Thursday 2 June 2005

Ceritalah lagi

9 hari lagi.

...

Novel "Seredup Kasihmu" tulisan Lea Azalia. Bagus. Belum habis baca, sayang nak habis kan..macam tu lah aku, kalau baca novel best, macam sayang nak habiskan...

Nak kategorikan aku ni jenis yang suka membaca, jangan harap lah...tapi, masa sekolah rendah, kerap juga lah kad pinjaman buku perpustakaan bertukar ganti dek selalu meminjam buku..tapi buku cerita jer .. buku pelajaran? errrr... zzzzz la jawabnya..
Hobi mebaca buku cerita start masa darjah tiga..volunteer jadik pustakawan lagi ... masa tu buku-buku cerita dongeng la yang selalu dicari. 'Tidurlah sayang', 'Ceritalah Lagi' adalah antara buku2 yang popular masa tu...kisah puteri2 raja, kisah ibu tiri kejam, kisah putera katak mencium puteri jelita, kisah cinderella, dan banyak lagi...

Bila masuk darjah lima, suka pulak nak baca cerita2 penyiasatan..karya enid blyton memang jadi pilihan. '7 Sekawan'... 'Nancy Drew', Hardy Boys'...time2 tu bila berkumpul dengan kawan2, sure nak kena ada kata laluan..hehehe..terpengaruh dengan watak2 dalam 7 sekawan la konon tu.

Then beralih pulak kat novel2 melayu remaja...Sapa tak kenal Ahadiat Akasyah dengan karyanya 'Budak Setan'? hehehe macam nak tergelak bila ingat balik, time tu umur pun baru nak cecah 14 tahun kot...dara sunti gitu... dah sekolah menengah, still volunteer jadik pustakawan hehehe.. sebab boleh baca time duty, so tak payah nak pinjam selalu sangat.

Lepas tu, masa kat uni, giler pulak baca novel penulis2 barat. Novel omputeh terawal yang aku baca (sampai menangis teresak2 lagi), rasanya 'Family Album' karya penulis hebat Danielle Steel. Sejak tu, bila ke library (dah tak jadik librarian dah..) sure pinjam dua buah, then baca non stop. Biasanya start baca petang, habiskan jugak walaupun ke pukul 4 pagi pun sanggup....dasyattt....

Ingatkan bila dah bekerja, hobi baca buku cerita pun over. Tak jugak. Balik semula ke novel2 melayu. Dah lama tinggalkan novel melayu, bila baca balik .. boleh tahan jugak... cuma bukan la baca novel2 remaja dah...sekarang nih novel2 melayu pun dah banyak di pasaran, banyak pilihan...penulis pun makin ramai, hasil tulisan pun semakin matang...so sejak setahun kebelakangan ni, aku merupakan pembaca setia novel2 melayu... and sekarang dah tak pernah menjenguk library pun.. kedai buku la jadi tempat mendapatkan bahan...

Buku cerita buatkan aku lalai seketika...boleh tersenyum...boleh bergelak, boleh menangis..semua tanpa sedar dek kerana sebuah kisah ..

Sekarang ni, aku kena prepare untuk baca balik semula buku kanak2 .... untuk Lydia.

Once upon a time,...........................

......and they live happily ever after. ~end~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts