Friday, 24 June 2005

Balik kampung yeayyy


so friday is almost ends ... now is 5 means time to pack up for home .. yessssss !!!

and tonite is the time to do some packing .. balik kampung yuhuuuuu!!

Macam budak2 pulak rasanya bila nak balik kampung. Yup, I have to admit, when it comes to balik kampung, mmg gumbira tak terkira ... tak sabar2 rasanya .. walaupun boleh dikatakan aku balik kampung once a month (consider selalu la kannnn), hati tetap melonjak2 heehhe ... tak salah rasanya kan...

Aku suka kampung aku (for all the good memories). Best! World! heheh.. kampung aku biasa ajer, tak de la pernah jadik kampung contoh .. tapi kat situ la aku dilahirkan dan dibesarkan.. hmmm ..

kampung aku kat BP, Johor .. and yup, bt pahat mmg sinonim dengan parit2 nya .. so kampung aku kecik aje, ada sebatang jalan yanh ada parit di hadapan, di mana kalau nak ke rumah jiran depan (tempat aku bertandang hampir setiap kali balik sekolah - foto atas, gambo umah jiran aku, dari umah aku..tu keta husband aku ada gak enterframe), kena lalu kat titi (jambatan kecik untuk parit)

Dengan halaman yang agak besar (boleh memuatkan lebih 10 buah kereta rasanya -aku kira kereta yg parking masa hari raya bila sedara datang serentak), kami mmg bebas berlari, tak perlu nak risau2 main kat jalan raya ke apa .. cuma orang tua risau kalau kami main parit - but still, main gak hahaha .. so kalau boring main galah kat halaman sendiri, main pulak ting-ting halaman jiran ... sambil mak menyapu sampah bawah pokok rambutan (atau kengkadang manggis), sambil arwah bapak menebas2 rumput kat pokok nenas (skang pokok nenas tu dah takder)... hmmm..best betul ..macam meriah dan bebasss...tak der halangan berupa pagar2 mcm rumah teres (yg aku duduk skang) ...

kadang2 perangai nakal tak bleh dibendung, curik2 pegi kebuh kelapa kat baruh (arah laut - jauh dari rumah) semata2 nak tangkap ikan kecik kat kolam kecik - tangkap dengan tangan tau ...then lari ketakutan bila ada suara org kat kebun tuu.. hmmm kenangan ..

Bila cuti sekolah, jgn harap nk lekat kat dalam rumah...pagi2 dah ikut mak gi menoreh kat kebun darat (arah ke bukit - kot), beramai2 dengan anak2 yg kebun mak bapak pun berjiran , kumpul dalam kebun, carik pokok tumbang ..sorang naik atas, yang lain duduk bawah jadik penonton ... dan itulah pentas kami ... ada bercerita, ada menyanyi ...

hmm..indahnya kenangan ..


anak aku? mcm mana agaknya zamannya nanti?

Thursday, 23 June 2005

Alahaiiii ...

huarrrghhhhhh!!!! tu diaa...menggeliat campo menguap huhuhuuuuu...tu pagi tadi la. macam biasa, tidur aku salu dikezutkan oleh rengekan seorang anak .. mula2 bukak sebelah mata je, dalam hati mengharap sangat husband bangun tepuk2 dia (bab2 pujuk anak nangis mmg husband pro) ... tapi rupanya bukan merengek sbb apa, rupanyer dah dah pukul 5.45 am, mmg time dia bangun .. aik? kejapnya aku tido? kejap je dah pagi, so nak tak nak, kena gak bukak lampu ..

"mmaammm makkkk..."

tgk je muka aku, terus je perkataan mamak tu kuar dari mulut baby dengan gelak terkekek2 suka sangat la tu sebab, sumer dah bangun so bleh layan dia...husband mmg suka kalau anak panggey aku mamak, nnt dia ikut gelak sekali .. sebenarnya dia yg gelak over plak ... huh!

Memang tak ingat nak stop kalau melayan puteri seorang tu. Sumer takmo gi mandi dulu .. iye la, being a working mother ni, itu lah yg nak kena korban.. masa bermesra ngan anak .. bila kita dah bersiap, bibir dia dah mengukir senyuman, tangannya dah diangkat, mintak di ambil, semestinya menyangka akan pergi bersama..itu yang tak boleh tahan hari2 before gi kerja ... bila ambil dan dukung dia, bukan main suka lagi...tapi lepas tu terpaksa lepaskan balik, pass kat husband sbb dia yg hantar kat babysitter...time tu muka anak dah mcm confuse, tangan yang tadi bertepuk2 (tanda gembira) terhenti, agaknya kalau dia pandai cakap, sure dia dah kata .. eh, mak nak ke mana tinggal saya? ... bukan senang nak tinggal kan dia mcm tu ajer, dah dicium, dipeluk, dicium lagi..hmm..kalau ikut mmg takmo gi kerja..

so this morning .. huhuuuu... sampai ofis lambat ..

