Thursday 14 July 2005

Kenduri

Hujung minggu ni kami sekeluarga akan balik kampung lagi. Mak kata nak buat kenduri untuk arwah bapak. So kitorang 6 beradik akan berkumpul la kat kampung. Aku dan husband decide nak balik on friday nite after kerja..w/pun kenduri will be on Sunday siang (agaknya mak faham, anak2 dia semua kaki AF so kalau buat malam minggu, sumer tak concentrate - kot ) .. entah laa ...

Every year, memang mak tak pernah lupa nak buat kenduri khas untuk bacaan tahlil dan doa2 untuk semua ahli keluarga yang dah meninggal - khasnya untuk arwah nyai (nenek), Ya'ie (datuk), dan yang paling rapat, arwah bapak... Kenduri ini kitorang selalu sebut as kenduri arwah ...


Arwah bapak meninggalkan kami ketika usia aku 8 tahun. Diam tak diam, sudah 20 tahun arwah pergi. Mak pulak rasanya masih awal 40-an semasa menjadi balu. kakak sulong pada waktu itu sudah berkahwin dan beranak satu (Alhamdulillah kerana arwah berkesempatan untuk melihat cucu), sementara 5 anak-anak yang lain masih belum bekerja. Seorang abang masih di ITM, seorang abang dan seorang kakak masih di sekolah menengah, aku darjah dua dan adik yang bongsu baru berusia 5 tahun.

Beliau (arwah bapak) meninggal kerana sakit. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan yang tenang - itu yang aku ingat,

Dan aku ingat kami adik beradik bergilir-gilir mengucup dahi arwah untuk kali terakhir sebelum jasadnya di bawa pergi. Rasanya masa tu aku belum begitu mengerti kepedihan seperti abang-abang dan kakak-kakak aku rasa.. kerana waktu tu aku mcm happy pulak sebab ramai sepupu yang datang .. sempat bermain sebelum ditegah oleh abang.

Dan aku ingat juga, salah seorang kakak yg ketika itu berumur 13 tahun berkata pada aku, "bapak dah tak ade" sambil menangis memelukku...pelukan ikhlas dari seorang kakak dan rakan gaduh time tu.

Dan aku ingat orang ramai datang mengusap kepalaku sambil menyelitkan not not seringgit di jari jemariku...

Dan aku ingat wajah tabah mak menerima kenyataan itu. Agaknya mak menangis, tapi bukan di depan kami anak-anak...

Dan aku ingat mak memeluk kami semua ketika lori yang membawa jasad arwah berlalu meninggalkan halaman rumah...

Dan aku ingat wajah arwah ..

wajahnya tenang, setenang orangnya..kata-katanya sentiasa lembut didengar...memang berbeza dengan sikap mak yang lebih outspoken dan suka bergurau.

Mungkin kerana sikapnya yang agak pendiam itu menyebabkan kami adik beradik tidak begitu rapat dengan beliau. namun begitu, tidak pernah kurang kasih sayang kami kepadanya sebagaimana penuhnya kasih beliau kepada kami - aku tau tu.

Dan aku ingat penampar lembut arwah singgah ke pipi ku di kala aku melawan tidak mahu mengaji selepas maghrib, dan aku mengadu kepada mak. Tapi akhirnya aku kena mengaji jugak, dengan lelehan air mata dan sedu sedan yang terpaksa aku tahan sbb mak kata, semakin aku nangis, semakin mak nak suruh aku ngaji sampai pukul 10 malam... so nak tak nak, kena la berenti nangis.

Dan aku ingat masa aku darjah satu, arwah menggantikan tempat mak, hadir ke sekolah untuk mesyuarat PIBG. Mesyuarat yang rata-rata dihadiri oleh kaum ibu. Tapi arwah bapak datang. Satu pengorbanan daripada beliau untuk seorang isteri dan anak-anak. Arwah datang lambat sikit sebab pergi kebun dulu... datang bukan dengan tangan kosong - ada kuih muih. untuk aku dan kakak yang masa tu dalam darjah 5.

Dan aku ingat arwah bapak membawa kami membeli kasut dan mercun sehari sebelum hari raya pada setiap tahun..yang sehingga kini tradisi itu kami teruskan..cuma bukan mercun.

Jadi bila arwah bapak tak ada selepas hari itu... baru aku rasa kehilangan.

Aku bangga dengan arwah bapak atas segalan yang pernah dilakukan untuk kami sekeluarga..

Tapi above all, aku paling bangga dengan mak yang berjaya membesarkan kami adik beradik, seorang diri ... ditinggalkan suami dalam usia muda, dengan anak-anak yang hampir semua masih belajar, membanting tulang, menoreh getah dan menguruskan rumah dan anak2 ...tidak pernah mengeluh sehingga kesemua kami berjaya ke menara gading. ...

dan aku tahu, arwah bapak semestinya berbangga dengan mak ....

1 comment:

  1. Anonymous3:08 pm

    Aduh, sungguh terharu aku membacanya.. sayangilah dan hargailah insan yang masih ada.. semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN

    ReplyDelete

Popular Posts