahah...

Kat panggung ada la dalam 15 orang jer ... tak tau la maybe sebab hari kerja, or sebab pelakon dia bukan Erra Fazira atau Senario. Dah la dalam tu bebudak muda.. alamak..terasa tua plak aku..Almaklumla..citer tu kan citer remaja..

Aku bukan reti komen pasal filem. Yang boleh aku cakap ialah, best ke tak.

Best jugak.

Pelakon semua sempoi je (kecuali pelakon lelaki..agak kaku..tapi still ok)

Colorful. Ala2 Ada apa Dengan Cinta

Soundtract best. Kena ngan jalan citer and lagu2 kena kat adegan2 nyer..

Sejak filem Gila-Gila Remaja dan Ali Setan tahun 80-an dulu, ini lah movie remaja yang aku rasa best. Aku pernah menonton 'Cinta Metropolitan' (hahaha! aku tonton sebab member minat sgt kat KRU, and time tu tgk wayang harga RM4.50 kat Rex kuantan) .. Hishhh...dah la time tu 1st time tengok wayang, kena plak citer camtu, tarus aku takmo tgk dah citer melayu kat wayang. Hampeh! hahaha.! Tapi sekali lagi aku tgk wayang citer melayu, filem 'Soal Hati' ... and aku puas hati gak la.

So berbalik pada Gol dan Gincu nih... best memang la best, tapi ada gak yang kureng nya,

Bila aku tengok movie ni, terasa mcm tgk programme 3R kat astro pon ada..mana taknyer, ketiga-tiga host 3R berlakon dalam filem nih.

Citer nih bukan citer melayu sepenuhnya lah ..and for sure mak aku tak berapa nak tengok kot sebab banyak ckp omputeh dari ckp melayu. kengkadang terfikir gak aku, nak jadikkan filem tu berkualiti, mesti kena ada speaking2 ke? Camner nak kata filem ni untuk segenap lapisan umur kalau ada makcik2 yang tergaru2 kepala sebab tak faham apa yang dibualkan...Tapi bila aku fikir2 balik, penonton2 bagi filem2 akan datang semestinya adalah anak2 remaja hari ini yang rata2 lebih banyak menonton citer2 omputeh .. and sekaligus penguasaan bahasa inggeris dorang adalah sejuta kali lebih bagus..so, untuk 10 tahun akan datang mmg filem mcm ni bleh jadik filem untuk segenap lapisan umur ... takder isulah!

Bagus betul filem ni ada english subtitle .. tapi, bila dorang speaking london, takder plak malay subtitle? camner tu?

tapi all in all, aku mmg enjoy citer nih. Hubby aku pun admit dia kata ada kelainan kat citer nih. Tak rugilah pilih nak tgk Ungu Violet kat CVD je...at least di bulan kemerdekaan nih, aku memilih untuk menonton cerita malaysia kat wayang !

Itu boleh kira patriotik tak?

Monday 1 August 2005

Fanatik

Jumaat lepas aku ambik cuti. EL sebab anak kurang sihat. So siang jumaat tu berkepit je dengan anak, sebab dia takmo berenggang langsung dengan aku.

kesempatan berada kat rumah dengan anak, aku ambik sepenuhnya ... aku ajak dia bermain, ajar itu, ajar ini, kasik makan itu, bagi makan ini....tapi...anak tgh kurang sihat, apa sangatlah respon yang dia dapat berikan... nak gelak tu dah kira untung la tu...selebihnya, dia lebih banyak merengek dan berbaring kat riba aku. Aku pulak, tak dapat lah bergerak bebas dalam rumah. Segala urusan rumah aku abaikan seketika .. ..

kecuali tengok TV. Sebab TV tak bergerak, tak memerlukan aku untuk bergerak.

Memula tuh, biasa la tgk org gado2 dalam @15, last2 bosan plak. Then tengok pulak siri kantonis, huh apa lagi, terus jer fokus. Tak tau la kenapa, kalau citer kantonis Hong Kong jer, sure melekat. Especially drama2 TVB tu.. tak kira lah ceria moden ke, cerita klasik ke.. ok je.

Paling tak boleh lupa, siri Police Cadet 85, dengan hero/heroin, Ah Kit/Ah Yee ... time tu masih sekolah rendah lagik. pukul 6 petang, balik sekolah agama (sekolah petang) je, terus lekat depan TV. Setiap hari macam tu .. lepas satu siri, ke siri yang lain, tetap jugak aku setia menonton drama kantonis

Aku pernah juga jadi fanatik drama2 Hong Kong satu masa dulu, sampaikan..

- Aku pernah jadik pembelek suratkhabar cina, semata2 nak kumpul gambo2 artis Hong Kong.
- Setiap kali nak tidur, aku berdoa agar pelakon kegemaran aku iaitu Leon Lai, akan terbukak hati peluk Islam..( nampaknya doa aku tak diperkenankan pon...hehehe)
- Hari-hari belek Atlas, semata2 nak tengok peta Hong Kong, dan melihat nama2 bandar di hong Kong yang pernah disebut dalam drama2 mereka...especially Macau.

itulah. Kalau fikir2, mcm tak percaya, aku pernah jadi remaja yang fanatik.

Sekarang, aku masih suka drama2 Hong Kong, cuma masa jer tak der ... lagipun, sekarang drama2 nya tak sehebat dulu (mungkin sebab aku bukan fanatik lagi), dan digantikan pulak dengan drama2 cinta daripada Korea dan Jepun (kalau dulu, drama jepun cuma Oshin, chiaki, meoro attack je yg glamer, lebih kepada kisah ketabahan wanita jepun - bukan kisah cinta sepenuhnya mcm sekarang.)

Agaknya orang malaysia dah semakin global, dah kurang rancangan2 alih suara ... even cerita2 dari Amerika Latin pun kita dah familiar sebab tak der alih suara ..

Sekarang, aku cuma fokus bila tiba satu musim. AF.

err...dan jugak siri LOST ..dan siri CSI ...dan komedi2 rumahtangga macam Yes dear, everybody loves raymond, still standing....

Rrupanya aku masih suka tgk TV ..

Di sini ada sikit gambo2 yg aku amik time anak main2 lepas muntah ... maklum ler dia takmo aku buat kerja2 lain kan .. so, camera la mainan aku ..

Popular Posts