Tuesday, 21 June 2005

Mana niii...

kalau lah idea tu senang-senang nak cari kat dalam laci ke, dalam poket ke, dalam beg ke, kan senang...tak payah la nak tunggu dua tiga minggu baru nak update blog.

Last 2 week was my 28th birthday. Terima kasih semua orang2 sekeliling yang sudi wish saya. Present? ih..mana la ada dah tua-tua ni..ada la hubby bwk me n kid pegi privacy lunch+dinner hahaha...privacy la sebab kat dlm restaurant tu cuma ada kami bertiga je customer nye.. mmg layanan istimewa.. eh jgn la salah anggap, bukan kedai tu tak laku or apa.. cuma kami datang awal sangat. kedai tu baru bukak for night business. Standard la sea food restaurant kan bukak lunch hour 12-3pm, then close, and bukak balik 5.30pm ... so pukul 5.35 kami dah masuk.. kenapa awal sangat? hehe.. apa lagi, AF la punye pasal.. dah planned kena sampai rumah before maghrib so that by 8.30 tu, everything dah ready, kid dah tidur, then kopi panas dah ada, so bleh la tgk konsert AF ...

And Last weekend, another celebration. This time with my 'kawan-kawan' yg i told in my entry tak lama dulu. This time not sea food lah, western plak..so Chilli's at One Utama jadi pilihan. I makan lamb steak, hubby makan apa ntah, tapi ada nasik, ayam, udang ... nicely decorated la...and our main topic..againnnn.. AF lah. Bosan tunggu Q nk dapat tempat duduk for 10 people, we sat saparately until ada satu table tu balik, then baru la we combined table. service? Hampehhhhh.... Midvalley's outlet is much much better ... apa-pa pun, hanging out time mmg best! World cukup!!

So today bosan sangat, project director dah asyik suh kitorang tune our head into the new project. Until the kick off date, hari2 dok baca proposal to get to know the system. malehhhh..

tapi dalam pada tu, sempat gak bloghopping. Most of the blog that I read are about AF la.. Sultan Muzafar's, Malique's, klubkidd's.....hmmm..too much of AF pon membosankan jugak..

And kepala pun tgh serabut pasal kes notebook yang hilang dicuri ... nampaknya company insist nak kami ganti ngan notrebook baru, or bayar balik balance after insurance claim. aarghhhhh!!!!!!!!!!!! penatttt...

Friday, 10 June 2005

Yeahooooooooooo!!

yeahooo!!! diam tak diam, Jumaat dah hari ni...fuhhhhh... Sabtu la hari yang paling ditunggu-tunggu (oleh aku) .. ada banyak sebab .. banyak sangat (sampai aku sendiri tak bleh nk recall).
Pertama, esok cuti..yezzerrrr...aku cuti, husband cuti, so means ada la masa nk main2 ngan anak, nak lepak2 kat umah, nak siram2 pokok bunga (yang dah hampir layu)

Aku ingat esok pagi2 nk rebus spaggetthi so that buleh makan ngan kuah yg baru beli dari member ofis (err..bukan la tak buleh buat sendiri..cuma, kena la tolong business member...he he he..percayalahhhhhh!!)

Then lunch nk mkn kat luar sambil bwk lydia window shopping (walaupun yang tergedik2 nk window shop tu mak dia) ..

Then balik petang, relax2 depan rumah tgk kehijauan rumput (yang mungkin dah terjerit2 mintak dipotong, di trim)..

Then malam, goreng2 kopok yg member opis belikan dari Ganu (thanks KM - daun keladi..), and ready forrrrrrrrrrr...

"Menuju puncak, gemilang cahaya...bla bla bla..di AKADEMI FANTASIA!!"

Siapa kata aku tak demam? he he he... silap la kan.. sejak kemasukan semula mawi, aku lag penonton setia AF saban malam (kengkadang skip gak) tak tau la apa yg Astro dah jampi kat program ni, tapi jarang sekali aku berani utk missed realiti TV paling popular kat malaysia nih..aku takmo komen byk pasal tu lah, sbb komen lebih2 bukan ada org baca hehehe....kalau nk describe AF in 4 words..

"Kontroversi, Keuntungan, Keseronokan, Kekecewaan"

Tuesday, 7 June 2005

Hari Ini Dalam Sejarah

......

Dah 2 tahun dah..

Alhamdulillah...Orang kata masih setahun jagung..aku setuju lah. Jagung muda, memang la manis..aku tak nafikan tu. Memang manis pun. Semanis madu.. memang patut pun orang kata honey moon period.

Begitulah kami. Masih baru. Masih manis. Masih fragile.

kami baru 2 tahun, kisah kami masih panjang sejengkal...lain lah kalau kami dah 20 tahun.. tentu berdepa panjang kisahnya. Tapi sama ada 2 tahun mahupun 20 tahun, mahupun 200 tahun, harapan kami tetap satu. Ikatan kami utuh, kasih kami penuh.

Kasih pasti akan berubah. Tidak akan sama seperti kasih satu waktu dulu.

Kerana Kasih bertambah.

Sayang bertambah.

Sentiasa melimpah.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan.

Di sini ada gambar kek ulangtahun dan kad pemberian suami tercinta...

Friday, 3 June 2005

Can't think of any tittle

8 days to go

...

Managed to finish 'Seredup Kasihmu' at 11pm yesterday...the story is simple..anak dara, teruna, halangan keluarga, tadaaaaa....happy ending. Still can't beat 'Ombak Rindu' by Fauziah Ashari.

...

Book: Tiger Lady by Shirlee Busbee, target to finish by today so that I can return the book to the owner before weekend. Please dont get me wrong..i dont just sit n read novel..This book I started read last week and stopped to give way to 'Seredup Kasihmu'. Still have one or two chapters to go.

...

Thursday, 2 June 2005

Ceritalah lagi

9 hari lagi.

...

Novel "Seredup Kasihmu" tulisan Lea Azalia. Bagus. Belum habis baca, sayang nak habis kan..macam tu lah aku, kalau baca novel best, macam sayang nak habiskan...

Nak kategorikan aku ni jenis yang suka membaca, jangan harap lah...tapi, masa sekolah rendah, kerap juga lah kad pinjaman buku perpustakaan bertukar ganti dek selalu meminjam buku..tapi buku cerita jer .. buku pelajaran? errrr... zzzzz la jawabnya..
Hobi mebaca buku cerita start masa darjah tiga..volunteer jadik pustakawan lagi ... masa tu buku-buku cerita dongeng la yang selalu dicari. 'Tidurlah sayang', 'Ceritalah Lagi' adalah antara buku2 yang popular masa tu...kisah puteri2 raja, kisah ibu tiri kejam, kisah putera katak mencium puteri jelita, kisah cinderella, dan banyak lagi...

Bila masuk darjah lima, suka pulak nak baca cerita2 penyiasatan..karya enid blyton memang jadi pilihan. '7 Sekawan'... 'Nancy Drew', Hardy Boys'...time2 tu bila berkumpul dengan kawan2, sure nak kena ada kata laluan..hehehe..terpengaruh dengan watak2 dalam 7 sekawan la konon tu.

Then beralih pulak kat novel2 melayu remaja...Sapa tak kenal Ahadiat Akasyah dengan karyanya 'Budak Setan'? hehehe macam nak tergelak bila ingat balik, time tu umur pun baru nak cecah 14 tahun kot...dara sunti gitu... dah sekolah menengah, still volunteer jadik pustakawan hehehe.. sebab boleh baca time duty, so tak payah nak pinjam selalu sangat.

Lepas tu, masa kat uni, giler pulak baca novel penulis2 barat. Novel omputeh terawal yang aku baca (sampai menangis teresak2 lagi), rasanya 'Family Album' karya penulis hebat Danielle Steel. Sejak tu, bila ke library (dah tak jadik librarian dah..) sure pinjam dua buah, then baca non stop. Biasanya start baca petang, habiskan jugak walaupun ke pukul 4 pagi pun sanggup....dasyattt....

Ingatkan bila dah bekerja, hobi baca buku cerita pun over. Tak jugak. Balik semula ke novel2 melayu. Dah lama tinggalkan novel melayu, bila baca balik .. boleh tahan jugak... cuma bukan la baca novel2 remaja dah...sekarang nih novel2 melayu pun dah banyak di pasaran, banyak pilihan...penulis pun makin ramai, hasil tulisan pun semakin matang...so sejak setahun kebelakangan ni, aku merupakan pembaca setia novel2 melayu... and sekarang dah tak pernah menjenguk library pun.. kedai buku la jadi tempat mendapatkan bahan...

Buku cerita buatkan aku lalai seketika...boleh tersenyum...boleh bergelak, boleh menangis..semua tanpa sedar dek kerana sebuah kisah ..

Sekarang ni, aku kena prepare untuk baca balik semula buku kanak2 .... untuk Lydia.

Once upon a time,...........................

......and they live happily ever after. ~end~

Wednesday, 1 June 2005

Beri laluan..

June datang dah...buat kesekian kalinya. Datang bukan sebarang datang. Datang membawa perkhabaran. ... 10 days to go.

...

i have a job with no job.

...